Sunday, November 16, 2014

Konvo Putri ~ Tadika Qistina Iman, Ipoh

Assalamualaikum..

Penat betul cuti minggu ni. Macam tak cuti. Semalam siang sibuk marking paper.. kene siapkan hari Isnin nanti kene key in markah. Malam ber'annual dinner' pulak. Hari ni majlis anugerah cemerlang putri pulak. 

Terhibur dengan gelagat anak-anak kecil ni. Subhanallah.. Hebat ciptaan Allah. Cerdik sangat semuanya. Alhamdulillah.. tadika ni saya boleh bagi double thumbs up sebab mereka akan pastikan semua dapat kemahiran 3M termasuk Iqra'. Semua pun dapat hafal doa & macam-macam lagi.

So hari ni majlis ni dibuat untuk raikan anak-anak terutamanya yang 6 tahun yang akan tinggalkan tadika untuk ke sekolah rendah pula. Bagi putri, agak awal sebab dia mula masuk taska ni pada umur 3 tahun setengah, join kelas 4 tahun. So sekarang dia masih 5 tahun tapi dah masuk kelas 6 tahun. InshaAllah bulan 1 ni terus ke sekolah rendah. Putri dapat sekolah setahun awal sebab lahir 2 Januari. Pandai dia pilih hari kan... hihi

Persembahan pertama putri dengan kawan-kawan.. Koleksi DOA, Doa DHUHA, ZIKIR, ALFATIHAH, AYAT KURSI

Putri di tengah, tudung purple, sebelah kawan baiknya baju biru.. Aqilah juga namanya..

Pose dengan kawan-kawan sementara tunggu persembahan...
Tengok tu macam dah besar je
Persembahan kedua putri dengan kawan-kawan, nasyid pulak...

There she is.. Si tudung purple, jubah purple gelap
Putri dapat anugerah seniority sebab lama belajar di Tadika ni...

My girl.. Siap berjubah kan. InshaAllah lagi 15 tahun dapat scroll konvokesyen U pulak..

Putri kat belakang.. Dah tak nampak.. Kawan putri dapat pelajar terbaik.. Putri je sipi-sipi.. hihi...
Kalau korang area Station 18, Lahat, Pasir Puteh atau yang berdekatan memang saya suggest tadika ni... Ramai jugak anak-anak cikgu & ustaz kat sini. Anak-anak Ustaz Kahar, Ustaz Yasrudin & Pn Basrah, Cikgu Anuar, Cikgu Norlila, Ustazah Zanita.. ni cikgu-cikgu di sekolah saya. Ramai lagi cikgu-cikgu lain hantar anaknya di sini juga.. Semuanya hebat-hebat. Syukur.. Pelajar terbaik tadika tahun ni anak Cikgu Anuar.. Bagus sangat 6 tahun dah tamat Iqra' dan Dah mengaji AlQuran dah.. Hebat anak-anak di sini.. 

Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih buat cikgu-cikgu dan pengasuh di Tadika Qistina Iman. Semoga Allah membalas segala jasa cikgu dengan sebaik-baik pembalasan.. Amiin..

Mommyputri ~ Salam sihat, salah gojes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno