Tuesday, November 11, 2014

6 petua basi untuk makcik pakcik yang kene diabetes!


Assalamualaikum...

Apa khabar hari ni? Dah makan ke belom? Amboi typical malay's question sangatt.. Hehe.. Sambil memikirkan baju apa nak pakai sabtu ni untuk Annual Dinner yang bertemakan world culture, tiba-tiba rasa nak sambung cerita semalam. Panjang ayatku.. Harap-harap semuanya paham ye....

Nak cerita di sini adalah sebagai peringatan saja, sebab ini adalah asas kepada kesihatan. Nak pastikan diabetes terkawal wajibla kita amalkan kehidupan dan pemakanan sihat. Jangan macam dulu-dulu lagi. Semua ni kalau diikutkan dah jadi petua basi sebab paling basic untuk sihat.. Takpe la kita baca selalu lama-lama kita mesti ikut..

Nak sihat, please folloowww 6 petua...


1. Kurangkan berat badan - Benda ni paling basi sekali lah kan.. Biasanya orang yang kena diabetes BMI berlebihan dan sebaiknya dikurangkan dengan amalan pemakanan umum yang sihat serta aktif dari segi fizikal.

2. Aktifkan diri! - Tidak perlu bertungkus-lumus dengan senaman berat di gimnasium, cukupla kalau makcik pakcik berjalan kaki, sambil mengemas ataupun berkebun, InshaAllah berpeluh juga. Untuk yang bekerja, cuba kurangkan guna lif. Panjat tangga pun senaman yang best sangat! 

3. Elak makanan manis - Elak makan seri muka, tepung pelita, ais kacang, cendol atau makanan manis yang seangkatan dengannya la kan. Kurangkan memakan coklat juga sebab kerana memang menyebabkan diabetes lagi teruk. Persatuan Jantung Amerika (AHA) pun menjelaskan: pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan keadaan kesihatan tidak baik, termasuk kegemukan, diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida yang tinggi dan semuanya adalah faktor risiko penyakit jantung dan strok. 

4. Say no to minuman manis - Semua minuman ringan yang berkarbonat, jus buahan segar, kordial dan teh tarik, sila kurangkan atau terus berhenti. Ada alternatif yang lebih baik iaitu menggunakan gula stevia, sejenis pemanis semulajadi yang paling selamat dan diekstrak dari pokok stevia. Kini ada beberapa jenis minuman kopi putih ‘tiga dalam satu’ tanpa gula, coklat malt dan oat dan bijirin yang dimaniskan dengan stevia.

5. Makan bijirin lengkap - Gantikan beras putih dengan beras perang dan pastikan pasta contohnya spagetti, makaroni diperbuat daripada gandum penuh. Bijirin lengkap tak akan menyebabkan paras gula naik mendadak.

6. Tolong kawal perasaan! - Tahu tak diabetes sebenarnya berkaitan dengan masalah tekanan atau stress. Memang peringkat umur pertengahan ke atas, mula kita banyak berfikir... Tapi sebaiknya kawal perasaan sebab macam-macam penyakitr boleh berlaku. Bukan hanya diabetes, tapi jantung, kanser, stroke semuanya... penyumbang terbesar penyakit-penyakit ni adalah disebabkan stress!

Kajian oleh Dr. Peter Hall from the University of Waterloo menyatakan bahawa masalah tekanan merupakan penyumbang terbesar kepada diabetes. Walaupun ini kajian di barat, sebenarnya lebih kurang saja dengan rakyat Malaysia kan.

Rujuk: warmembrace.ca

Jom pastikan kehidupan lebih baik dan amalkan kesemua ni dari awal. Bukan menunggu sehingga masalah berlarutan atau mula sakit-sakit saraf dan macam-macam komplikasi berlaku.


Cepat hubungi saya untuk sebarang info atau pertanyaan:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno