Wednesday, November 12, 2014

Indeks Glycemic ~ penghidap diabetes kena hati-hati!

Assalamualaikum..

Pening menyemak kertas exam anak murid, sambil tu nak refresh mind sikit. Menulis pun boleh juga kan.. Jom kita sambung sikit pasal diabetes. 



Tahu tak kenapa penghidap diabetes perlu kurangkan makan nasi putih?? 


Sebabnya, karbohidrat akan menyebabkan kadar gula terus meningkat dengan cepat!.. Keadaan ini disebabkan oleh nasi yang merupakan jenis makanan berindeks glisemik tinggi!


Apa itu Indeks Glisemik?

Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah. Beliau telah mengklasifikasikan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindakbalas kepadanya. 

Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk. Indeks ini dipanggil Indeks Glisemik (GI). GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan.

Beliau telah mendefinisi GI sebagai kadar kenaikan paras gula dalam darah selepas pengambilan makanan yang diuji dibandingkan dengan makanan yang ditetapkan standard (ie: glukosa = 100)

  • Makanan dengan indeks glikemik tinggi
    • Makanan yang cepat dicerna dan diserap sehingga kadar gula darah akan meningkat dengan cepat secara signifikan. 
    • Antara contohnya adalah teh tarik, nasi putih, roti putih, mi goreng, kueh teow goreng, donut dan beberapa lagi.

  • Makanan berindeks glisemik yang rendah akan membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur
    • Makanan yang lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat dan telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.
    • Contoh makanan yang baik dan berindeks glisemik rendah ialah brokoli, bayam, tomato, timun, kacang hijau, keledek dan beberapa lagi
Jom pilih makanan yang di bawah 55!
Paras glukosa yang tidak terkawal dalam tempoh yang lama akan mengakibatkan komplikasi yang serius seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, kerosakan buah pinggang dan juga kehilangan deria rasa pada kaki dan tangan.

Jom jaga kesihatan dan elakkan masalah sebegini. Amalan cara hidup sihat dengan petua basic ini..



Jom hubungi saya untuk sebarang info atau pertanyaan:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno