Wednesday, December 17, 2014

4 tanda awal pak incik bakal jadi ayah!

Hai pak incik semua...

Yang dah lama kahwin mesti tak sabar nak tunggu kan.. bila lah bini aku nak mengandung ni.. teringin nak main-main dengan anak kan... Seronok woo dapat baby.. hihi.. Tapi sebenarnya korang dari awal dah boleh nampak sikit-sikit tanda-tanda yang isteri korang tengah hamil tau.. jadik lah kan, dapat hint sikit. Tambah-tambah yang period tak regular, kejap 28 hari, kejap 3 minggu, kejap 2 minggu.. haa payah jugak kan.. 

Meh nak gitau sikit hint yang isteri korang tengah pregnant!! Weehuuu!!

1.  Isteri cepat rasa letih dan asyik nak rehat


Bila bertambahnya hormon progesteron ni, badan tengah sesuaikan dengan perubahan dan keadaan baru, menyebabkan wanita rasa letih semasa tengah mengandung. Memang dari awal lagi camtu lah pak incik semua ye. Kalau isteri asyik nak rehat tu, ha bagi lah muka sikit tau..

3. Mood swing


Masa ni memang mood pelik sikit, apa-apa sikit nak marah cepat. Kadang-kadang pulak benda kecil pun rasa sedih.. Suami baru tegur jerawat seketul naik atas hidung pun dah nak nangis.. Hihi macam-macam... Memang camtu lah.. Manja sikit..

3. Isteri mengadu sakit pada payudaranya..


Opps malu nak cakap tapi memang ini lah tanda-tanda awal. Rasa keras, berat dan rasa sakit tu disebabkan hormon progesteron tengah meningkat. Mungkin juga disebabkan badan menyimpan air untuk memenuhi keperluan sel baru yang sedang berkembang dalam rahim isteri.

4. Isteri mengadu kepala rasa melayang atau rasa pening


Masa awal mengandung memang kepala rasa sikit pening dan kadang-kadang rasa nak pitam jugak. Masa ni kene lah korang monitor isteri lebih sikit sebab takut tekanan darah rendah.. boleh jatuh pitam pulak. Waktu macam ni sebaiknya cepat-cepat pergi klinik ye.. mn tau betul.. kan


Ok... ini baru 4 tanda awal ye. Tapi korang diam-diam je dulu, ajak wife beli pregnancy test baru lah boleh confirm ye atau tak kan... Nanti saya share pulak apa yang korang kene tahu tentang kehamilan isteri... Jangan ngade-ngade nak marah isteri bila jumpa 4 tanda ni tau.. Bukan isteri yang ngade-ngade.. tapi hormon lah penyebabnye.. dan penyebab utamanye korang lah.. kan isteri dah mengandung...






Sampai ketemu lagi dong! Selamat jadi ayah!

Boleh terus hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk ye:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno