Kenali Saya

Saya adalah seorang guru di sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak. Merupakan isteri kepada suami yang sentiasa hensem dan penyayang secara PJJ dah 6 tahun.. (doakan dapat pindah ye).. Juga mummy kepada anak saya si gojes kecil dan pandai menjawab.. Putri Nur Aqeelah yang berumur 5 tahun.. 

Saya merupakan lulusan UiTM - Diploma Statistik 1998-2001, UUM - Sarjana Muda Kewangan 2002 -2005. Kemudian bekerja di United Overseas Bank selama 4 tahun sebelum meneruskan pengajian dalam Diploma Pendidikan - Pengurusan Perniagaan di UUM pada tahun 2009.

Sekarang dah lebih 4 tahun saya mengajar dan tahun ni saya mengajar matapelajaran Sejarah Tingkatan 4, Moral Tingkatan 5 dan Perdagangan Tingkatan 4. Itulah saya. Sambil buat kerja ikhtisas yang tak menang tangan, saya pertaruhkan juga masa-masa emas saya bergiat dalam business online. Macam-macam yang ada, tapi cinta saya memang pada Shaklee. Ada impian besar yang saya rasakan seperti Fardhu Kifayah yang pasti akan saya capai 5 tahun dari sekarang yang cuma boleh saya capai bersama Shaklee... 

Jemput follow saya untuk dapatkan berbagai info & tips kesihatan, juga berbagai petua, cerita kisah saya bersama keluarga & anak-anak didik yang sentiasa mewarnai hidup ini...


Hubungi saya:

Puan Emy
SID 964128
017-5510412
esmn_6280@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno