Wednesday, November 5, 2014

Ikhtiar sembuhkan sakit jantung dengan Al-Quran

Assalamualaikum..

Kita mampu merancang, mampu mencuba tapi Allah yang tentukan bagaimana penghabisan kita. Namun, biarlah Allah mudahkan dan meninggal dalam keadaan beriman kepada Allah.

Di samping pengambilan Minyak ikan, kita pun mesti mengharapkan penyembuhan melalui doa kepada Allah SWT. Jadi saya nak share sikit doa yang paling simple untuk amalkan di rumah jika berlaku masalah berkaitan jantung. Semua cara amalan ini saya petik dari buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit oleh Dato' Dr Ustaz Haron Din.

DOA JANTUNG


1 - Baca Surah Alfatihah

2 - Selawat syifa' 



Sambil baca, ulang 'Tibbil quluu bi wadawa iha' sebanyak 3 kali dan teruskan bacaan.

3. Surah Al-Hasyr (Ayat 21-24)


Terjemahan ayat: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


AMALKAN DENGAN KERAP TERUTAMNYA SELEPAS SOLAT

Jom share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno