Wednesday, November 19, 2014

Lembik lesu akibat mabuk hamil!

Assalamualaikum...

Saya nak tanya.. siapa yang tidak pernah rasa mabuk muntah-muntah & loya masa hamil? Wahh yang pernah tu jangan risau.. anda kategori Normal!

Tahu tak mabuk hamil merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi.

Punca sebenar mabuk hamil tidak diketahui, tetapi ia dikatakan berkaitan dengan hormon human chorionic gonadotrophin (hCG) dan estrogen. Hormon tiroid thyroxine juga mungkin mempunyai peranan.

Kenapa mabuk hamil?



  • Jika anda mengandungkan kembar dua atau tiga, tahap hormon kehamilan anda lebih tinggi, justeru mabuk anda adalah lebih teruk.


  • Jika anda biasa mengalami mabuk perjalanan, anda mungkin lebih berkemungkinan mabuk lebih teruk ketika hamil. Ini kerana mabuk hamil mungkin berkaitan dengan kecelaruan dalam mekanisma keseimbangan dalam telinga dalam anda.


  • Jika anda sudahpun mengalami jangkitan gastro-intestin yang disebabkan oleh bakteria helicobacter pylori, ini mungkin menyebabkan sakit perut, ulser dan refluks asid. Masalah ini boleh dikenal pasti melalui ujian najis atau ujian darah, dan ianya mudah dirawat menggunakan antibiotik yang selamat diambil semasa hamil.


  • Jika anda letih dan lapar, loya anda akan jadi lebih teruk.

Satu teori menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan loya ialah satu kaedah perlindungan. Ini membuatkan anda kurang berkemungkinan mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak selamat dimakan atau toksin-toksin yang berbahaya.

Boleh jadi juga kan. Itu lah perancangan Allah supaya kita sentiasa berhati-hati agaknya.

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi yang diakibatkan oleh stres atau perasaan negatif mengenai kehamilan. Namun tidak ramai yang percayakan teori ini. Kebanyakan orang percaya bahawa mabuk hamil itu sendirilah yang menyebabkan stres, bukan sebaliknya.

Apa-apa pun pastikan kita sentiasa minum cukup air, amalkan pemakanan sihat termasuk suplement untuk hamil. Sabarlah ye, biasanya 3 4 bulan elok la tu...

Nak tau saya camane? Sampai nak bersalin pun masih muntah-muntah. Nurse nak tolak masuk labour room pun saya muntah lagi pagi tu.. Aduuh kenangan loya yang ngeri bila nak diingatkan. Masa mengandung memang macam kurus kering.. perut je naik. Muka kusam & memang lemah je selalu. Ahh rugi tak kenal Shaklee masa tu. Kalau ada mesti keadaan akan lebih baik. InshaAllah. Sebabnya saya dan ramai lagi tahu memang Shaklee sangat berkualiti...

Ok uol.. Kalau ada pertanyaan sila contact saya:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno