Wednesday, November 26, 2014

Sharing ~ apa ibu bapa perlu buat ketika anak nak melangkah ke sekolah menengah!

Assalamualaikum!

Upsr result hari ni... Apa pun keputusnnya cuba berikan pujian & dorongan... Alhamdulillah syukur!

Melangkah ke skolh menengah ms utk berikn yg trbaik dan mmg crucial utk tentukn prjalanan hidup..   

Saya share sikit di sini apa yang kita sbg ibu bapa, harus mula lakukan... Jika dah buat lebih awal pun jgn lupa ulang smuanya lagi betul-betul sblm anak2 melangkah ke alam remaja... Semua ni hasil pengalaman saya mengajar di sekolah menengah. Masalah berlaku sebabnya semua ni tidak diamalkan. InshaaAllah jika kita amal dapat juga lah kita kawal anak samada dirumah atau di luar...

💕 Berikan makanan terbaik ~ minyak ikan, sayuran, kekacang, ikan & susu.. Rancng pemakann anak2... Jgn biarkan anak makan makanan syubhah atau junk food lagi...

💕 Bincang perjalanan hidup anak2 spy dia sndiri boleh mula berfikir.. Bila aku kene bljar, brp result yg aku perlu utk jd engineer/ akauntan/ doktor/ usahawan etc... Seriously kene ajar cara brfikir dah.. Kita ajak anak sama-sama brbincng dan berfikir supaya dia lebih matang dan mahir bertindak berdasarkan akal dan agama

💕 Ank2 dh spatutnya sedar batas2 pergaulan llki prempuan dan  camane nk jg diri. Yg lelaki bakal pimpin keluarga. Yg perempuan bakal pegang maruah keluarga & jd wanita & bakal isteri. Aurat! Wajib tutup.. dan kita kena ajar & bgtau kenapa! Kita jangan paksa tapi ceritakan lah hikmahnya..

💕 Solat, doa & ajak anak2 belajar berdoa dari hati... Lepas solat jemaah ayah bc doa dengan kuat bagi anak dengar apa harapan dan doa mak ayah kepada anak tercinta. Anak tahu kita sgt sayangkan mereka sampai mintak kepada Allah terus-terusan!

Tahu tak.. Ramai anak-anak murid sekolah menengah yang tak tahu solat!.. Dan jangan terkejut kalau saya kata ada yang menangis tak tahu solat dan teringin sangat nak belajar solat! Ada yang kata ibu bapa tak solat dan marah jika mereka solat dirumah, sbb kononnya nak tunjuk lagak! Sedih sangat kalau jadi macam ni kan...

Ini saya sharing hasil pengalaman saya. Anak saya masih kecil tapi dah cuba tanamkan dari awal. Risau bila memikirkan... Tapi sbg org Islam sendiri sebaiknya saya share apa pandangan saya.. 

Nanti korang pulak ingatkan saya ye.. Tq so much korang!!

#sharingiscaring
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno