Wednesday, November 5, 2014

Manfaat DHA untuk bayi

Assalamualaikum...


DHA sangat mempengaruhi bagaimana tahap kesihatan dan tingkah laku seorang kanak-kanak, dari semasa kelahiran lagi. Oleh itu DHA merupakan makanan paling penting untuk membantu meningkatkan fungsi otak, mata dan kesihatan ibu sendiri.

Asid lemak Omega-3 lemak terutamnya derivatifnya iaitu DHA (asid docosahexaenoic) teramat penting untuk perkembangan kanak-kanak. Jika seorang ibu dan bayi kekurangan DHA, sistem saraf anak dan sistem imun tidak dapat berkembang sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan gangguan emosi, pembelajaran, dan gangguan sistem imun seumur hidup yang tidak dapat dijelaskan. Omega 3 ini juga penting di kalangan wanita hamil untuk mengelakkan risiko bayi tidak cukup bulan. (theholisticmama.com).

Berbagai kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kepentingan DHA untuk bayi. Jom kita lihat bagaimana DHA penting kepada otak. Sebelum itu, anda juga boleh klik sini untuk kenalpasti di manakah DHA menjalankan fungsinya dalam setiap sel. 



Manfaat DHA untuk bayi


Perkembangan otak


  • Dalam kajian ke atas 98 wanita hamil, penyelidik di School of Pediatrics and Child Health di University of Western Australia mendapati bahawa:
    • Dua tahun selepas kelahiran, anak-anak yang ibunya telah menerima dos minyak ikan yang tinggi  (2.2 g DHA) di trimester kedua kehamilan mereka==> mempunyai skor yang lebih tinggi dalam ujian koordinasi mata-tangan mereka. 
  • Satu lagi kajian, dari University of Oslo di Norway mendapati bahawa:
    • Kanak-kanak berusia 4 tahun, mendapat skor yang lebih baik dalam ujian IQ jika ibunya mengambil suplemen DHA semasa kehamilan dan penyusuan. 
  • Hasil kajian-kajian lain juga menunjukkan kesan positif daripada suplemen DHA ibu kepada kognitif, seperti perkembangan motorik pada usia 30 bulan (2 1/2 tahun) dan semasa tahap penumpuan (5 tahun).

Perkembangan visual (mata)


  • Satu kajian ke atas 167 wanita hamil yang dilakukan di Pediatric Department, University of British Columbia:
    • Menunjukkan terdapat korelasi antara ketajaman penglihatan pada bayi dua bulan dan pengambilan DHA ibu mereka semasa trimester kedua dan trimester ketiga kehamilan.

Berat kelahiran yang lebih tinggi


  • Para penyelidik di Universiti Maastricht, Belanda mengkaji 782 pasangan ibu-bayi dan mendapati "hubungan positif yang signifikan" antara tahap DHA ibu (terutama di awal kehamilan) dengan berat badan dan lilitan kepala bayi ketika lahir. 
  • Kajian lain mencadangkan bahawa penggunaan DHA semasa hamil mungkin mempunyai manfaat kecil dalam mengurangkan kemungkinan berulangnya kelahiran  premature di kalangan wanita yang sebelum ini pernah mempunyai sejarah kelahiran pramatang anak sebelumnya.
Dari ketiga-tiga bahagian ini, kita dapat memahami bahawa DHA sangat penting untuk bayi dalam mengekalkan tahap kesihatan bayi dari peringkat awal lagi. Ibu hamil harus memastikan pengambilan DHA secukupnya untuk mengelakkan dari berbagai risiko terhadap bayi, malah kepada ibu sendiri.

Klik sini kalau nak tau bahaya DHA kepada ibu!



Klik sini untuk kepentingan DHA kepada otak!


Sebarang pertanyaan atau nak dapatkan produk Shaklee terus contact saya..! 

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno