Tuesday, November 11, 2014

Diabetes buat kaki menderita ~ Neuropati periferal

Assalamualaikum

Ada tak kalangan pembaca atau keluarga yang mengalami diabetes? Jika ada pastinya korang tahu macamana sakit kaki pada penghidap diabetes ni. Biasanya pesakit akan rasa:


  • Tapak kaki dan kadang kala hujung jarinya terasa sakit dan pedih bagai ditusuk jarum atau benda tajam.
  • Kebas, rasa panas, berdenyut-denyut dan rasa sakit di lengan, paha, tangan atau kaki antara tanda biasa penyakit neuropati diabetes atau kerosakan saraf.
  • Rasa sakit tersebut pada awalnya berlaku sesekali tetapi sekarang semakin kerap sehingga kadang kala tidak tertanggung.

Keadaan ini memang membuatkan rasa tidak selesa dan sukar untuk berjalan, bekerja dan tidur sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya.

Tahu tak, dianggarkan 60 hingga 70% penghidap diabetes mempunyai beberapa jenis kerosakan saraf. Walaupun paras gula darah anda normal atau anda menghidapi pra-diabetes (mereka yang mempunyai paras glukosa tinggi tetapi tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai penghidap diabetes), mesti mula memberi perhatian kepada saraf kerana kerosakan saraf boleh bermula seawal peringkat pra-diabetes lagi. 

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) Ke-4 (2011) menunjukkan seorang daripada lima orang dewasa Malaysia menghidap diabetes. Ini perbezaan besar berbanding NHMS pertama (1986) hanya 6.3%. 

Kerosakan saraf disebabkan diabetes (Neuropathy)


Neuropati berkaitan diabetes boleh menjejaskan kekuatan otot, sensasi di pelbagai bahagian badan, malah fungsi seksual. Terdapat 4 jenis iaitu:


  1. Neuropati periferal - komplikasi diabetes paling biasa, boleh menyebabkan rasa kebas atau sakit di paha, kaki, jari kaki, lengan dan tangan. 
  2. Neuropati autonomik - boleh merosakkan fungsi sistem penghadaman, mengakibatkan cirit-birit atau sembelit serta melemahkan fungsi pundi kencing. Ia turut mempengaruhi cara berpeluh, malah menjejaskan kesihatan seksual. 
  3. Neuropati proximal - mungkin menyebabkan lemah pada kaki dan sakit pada pinggang, punggung dan paha. 
  4. Neuropati fokal - boleh menyerang urat saraf dalam badan dan sering menyebabkan kelemahan secara tiba-tiba. 


Neuropati periferal 


Masalah ini sering berlaku di kaki. Antara gejala ialah kehilangan rasa di kaki atau lebih berkemungkinan mengalami kecederaan, berjalan secara tidak normal dan mempunyai kudis diabetes yang tidak mahu sembuh. Kudis ini kemudian memburuk dan seterusnya mengakibatkan anggota kaki atau paha anda dipotong. 

Risiko pemotongan kaki adalah 27.7 kali lebih besar bagi penghidap diabetes berbanding orang biasa. Lebih menakutkan, 50% daripada semua pemotongan anggota berlaku pada penghidap diabetes. Itu sebabnya penghidap diabetes perlu sentiasa menjaga kaki mereka. 

Rawatan  Neuropati


Dengan cara apa sekalipun, rawatan bagi mana-mana penyakit neuropati pasti akan bermula dengan usaha mengawal paras glukosa darah anda. 

Pemantauan gula darah secara kerap, perancangan makanan, kegiatan fizikal, pengambilan ubat secara oral atau insulin membantu mengawal paras glukosa darah. Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi umumnya, gejala semakin berkurangan apabila pengawalan glukosa yang baik dilaksanakan. 

Pengawalan gula darah yang baik juga boleh membantu mencegah atau melambatkan datangnya masalah selanjutnya. 

RAWAT NEUROPATI DENGAN SHAKLEE? IKUTI SAMBUNGANNYA MALAM INI OKEY!

Jom lihat bagaimana atasi masalah paras gula tinggi di sini


Cepat hubungi saya untuk sebarang info atau pertanyaan:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno