Wednesday, December 17, 2014

Petua mudah bersalin

Haii.. Apa khabar semua pembaca. Nak cerita sikit ni tentang petua bersalin mudah. Apa yang saya dapat ni hasil pengalaman dan juga compilation dari few articles. Harap korang pun boleh dapat sikit ilmu kat sini ye..

Amalan bulan-bulan akhir sebelum bersalin


1. Kerap baca Surah Maryam untuk mudah bersalin
2. Amalkan minum minyak kelapa dara, 1 ke 2 sudu sehari untuk melembutkan laluan
3. Kerap minum air kelapa untuk kulit baby bersih semasa lahir
4. Makan kurma dan kismis selalu (sebaiknya dari awal mengandung)
5. Banyakkan exercise seperti seperti berjalan, naik tangga dan senaman kemutan
6. Amalkan makan sayur bendi, ikut pesan orang tua ni..
7. Sapu minyak zaitun di sekeliling vagina untuk melembutkan laluan
8. Amalkan minum air Zamzam
9. Jangan lupa mohon ampun dan maaf dari orang sekeliling terutamanya Suami, Ibu  & Ayah
10. Kerap bersama suami untuk melembutkan laluan

Amalan semasa sakit bersalin


1. Makan telur mentah sebiji
2. Minum milo untuk tenaga dan masukkan 2-3 sudu marjerin supaya laluannya cepat terbuka
3. Makan epal hijau yang direbus lembut
4. Kerap menyebut Doa Taubat Nabi Yunus dan Ya Fattah (Allah yang Maha Pembuka)


5. Minum air selusuh untuk memudahkan proses bersalin, sebaiknya dengan menggunakan Air zamzam

Haa itu sedikit sharing untuk korang yang sedang hamil. Sebaiknya kita amalkan semua ni. Jangan lupa doa selalu supaya mudah bersalin, dapat anak yang sihat dan cergas, terjaga akidahnya. InshaAllah. 

Salam sihat, salam gojes korang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno