Thursday, November 20, 2014

3 perkara MEMUDAHKAN kita dalam mendidik dan membesarkan anak!

Assalamualaikum.. Saya nak kongsikan sharing dari Prof. Dr. Rozieta Shaary  yang sangat-sangat berkesan dalam kita nak mendidik anak.

3 sikap yang kita rasa biasa-biasa aja tapi memang luar biasa kalau kita berjaya ubah dan kekalkan:

1. SIKAP

Terlalu ramai sangat orang memula perjalanan hidup mereka sebagai ibu atau bapa tanpa matlamat yang jelas. Bercinta mungkin, merancang hari perkahwinan tapi tidak merancang bagaimana untuk melalui hidup bersama.

Mereka ini juga tidak berbincang akan corak pemikiran yang hendak diambil mengenai anak-anak dan pendidikan serta pentarbiyahan anak-anak. Mereka pakai redah dan pakai ikut orang dan ikut rasa dan ikut cara ibu bapa mereka terdahulu TANPA menilai kesan jangka pendek dan panjang.

SIKAP adalah ibarat akar kepada pokok. Jika akar itu rosak, tidak tunjang, berulat, tidak cukup air dan bahan makanan, bagaimana mungkin pokok itu boleh tumbuh sihat.

Sikap bukanlah sesuatu yang kita boleh nampak, namun kesan sikap ialah pada perbuatan. Dan kita boleh nampak sikap melalui perbuatan.

Seorang ibu atau bapa boleh tenang atau lemas bila sikap mereka terhadap membesarkan anak-anak ini betul atau salah.

Jika mereka merasakan (bersikap) membesarkan anak-anak ini sungguh menyusahkan. Anak-anak ini memang memeningkan dan merampas keselesaan hidup. Anak itu memang bermasalah... atau mereka tidak bijak mendidik, ilmu dan skil keibubapaan ini tidak penting, mak bapak aku besarkan akan tendang terajang, aku okay jer, jadi manusia jugak...maka perbuatan ibu dan bapa itu akan menunjukkan sikap mereka ini.
Mereka ini hanya tahu KOMPLAIN bila anak-anak terlalu aktif, terlalu buas kata mereka. Mereka akan marah-marah bila anak-anak berkelakuan seperti kanak-kanak, iaitu adakala melakukan kesilapan atau mahu tahu sesuatu perkara...sehingga bila mereka membawa anak-anak berjalan-jalan...anak-anak akan sering ditengking dan dibetulkan itu dan ini...contohnya hendak mencium bunga pun boleh menjadi satu kesalahan bagi seorang anak itu...dia akan dimarah.

Bila mengajar anak, anak tidak faham, maka mudah anak itu dilebel lembab dan dimarah. Bila anak kecil terkasar sikit membelai adiknya, cepat dia disangka mahu menyakitkan adiknya...
SIKAP mereka ini ialah semua yang tidak baiki itu KERANA ANAK itu.

Mereka yang mempunyai sikap yang positif mengenai menjadi ibu atau bapa, akan mudah mengerti mengapa anak-anak melakukan kesilapan. Mengapa mereka aktif dan mahu explore...mengapa mereka suka bertanya berulang kali...mengapa mereka payah untuk memahami apa yang diajar...mereka menerima baik perkara ini dan mengenalinya sebagai fasa dalam hidup anak-anak mereka dan mencari jalan yang baik menyelesaikan TANPA komplain yang berlebihan.

Mereka ini juga melalui kesusahan dan dugaan besar dalam membesarkan anak-anak mereka tetapi mereka ini TENANG dan tidak terus menyalahkan anak-anak, malah mereka BERUSAHA memperbaiki diri dan keadaan serta membetulkan anak-anak mereka dengan cara penuh berhemah, tegas dan penuh kasih-sayang. Kerana sikap mereka terhadap anak mereka ini ialah mereka itu ibarat kain putih...bersih dan boleh dicorakkan. Yang mencorak ialah ibu bapa. Dan bukan datang kepada mereka telah bercorak comot.

Natijahnya, anak-anak mereka merasakan mereka dihormati dan dikasihi. Natijahnya kepada mereka, mereka menjadi lebih yakin diri menjadi ibu atau bapa yang baik.

2. SKILL


Skil ini sangat berkait dengan THE POSITIVE PSYCHOLOGY OF HUMAN NATURE.

Pendekatan yang penuh Kasih-sayang dan TEGAS menjadi cara yang mudah untuk sesiapa pun apatah lagi anak-anak hari ini menerima sesuatu suruhan atau ilmu.

Apa yang perlu difahami ialah apa itu kasih-sayang dan tegas.

Bila ibu bapa menggunakan skil marah yang penuh kasih sayang dan tegas, anak akan jadi berterima kasih kerana ditegur kerana mereka boleh merasakan ibu bapanya sayang kepadanya.

Bila tiada skil, inilah yang menyebabkan anak-anak memberontak atau dimanjakan langsung memanjat kepala.

Minta dijauhkan

3. ILMU


ILMU yang luas dan mendalam adalah sangat perlu. Bila mendidik dan membesarkan anak-anak dengan ilmu yang mendalam, maka tidaklah kita melakukan perkara ikut-ikut orang sahaja. Kita jelas dan kita faham.

Di sini kita akan memulakan perbualan selepas ini, mengenai ilmu mendidik anak-anak remaja...

Mengapa Ibu terus memfokus ke situ, kerana ramai yang telah mula terasa bahangnya membesarkan anak tanpa ilmu ini bila anak-anak sudah remaja...


InshaaAllah.. Jom kita amalkan.. Jangan lupa juga amalkan makanan sihat bersama Shaklee agar kita sentiasa bersikap positif, tajamkan skill dan juga tambahkan ilmu... Semoga Allah sentiasa merahmati kita. Amiin

Salam Sihat, Salam Gojes ~ Mommy Putri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno