Thursday, December 4, 2014

Makanan awet muda yang perlu ada dalam groceries list!

Assalam! Pagi-pagi ni jom kita cunkan diri dulu sambil bercerita tentang kulit di musim cuti. Untuk mereka yang sedang bercuti macam saya pastinya time ni lah rasa dapat manjalan diri sikit kan. Tapi dengan anak-anak lagi bila masanya kita nak berspa, sauna, facial bagai. Agak payah la jugak bila anak masih kecil. 

MAKANAN UNTUK KULIT!


Apa yang kita makan memang bagi kesan kepada keadaan kulit. Teringat dulu-dulu orang kata jangan makan kacang tanah, nanti jerawat batu naik. Sebenarnya bagus kacang tanah tu sebab ada Vitamin E, Omega3 etc.. Cuma kalau dah sehari 2 3 mangkuk kita kerjakan memang tak boleh la kan... 

So saya nak share 10 makanan berkhasiat untuk kulit:

1. Berries - kaya dengan Vitamin C dan antioksidan untuk mencegah penuaan kulit. Ia membantu dalam penghasilan kolagen yang terbukti dalam menegangkan dan mengelakkan kekusaman pada kulit. Nak mudah, cuma oleskan masker yogurt + strawberry kisar... Buat lebih sikit tau, makan semangkuk, masker sesudu.. Awesome!

2. Minyak Zaitun - kaya dengan Vitamin E dan juga sebagai antioksida untuk mencegah penuaan. Vitamin E ini bertindak untuk menjaga sel membran dan menghalang dari kerosakan sel akibat sinaran UV. Tahu tak petua Rekha, pelakon bollywood tu.. Setiap hari dia sapu minyak zaitun kat muka, biar dalam 15 minit dan cuci... Hah patutla awet muda.. Padahal dah 60+ dah umurnya! Jom buat jugak!

3. Ikan  - terutamanya Salmon, kaya dengan Omega3 yang membantu menjaga sel membran dan mengurangkan toxin. Di samping itu, Omega 3 ini membantu mencegah inflamasi dan juga bertindak sebagai antiradang. Omega 3 ni penting untuk elak penuaan otak sebelum usia tau.. Lagi menakutkan risiko Alzheimer & Parkinson sebab kurang Omega 3 jugak!. Jangan coba-coba tinggalkan ikan tau!

4. Bayam - Kaya dengan antioksida dan juga Vitamin B, C, E, pottasium, kalsium, zat besi, magnesium dan Omega 3. Tahu tak Vitamin B dalam bayam membantu membaiki tisu dan menjaga DNA & mengelakkan kerosakan sel. Rebus atau tumis dengan ikan bilis atau udang sikit.. Marvellous! Yang diet tu, bayam paling best lah! Cepat kenyang.. Kaya dengan fibre jugak..
Credit: Intisarionline

5. Tomato - Mengandungi Lycopene sejenis Vitamin A yang mengurangkan kerosakan kulit akibat sinar UV. Ia juga mengandungi Vitamin C yang bagus untuk mencegah penuaan dan menegangkan kulit. Nak kulit cun, boleh lah scrub dan buat mask dengan tomato

6. Teh hijau - Polyphenols dalam teh hijau bersifat antiradang dapat menjaga kesihatan sel dan mengurangkan risiko kanser kulit. Yang lagi best.. heh hijau tingkatkan metabolism & mudahkan penurunan berat badan! Bestnyee!

7. Sweet potato - Keledek manis, warna oren dan purple memang bagus kerana kandungan Vitamin C & A yang juga terbaik untuk kulit. Korang kalau ke supermarket ke kedai ke ambik japanese sweet potato, kulit purple, dalamnya kulit, best sangat ni.. Kawan-kawan saya yang cina selalu kukus japanese sweet potato & bawak ofis sebagai sarapan.. Ha patutla kulit diorang elok je kan... Jarang berbedak pun..
Japanese sweet potato
8. Betik - Kaya dengan Vitamin C yang juga bagus untuk kulit terutamanya yang berjeragat dan berjelaga akibat sinar matahari... Boleh buat mask dengan betik ni tau.. Crush dan sapu je. Biar 15 minir.. Makan lah betik untuk buang toxin sebab memang antara pelawas yang baik.. Serius! perut pun gembira!

9. Dark Chocolate - Cari yang ditulis dark chocolate.. memang kaya dengan flavanoid yang membantu menjadikan kulit sentiasa lembap, elak kerosakan akibat sinar Uv dan meningkat kan aliran darah terutamanya ke otak... Satu lagi, dark chocolate ni bagus untuk kurangkan stress tau.. Jom cuba!

10. Kekacang - Kaya dengan Vitamin E dan Omega 3 yang bagus untuk kulit dan rambut juga! Makan lebih kurang segenggam sehari bagus sangat untuk cantik selalu! Paling mudah boleh buat susu badam juga, Tengok kulit orang India takde jerawat pun kan.. Sebab susu badan ni lah! Lagi satu peanut butter pun best juga!

Jangan lupa masukkan ni semua dalam groceries list okeh!

Salam sihat salam gojes!


1 comment:

  1. Dalam 10, ada 3 je yg mengena. Berries, ikan Dan tomato. Kena cukupkan 10 ni baru bleh feeling2 muda. Huhuhuu...

    ReplyDelete

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno