Saturday, November 8, 2014

Resepi Vanilla Muffin Ala-ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...

Hari cuti yang besttt... Dapat duduk di rumah tak buat apa2 alangkah bestnyee... ehehehe tak buat apa la sangat!.. Mark paper final exam tak abis lagi ni yong! Alahai dapat nikmati cuti sikit pun jadikla. Malam ni sambung mark paper sampai lebam hokeh!

Jalan-jalan blogwalk tiba-tiba jumpa resipi Muffin Kenny Rogers kat blog ellyinwonderland. Ahaks! lama dah tak makan ni. Memang my favourite ni... Apa lagi.. terus siap2 gi Tesco cari segala bahan. Oven yang dalam kotak pun kene korek la.. Jom nak kongsi resepi dengan korang pulak..

RESEPI VANILLA MUFFIN ALA ALA KENNY ROGERS

(Boleh dapat dalam 23 - 25 pcs)

Bahan-bahannya:

410 gm tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

6 biji telur
100ml susu segar
2 sudu kecil esen vanilla

250 gm gula castor
170 gm butter - cairkan 

Cara-caranya:
  1. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam bersama
  2. Dalam mangkuk besar, pecahkan telur dan masukkan susu segar, esen vanilla. Gaul perlahan hingga sebati.

  3. Penyibuk a.k.a pembantu.. putri nur bucuk masham!
  4. Masukkan bahan yang telah di ayak bersama gula dan gaul rata. Tak perlu guna kan mixer. Spatula atau senduk pun jadik
    Masukkan gula dan bahan di ayak sikit-sikit sambil gaul
  5. Tuangkan butter cair dan gaul sehingga sebati
  6. Tuangkan dalam papercup atas loyang muffin
  7. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celsius
Kira boleh la ni.. Yang penting wanginye rasa mcam lalu depan kenny rogers je..

Byee.. Nak bancuh kopi sambil tunggu satu round lagi siap bakar!

Jangan lupa cuba tau!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno