Friday, November 28, 2014

Tips dapatkan anak lelaki atau perempuan ~ Awas bacaan untuk yang dah berkahwin sahaja!

Assalamualaikum..

Alkisahnya.. Yang belum kawin nak cepat kahwin... Yang dah kahwin lambat pula dapat anak... Yang dah kahwin pulak teringin nak rancang kelahiran anak samada lelaki atau perempuan... 

Memang pun, sama lah kita.. Tapi disebabkan daddy belum sedia tambah anak lagi, mommy boleh baca je lah... Hihi... Baca dan share kat korang tips nak rancang jantina baby kita. Dulu memang saya tak pernah fikir pasal jantina. Facebook takde, friendster takde, Tengok blog pun kagum dan peghak! Internet pun tak berapa heran pun.. Jadi memang tak tahu lah benda-benda ni wujud...Masa dah mengandung putri baru lah baca tips-tips macam ni... Ohh boleh rancang rupanya...



Apa pun jangan lupa semua ni cuma kita merancang berdasarkan kajian saintifik dan kebarangkalian. Jangan pulak kita percaya bulat-bulat sebab kuasa Allah paling utama dan tidak dapat ditandingi dengan apa-apa pun... 

Tahu tak, Chinese Gender Predictor Chart pun salah satu cara orang bukan Islam rancang jantina bayi. Katanya 99% tepat.. Tapi saya tak suka lah nak masukkan carta tu kat sini sebab tiba-tiba mengajar korang jadi tukang tilik pulak. Hukumnya paham-paham lah kan.. Kalau kita percaya kang boleh jadi syirik pulak. 

Jadi kita teruslah kepada tips-tips yang kita sendiri perlu buat dan usaha sendiri tanpa tilik-tilik supaya dapat hasil sambil tawakkal kepada Allah... 


1. PEMAKANAN 

Bayi Perempuan:  

Suami - perlu makan makanan yang beralkali, seperti sayuran, buahan, putih telur dan susu. 
Isteri - perlu makan makanan yang berasid seperti daging dan makanan laut.

Bayi Lelaki:

Terbalik... Isteri makan yang beralkali, suami makan yang berasid

Cara pemakanan ini perlu diamalkan sentiasa sebelum melakukan hubungan intim dan selepas hubungan..
Contoh makanan berasid & beralkali.. MINUMAN & MAKANAN BERALKOHOL HARAM YE!!

2. KLIMAKS

Bayi Perempuan: 

Ketika melakukan hubungan intim, suami perlu klimaks terlebih dahulu.

Bayi Lelaki:

Ketika melakukan hubungan intim, isteri perlu klimaks terlebih dahulu.

3. MASA

Bayi Perempuan: 

Hubungan intim perlu dilakukan lebih kerap sebelum haid isteri iaitu seminggu sebelum.

Bayi Lelaki:

Hubungan intim perlu dilakukan lebih kerap seminggu selepas haid.


4. KEDUDUKAN

Bayi Perempuan: 

Isteri perlu berada di atas suami ketika hubungan intim dilakukan.

Bayi Lelaki:

Suami perlu berada di atas suami ketika hubungan intim.


Sambil tu jangan lupa amalkan SET SUBUR SHAKLEE
dapatkan juga TIPS CEPAT HAMIL 
dengan berbagai TESTIMONI HAMIL
Klik cepat..


Jom dapatkan berbagai info atau nak order pun boleh.. Hubungi saya:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno