Sunday, November 23, 2014

6 punca Mah nampak tua dari Zulaikha!

Assalamualaikum..

Mah yang cantik makin tua makin tak cantik.. Bukan sebab tua sangat pun. Tapi macam-macam lah kulit Mah yang perlu diperbaiki... Alahai Zulaikha pun cover dengan bedak aje. Mah pun dah sedar.. duduk rumah jadi suri pun lagi lah bagus bermekap.. Tak berdosa sebab mekap hanya untuk suami sendiri...

Mah tau tak apa punca kulit Mah dah tak cantik macam dulu??? Meh sini nak bagitahu Mah.. Sebelum cari penyelesaian meh kita cari sebab kenapa kulit Zulaikha nampak cam cantekkk je...(tangan di bahu, mata pandang ke atas, bibir buat style meluat..)

1. Jeragat

- ini yang paling geram sekali bila dah capai umur 25 ke atas. Antara puncanya ialah terdedah kepada cahaya matahari terik, penggunaan hormone contohnya Pil perancang, penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai atau keturunan. Jeragat ni memang masalah paling menakutkan sebab susah nak dirawat.. 



2. Sinaran UV

Sinar UV amat berbahaya jika dibiarkan terlalu lama terkena kulit. Pada mulanya sinar ini cuma menyebabkan kekusaman kulit, namun jika setiap hari kita terkena makan masalah lebih besar boleh berlaku. Ini termasuklah masalah kanser kulit. Hati-hati jangan berjemur setiap hari.. !


3. Jerawat

Jerawat terjadi disebabkan berbagai masalah termasuklah kekotoran & penyumbatan sel kulit. Kemungkinan juga pengumpulan toksin yang banyak dalam badan juga adalah penyebab kepada masalah ini. Biasanya jerawat terjadi pada peringkat remaja.


4. Psoriasis / Ekzema

Masalah ini biasanya berlaku disebabkan hormon dan juga kulat. Penyakit Psoriasis biasanya menyebabkan kulit kering, berkerak dan merah & kasar. Ekzema punya biasanya menyebabkan kemerahan kulit yang kelihatan lembap dan berair. 


5. Kulit kering atau berminyak

Serba tak kena.. Kejap kering, kejap berminyak. Ada yang terlampau kering dan ada juga kulit yang berminyak. Memang penyebab kepada kekusaman. Kulit kering kelihatan bersisik dan mudah berkedut. Manakala kulit berminyak menyebabkan kilatan dan kotoran mudah melekat dan mudah berlaku jerawat.


6. Radikal bebas

Sel kulit dan organ lain dalam badan dirosakkan dengan pengumpulan pelbagai agen penuaan seperti logam berat yang berpunca dari pencemaran, stress melampau dan juga pemakanan yang tak sihat. Semakin kurang kita makan sayuran atau buah-buahan semakin cepat masalah radikal bebas menjejaskan kemudaan kulit kita...


Gitu la masalah biasa yang di alami oleh kaum wanita. Bukan susah nak jaga. Ada set-set kecantikan yang perlu kita amalkan, samada secara semulajadi atau yang dah dijalankan kajian secara saintifik.. Yang penting kita cuba lah buat sesuatu. Jangan kena komplen baru terngadah kan..


Salam sihat, salam gojes

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno