Thursday, December 4, 2014

Kisah lapar & derita Rasulullah demi agama..

Assalamualaikum..
 
Baru pagi tadi saya share tentang makanan sihat. Tiba-tiba teringat semalam apa yang saya baca. Teringin nak kongsikan buat korang semua. Kita asyik cerita pasal makanan, mana sihat mana tidak, mana sunnah, mana haram, mana untuk otak, mana untuk penyakit, mana untuk cantik.. Tapi tahu tak kita betapa sukarnya zaman Rasulullah SAW dulu. Tiada makanan, tiada.. sungguh tiada.. sehari makan, sehari tidak... Kita bagaimana ye...

Kerana dakwah, kerana umat, Nabi Muhammad dan sahabat tidak pedulikan hal perut. Ibarat kata para Sahabat (mereka yang hidup sezaman dengan Rasulullah) kepada Tabien (mereka yang hidup sezaman dengan sahabat, ttp tidak sempat bertemu Rasulullah).. 

"Indah zaman Rasulullah itu hanya pada kemanisan iman, kerana kami para sahabat RA pada waktu itu selalu berada dalam keadaan ujian lapar dan ancaman, kami selalu mengikat perut dengan batu, dan tidak lena malam berjaga dari serangan musuh, malahan Nabi Muhammad SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya di atas ujian lapar.."

Apa yang kita rasa jika kita berada dalam keadaan begini. Betul-betul hanya Allah sahaja yang menguatkan jiwa.. 

Pernah baca tak tentang Dajjal? Kemarau teruk, tiada makanan & makanan orang beriman pada waktu itu cumalah zikir, kerana kemarau dan kelaparan melanda. 

Sebenarnya apa yang kita takutkan tu zaman Nabi Muhammad SAW dah dirasa pun... 

RASULULLAH SAW & KELAPARAN!


Diriwayatakan akan kehidupan Nabi Muhammad saw itu, kebiasaanya hidup sehari kenyang dan sehari lapar, Aisyah pernah mengatakan pernah dapur rumah Rasulullah tidak berasap selama beberapa bulan..

Bukan kerana diet macam kita, bukan kerana bankrap... Tapi kerana rumah Rasulullah memang tiada makanan langsung! Sebelum peristiwa hijrah, orang Islam disiksa dengan sekatan ekonomi oleh puak kafir yang tidak mahu menjual makanan kepada mereka. Hamba yang bekerja dengan orang-oarang kafir ini diseksa siang malam kerana memeluk Islam. Malahan ada anak-anak orang Islam yang mati di riba ibu-ibu mereka. Allahuakbar!

Kalau bangun pagi takde makanan maka Rasulullah pun terus berpuasa je. Bayangkan kita ni. Takde makanan je ada yang makin hamun mak, isteri sebab tak masak.. Sedihnya hati...

Kata Ibnu Abbas r.a, berlapar beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah..!

Siti Aisyah r.a pernah di pelawa menghadir majlis makan-makan selepas zaman Rasulullah, lantas apabila Aisyah menyuapkan makanan ke mulutnya, Aisyah r.a menangis...

“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku.... Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang.. 

(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah r.a berkata:

“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatanya”

“Pernah satu hari apabila tiba waktu berbuka puasa, tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah membahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa.”

Kisah Fatimah r.a


Pernah sewaktu menziarah anak kesayangannya Fatimah r.a, Rasulullah beri salam 3 kali, namun tidak berjawab. Akirnya semasa salam yang terakhir ada jawapan salam dari Fatimah r.a dengan nada yang perlahan, dan Fatimah r.a merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar.

Nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Rasulullah berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong. Hanya kesabaran yang ada demi agama!.

Rasulullah tak reti berniaga ke? Muflis ke?


Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya, menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya cepat habis dan sentiasa mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.. Tapi sebelum menerima wahyu..

Tapi sebaik saja diangkat menjadi Rasulullah di muka bumi ini, maka Nabi SAW pesan kepada isterinya Khadijah r.a yang menyelimutinya.. "Lipatlah kain selimut itu, sekarang tiada rehat lagi untukku"!

Rasulullah sanggup berkorban apa yang baginda ada semata-mata untuk agama. Pertahankan segalanya untuk Islam kerana sedar akan kekuasaaan Allah. Isteri baginda, Khatijah r.a, bekas jutawan.. akhirnya mati sehelai sepinggang kerana telah berkorban segala-galanya untuk membantu agama sehingga mewasiatkan tulang-tulangnya seandainya diperlukan untuk agama juga sanggup di korbankan!!

Pengorbanan para Sahabat!


Saidina Abu Bakar r.a ada 8 gedung perniagaan.. namun selepas memeluk Islam, seluruh hartanya dikorbankan kepada agama dan pernah memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri! 

Saidina Umar Al-Khattab r.a pula dihujung hayatnya, hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang.

Pernah berkata Hazrat Abu hurairah r.a setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus; “Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan-nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan!."

Kisah Mus’ab bin Umair r.a, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk islam, beliau telah dibogelkan dan dibuang oleh keluarga! Di hujung hayatnya, beliau hanya memakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair r.a terbunuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain.

Begitulah kisah kelaparan dan derita Rasulullah serta sahabat demi agama Islam yang kita cintai ini... Kita di mana? Adakah kita masih lagi di takuk lama?

Apa yang terbaik buat kita? Jika kita tak majukan diri bagaimana kita nak bantu orang Islam? Cuba kita fikir-fikirkan.

Cerita dan coretan ini dipetik dari kisah Dajjal Pun Berdakwah!


Jemput baca dan fahamilah! Kerana dari situ baru kita tahu apa hak-hak agama yang perlu kita jalankan. Betul ke Dajjal berdakwah? Korang fahami lah... Jangan lupa sediakan tisu kerana air mata jantan pun bakal turun!

2 comments:

  1. Memang rasa nak menitik airmata. Besar pengorbanan mereka yg hidup dulu dari kita. Kita ni antara bersyukur dgn tidak, wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. Pngorbanan Rasulullah smata2 utk kita smua.

      Delete

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno