Thursday, November 6, 2014

Puding Karamel yang paling best pernah ku rasa!

Assalamualaikum...

Semalam petang mamaku merajuk. Dah lama nak makan puding karamel yang kakak saya buat tapi tak dapat. Mama pun wasap la kakak, mintak repesi. Hihi..

Yang sebenarnye tau jugak cara nak buat tapi rasa macam susah aje.. Sebab takut karamel tu tak jadi. Takpe la buat dengan mama jugak la kan... Hasilnye... Emmpphhh sedapnye. Tak bau telur macam yang selalu beli tu. Dulu seriously tak suka makan sebab bau telur! Memang satu-satunya puding karamel yang saya makan ni yang kakak buat je... Orang pregnant memang tak perlu risau la sebab korang mesti tak rasa nak muntah dengan bau-bau telur macam yang selalu dapat di pasar malam tu.. Euwww..

So tadi saya pun bawa sikit ke sekolah. Mulanya nak buat lagi pagi tadi, siap bangun pukul 4 kononnye.. Elok je dah masak karamel, tetiba cari susu cair takde. Haha punah harapan nak bawak lebih ke sekolah. Esok je la ye kawan-kawan comelkuuu...

Meh la saya nak share resepi... Terutamanya yang baru nak belajar macam daku sesuai la.. ahakss.. Yang dah pakar sila tutup mata.. hihi maluu...

Puding Karamel 


4 sudu gula

5 biji telur (jika saiz kecil C, D kena guna 6 biji)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil tepung kastad
1 penutup esen vanilla


Caranya:

Gunakan loyang yang dah dilapkan. Jangan ada air ye. Masukkan 4 sudu gula. Kacau atas api kecil, sampai semua cair dan bertukar jadi warna kuning. Tutup api dan biarkan seketika.

Sambil tu panaskan air dalam periuk kukus.

Untuk bahan kastad, masukkan semua bahan di atas kecuali gula ke dalam blender. Tak perlu pukul ke pakai mixer ke. Blender je mudah. Tak perlu lama, cukup sekadar semuanya sebati.

Tuangkan bahan puding tadi terus ke dalam loyang yang ada karamel tadi..

Letakkan dalam periuk kukus dan kukuskan selama lebih kurang 1/2 jam...

Dah masak korang jangan terus terbalikkan. Biarkan sejuk dulu, baru la terbalikkan atas pinggang besar. So macam ni lah hasilnyee...  nyum nyumm...

Jom cuba!

Hasil lepas disejukkan dan diterbalikkan


Pssstt: Makan benda-benda manis ni beringat jugak ye... Diabetes mengejarmu!! huhu

 Salam Sihat, Salam Gojes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno