Sunday, November 16, 2014

Tips kenyit mata goda suami!

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah mata ni Allah bagi untuk tengok macam-macam nikmat dunia. Mata ni juga la Allah uji kita dengan macam-macam dugaan.. Tengok beg tu cun, tengok baju ni cantik.. Itu lah orang perempuan kan...

Orang lelaki lagi lah.. Yang seksi meksi tu memang dugaan la kan.. Istighfar banyak-banyak tau.. Ahakss.. Itu lah dugaan zaman sekarang.

Jaga mata ni bukan setakat dari lahiriah.. Tapi zahiriah pun kena jaga juga. Kang awal-awal lagi mata jadi mata panda memang tak cun lah.. Mata kan antara daya penarik. Kena jaga baik-baik. Walaupun bukan untuk pandangan orang, cukup lah kita rasa mata kita cantik, sihat.. Kenyit mata untuk suami atau isteri tergoda cukup lah kan.. Hihi..

So saya nak kongsi tips sikit untuk mata yang cun, ensem ni...

  • Secara rohaniah ~ Alquran pencantik mata!

Menjaga hati dengan menjaga pandangan kita. Hindarilah dari melihat perkara yang tidak elok dan maksiat. Sentiasa membaca ayat suci Al-Quran bagi mereka yang beragama Islam. Ayat Al-Quran adalah sebagai syifa' iaitu penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. Amalkan ayat 22 dari Surah Qaf untuk menguatkan pandangan dan menghilangkan kerabunan mata.

  • Tidur mesti cukup!

Sekurang-kurangnya tidur antara 6 hingga 8 jam sehari. Kurang tidur boleh menyebabkan mata kelihatan lesu, tidak bermaya, sembap dan terbentuk lingkaran gelap disekeliling mata (eyebag).

  • Minum air kosong!

Sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1 liter air sehari. Air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air yang mencukupi boleh mencegah kulit dari menjadi kering dan cepat berkedut.

  • Bersihkan mata daripada solekan

Pastikan solekan pada mata dibersihkan sebelum tidur. Membersihkan kelopak mata daripada solekan perlu dilakukan dengan teknik yang betul. Ini bagi mengelakkan bahan kimia daripada meresap ke dalam mata. aling mudah.. tonyoh aje dengan baby oil...

  • Lindungi mata dari sinaran matahari

Gunakan cermin mata anti ultraviolet (UV) sewaktu melakukan aktiviti luar. Terdedah kepada sinar UV yang berlebihan akan menyebabkan katarak dan dalam amaun yang tinggi, ia boleh merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata.

  • Jaga pemakanan

Amalkan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan cekor manis mengandungi lutein yang baik untuk mata.

Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning kemerahan seperti lobak, keledek dan tomato mengandungi banyak Vitamin A. Vitamin A dikenali sebagai Retinol membantu membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Vitamin A juga terdapat di dalam makanan seperti hati, keju, kuning telur dan mentega.


CARATOMAX

Lebih selamat daripada Vitamin A: Pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toxicity.

Mempertingkatkan penglihatan : Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, katarak, eye bags dan gegelung hitam dimata. 

Meredakan penyakit kulit : Pengambilan yang konsisten akan melegakan masalah kulit seperti psioriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat dan akne. 

Melawan kanser dan oksidasi: Pengambilan  kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga membantu mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

Menghalang Infeksi: melalui cara merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit berkait sistem respiratori
Menggalakkan perkembangan normal dan sihat


EYE TREATMENT ENFUSELLE

Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.

Terbukti berkesan secara klinikal:
233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
Vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit lembut di sekitar mata

Jom goda suami kenyit mata dengan set ni jom!

Jangan tunggu lagi! Cepat hubungi saya:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno