Sunday, November 9, 2014

Kenali tanda-tanda asma pada anak anda!

Assalamualaikum..

Hai korang mesti tengah layan AF final tu kan. Sambil tu meh nak cerita sikit tentang asma. Penting ni sebab dah macam musim pulak sekarang ni, lepas sorang, sorang baby yang kena. Kesian sebab baby susah bernafas, tak cukup oksigen dan boleh jadi macam-macam penyakit pula nanti.

Bahaya Asma!


Asma atau ada kalanya juga disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan.


Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Faktor & cara mengatasi di peringkat awal


  • Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi. Agak sukar juga, wajiblah kita jaga kesihatan dari dalam kandungan lagi.
  • Satu lagi faktor mungkin disebabkan oleh perokok atau berada berdekatan dengan perokok. Jadi ibu bapa yang merokok tolonglah pastikan jangan merokok depan anak-anak, atau the best way is to stop smoking! Kan...
  • Asma biasanya dikaitkan dengan alahan, walaupun bukan semuanya mengalami masalah alahan. Namun, alahan memang dipercayai meningkatkan risiko asma. Jadi elakkan dari menggunakan permaidani atau haiwan belaan berbulu seperti kucing, arnab, hamster. Pastikan juga cadar dan sarung bantal ditukar dengan kerap kerana ia menjadi pusat pengumpulan habuk dan hama yang boleh menjadi penyebab masalah ini.
  • Bayi kerap menangis,  menjerit kuat atau ketawa kuat pun boleh jadi faktor penyebab juga. Kene cuba pastikan bayi kurang menangis supaya masalah ni tidak berulang
Kesiannya...

Tanda-tanda terkena asma


Antara tanda yang dapat dikesan terutamanya pada anak-anak ialah:

  • Pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bersiul (wiz), terutama sekali apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya. Bunyi ini lebih kuat semasa tidur, pada waktu malam atau selepas melakukan latihan fizikal.
  • Batuk kerap dan berterusan selama lebih satu minggu. 
Bagi kanak-kanak dan dewasa biasanya akan mengadu:
  • Sesak nafas dan ketat dada
  • Terasa seperti ada lendir yang amat sukar hendak dikeluarkan semasa batuk

Jom pastikan anak kita sihat dari gejala asma! Kenali cara anak kita bernafas dan pastikan masalah tak berlarutan. 

Bagaimana caranya nak asma??? KLIK SINI..


Jom hubungi saya jika terdapat sebarang pertanyaan:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat salam gojes!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno