Friday, November 14, 2014

Pelik! Encik Roy dingin bila Mak Yong makin putih! WTH??

Assalamualaikum...

Alkisahnya Encik Roy dan Mak Yong dah beranak anak perempuan dah. Semalam genaplah 100 hari berpantang. Buat sekian kalinya.. kali yang ke 6 la kiranya Encik Roy terpaksa menahan jiwa lebih 100 hari. Amboi.. Habis kalendar ditanda 'horeeeyyy' kat tarikh semalam.. Maka terjadilah episod itu..

Maaf ini bukan cerita 18sx. Cukup la korang faham-faham sendiri. Dah menikah kan.. Ehehehe.. (Yang kanak-kanak riang atau remaja-remaji yang belum cukup haul tu tak yah tau.. sabar-sabar la.. jgn cuba cari penampo dengan kak long kawasan! hahha)...

Selepas hari semalam Encik Roy terasa sedikit hampeh dengan keadaan Mak Yong yang makin putih. Eh eh kenapa dah putih pun tak suka pulak, kan gebu! Ahh gebu apanya! Keputihan lahh! Adoi Mak Yong ooi Mak Yong! Bukan setakat tu saja, berkeladak dengan bau-bauan yang tengit merosakkan mood lepas cuti 3 bulan 10 hari!

Mak Yong... Meh kita nak cerita! Mak Yong ni patutnya makin sihat sebab segala air dan darah kotor dah keluar dari badan. Tapi yang kamu ni Mak Yong, ibarat buat bank pulak dalam tu. Simpan kotoran lama.


Bahaya Keputihan yang perlu geng Mak Yong tahu!


Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi semasa hamil.

Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj oleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

Apa nak buat?


Mak Yong and the gang disaran menjaga bahagian sulit supaya bersih dan tidak lembap dengan menggunakan pakaian dalam serap peluh diperbuat daripada kain kapas. Selain itu,


  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas 'bersama'.









Mak Yong jangan biar lagi! Cepat selamatkan demi cik abang roy hensem tu!


Jom hubungi saya untuk sebarang info atau pertanyaan:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya




1 comment:

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno