Sunday, November 30, 2014

OMEGAGUARD Promo!! last call!

Assalamualaikum... Salam sejahtera, 
Korang tau tak hari ni dah last day utk promosi Omegaguard trlajak laris!! Memang trlajak sangat tapi banyak lagi stok tau!! Meh saya nak peringatkan korang lagi tentang omega guard (minyak ikan). Pelbagai manfaat antaranya:

☑️ untuk KANAK-KANAK hanya bagi 1 biji sehari untuk maximumkan fungsi otak kerana ia mengandungi DHA yg sgt bagus untuk otak cerdik dan pintar. Sgt bermanfaat utk anak2 yg sedang belajar.

☑️ untuk IBU HAMIL - adanya bekalan DHA bagi manfaat pada bayi yang dikandung. semasa hamil perkembangan otak bayi adalah sgt pesat dan perlukan banyak DHA dan EPA. 



☑️ untuk yang INGIN BERDIET. omega akan meningkatkan paras leptin utk merangsang metabolisma. Bila metabolisma meningkat, makanan yg dimakan akan cpt ditukar kepada kalori.

☑️ utk bantu MASALAH ASMA. Bg yg ada asma, omega guard sgt berkesan untuk halang inflammation di mana penyebab kepada asma iaitu radang pada tiub bronkial.

☑️ bagi INDIVIDU yang ada masalah kolesterol tinggi, sgt rekemen omega untuk bantu menurunkan paras kolesterol jahat. Kolesterol jahat dibuang dan kolesterol baik ditingkatkan.


Harga omega 2 botol biasa: RM272

SEKARANG HARGA RUNTUH DENGAN BELIAN TWINPACK IAITU 2 botol dengan harga RM258.40

TAPI kalau korang sms atau whatsapp sekarang, korang boleh dapatkan sesuatu yg menarik special dari saya!

Eiishh rugi tak grab ni.. Banyak sgt manfaat, semua rumah wajib ada omega (fish oil) ini. Tak kenal maka tak cinta. 

TAWARAN BERAKHIR PADA AHAD INI 30 Nov 2014 11.59pm. Selepas itu harga kembali normal. RM136! 


Jangan ketinggalan.. Meh cpt contact saya: 

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya


Saturday, November 29, 2014

Petua Hilangkan Ketuat Cepat!

Assalamualaikum.. 
Ketuat secara lazimnya merupakan ketumbuhan kecil yang tumbuh di permukaan kulit. Selalunya ketuat akan tumbuh di bahagian jari tangan dan kaki. Bahkan ada juga yang tumbuh di bahagian muka atau betis. 

Ketuat tidaklah berbahaya kepada kesihatan seseorang. Namun ketuat boleh berpindah ke orang lain jika berkongsi pakaian. Bukan itu sahaja, ketuat juga boleh merebak ke bahagian lain jika anda mempunyai tabiat mengorek ketuat.

Kebiasaanya, ketuat ini akan hilang atau gugur sendiri selepas enam hingga 12 bulan. Ia juga tidaklah berasa sakit, tetapi mungkin bagi sesetengah orang ketuat adalah satu benda asing yang menjelekkan.

Jom nak kongsikan sedikit petua untuk kita cuba amalkan...

Petua 1
Gosok ketuat dengan pasir yang basah seperti pasir di sungai atau di kawasan pantai. Cuba selama tiga hari berturut-turut, ketuat akan hilang dengan sendirinya.

Petua 2
Gunakan kapur sirih untuk disapu ke atas ketuat. Biarkan ia mengering sendiri. Amalkannya sehingga ketuat mengering dan gugur dengan sendirinya.

Petua 3
Ambil daun kesum dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan sedikit garam dan sebatikannya. Sapu campuran tersebut ke atas ketuat. Tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkannya sehingga ketuat gugur sendiri.

Cuba tau!!

Salam sihat salam gojes!!

Nikmat Allah

Kadangkala, 
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas. 
Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.

Sharing is caring...πŸ’•

Friday, November 28, 2014

Tips dapatkan anak lelaki atau perempuan ~ Awas bacaan untuk yang dah berkahwin sahaja!

Assalamualaikum..

Alkisahnya.. Yang belum kawin nak cepat kahwin... Yang dah kahwin lambat pula dapat anak... Yang dah kahwin pulak teringin nak rancang kelahiran anak samada lelaki atau perempuan... 

Memang pun, sama lah kita.. Tapi disebabkan daddy belum sedia tambah anak lagi, mommy boleh baca je lah... Hihi... Baca dan share kat korang tips nak rancang jantina baby kita. Dulu memang saya tak pernah fikir pasal jantina. Facebook takde, friendster takde, Tengok blog pun kagum dan peghak! Internet pun tak berapa heran pun.. Jadi memang tak tahu lah benda-benda ni wujud...Masa dah mengandung putri baru lah baca tips-tips macam ni... Ohh boleh rancang rupanya...



Apa pun jangan lupa semua ni cuma kita merancang berdasarkan kajian saintifik dan kebarangkalian. Jangan pulak kita percaya bulat-bulat sebab kuasa Allah paling utama dan tidak dapat ditandingi dengan apa-apa pun... 

Tahu tak, Chinese Gender Predictor Chart pun salah satu cara orang bukan Islam rancang jantina bayi. Katanya 99% tepat.. Tapi saya tak suka lah nak masukkan carta tu kat sini sebab tiba-tiba mengajar korang jadi tukang tilik pulak. Hukumnya paham-paham lah kan.. Kalau kita percaya kang boleh jadi syirik pulak. 

Jadi kita teruslah kepada tips-tips yang kita sendiri perlu buat dan usaha sendiri tanpa tilik-tilik supaya dapat hasil sambil tawakkal kepada Allah... 


1. PEMAKANAN 

Bayi Perempuan:  

Suami - perlu makan makanan yang beralkali, seperti sayuran, buahan, putih telur dan susu. 
Isteri - perlu makan makanan yang berasid seperti daging dan makanan laut.

Bayi Lelaki:

Terbalik... Isteri makan yang beralkali, suami makan yang berasid

Cara pemakanan ini perlu diamalkan sentiasa sebelum melakukan hubungan intim dan selepas hubungan..
Contoh makanan berasid & beralkali.. MINUMAN & MAKANAN BERALKOHOL HARAM YE!!

2. KLIMAKS

Bayi Perempuan: 

Ketika melakukan hubungan intim, suami perlu klimaks terlebih dahulu.

Bayi Lelaki:

Ketika melakukan hubungan intim, isteri perlu klimaks terlebih dahulu.

3. MASA

Bayi Perempuan: 

Hubungan intim perlu dilakukan lebih kerap sebelum haid isteri iaitu seminggu sebelum.

Bayi Lelaki:

Hubungan intim perlu dilakukan lebih kerap seminggu selepas haid.


4. KEDUDUKAN

Bayi Perempuan: 

Isteri perlu berada di atas suami ketika hubungan intim dilakukan.

Bayi Lelaki:

Suami perlu berada di atas suami ketika hubungan intim.


Sambil tu jangan lupa amalkan SET SUBUR SHAKLEE
dapatkan juga TIPS CEPAT HAMIL 
dengan berbagai TESTIMONI HAMIL
Klik cepat..


Jom dapatkan berbagai info atau nak order pun boleh.. Hubungi saya:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Punca Jerawat

Assalamualaikum...

Sape sini ada jerawat? Dh tentulah ramai kan. Sebab ini mslh biasa... Paling geram kalau bernanah, bengkak & sakit.. Adoii kalau dalam hidung?? Sakit gile. Dulu masa sekolah pernah kene jugak..

Tahu tak ada macam-macam sebab jerawat ni terjadi.. Jom kita kaji satu persatu jom!

1.Perubahan hormon
Bila berlaku perubahan kepada zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan, iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period, jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Biasanya umur 20an.. Tapi sehingga umur 40 pun ada jugak yang masih ada jerawat.. Wanita yang gunakan pil perancang & orang yang mengambil ubat jenis steroid juga ada perubahan hormon berlaku dan boleh menyebabkan jerawat. 

2.Tekanan (Stress)
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah. Dua jenis tekanan:

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat. Sebaiknya makan asid lemak yg baik utk kulit iaitu Omega 3dan Omega 6 untuk menseimbangkan kandungan minyak dan air bawah kulit.

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain. Perlu detox untuk kembalikan kulit sihat.

5.Faktor Genetik
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik, foundation, cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit.. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Sebaiknya minum air yang cukup iaitu 2 liter ataupun sekurng-kurangnya 8 gelas sehari..

Itu 10 penyebab utama jerawat. Jom atasi masalah ni dengan mengetahui punca-puncanya dulu... 

Salam sihat , salam gojes

Rahsia Mah makin cun tak sampai seminggu!!

Assalamualaikum...

Sekarang ni ramai ibu-ibu macam Mah dah mula ambil berat tentang kesihatan dan kecantikan. Namun memang kita mengaku lah susahnya nak tinggalkan anak bagi orang jga sekejap semata-mata nak pegi saloon jaga kulit jaga badan bagai... Orang lelaki macam Man cuma boleh komplen je tapi ce jaga anak kejap bagi Mah pegi saloon kan bagus! Paling mudah beli je Collagen Powder Shaklee ni ha... 

Meh tengok ni.. Dalam beberapa hari je semua yang pakai rasa puas hati sangat dengan Collagen ni. Apalah sangat wang yang dibelanjakan jika kita betul usaha nak cantik semata-mata untuk suami kan.. 






Kulit yang berminyak dah makin elok
Yang kendur dah anjal
Yang pori besar dah makin tutup
Kulit makin cerah
Rambut makin cantik

Tu semua antara testimoni yang confirm anda juga boleh dapat kalau amalkan Collagen Powder Shaklee.. inshaAllah...

Tahu tak Shaklee Collagen Powder berfungsi bagi mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran matahari dan pencemaran alam sekeliling menjadi faktor collagen di dalam sel kulit menyusut dengan lebih cepat sebelum ia mampu dibina semula. 

Kesan kehilangan collagen pada kulit mengakibatkan kulit menjadi kendur berkedut, kuku juga mudah patah dan turut menyebabkan rambut semakin nipis dan tidak bermaya. 

Shaklee Collagen Powder mengandungi nutrisi penting untuk menyerlahkan kecantikan dalaman, kejelitaan wajah dan keanggunan anda..

Diantara kebaikan Shaklee Collagen Powder termasuk: 

Membantu menghasilkan collagen yang amat diperlukan bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen dan juga salur darah. 

Menggalakkan kulit menjadi lebih tegang, anjal, gebu dan lembut. 

Menggalakkan rambut menjadi lebih kuat, lebat dan bersinar. 

Membantu mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi.

Ha.. Patutla power gile kesannya kan!! Dalam 3 sachet pun rasa perubahan... Zulaikha pun gigit jari tengok Man dah tak hingin tengok dia sebab Mah dah makin cun!! paling best pulak Man yang belikan Collagen Powder ni untuk Mah.. Wuhuu!!! 

Korang pulak camane?? Jom perayat husband cepat di malam jumaat ni.. Hihi.. Dia nak kita cun kan.. Apa lagi... Jom hubungi saya cepat !

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Wednesday, November 26, 2014

Sharing ~ apa ibu bapa perlu buat ketika anak nak melangkah ke sekolah menengah!

Assalamualaikum!

Upsr result hari ni... Apa pun keputusnnya cuba berikan pujian & dorongan... Alhamdulillah syukur!

Melangkah ke skolh menengah ms utk berikn yg trbaik dan mmg crucial utk tentukn prjalanan hidup..   

Saya share sikit di sini apa yang kita sbg ibu bapa, harus mula lakukan... Jika dah buat lebih awal pun jgn lupa ulang smuanya lagi betul-betul sblm anak2 melangkah ke alam remaja... Semua ni hasil pengalaman saya mengajar di sekolah menengah. Masalah berlaku sebabnya semua ni tidak diamalkan. InshaaAllah jika kita amal dapat juga lah kita kawal anak samada dirumah atau di luar...

πŸ’• Berikan makanan terbaik ~ minyak ikan, sayuran, kekacang, ikan & susu.. Rancng pemakann anak2... Jgn biarkan anak makan makanan syubhah atau junk food lagi...

πŸ’• Bincang perjalanan hidup anak2 spy dia sndiri boleh mula berfikir.. Bila aku kene bljar, brp result yg aku perlu utk jd engineer/ akauntan/ doktor/ usahawan etc... Seriously kene ajar cara brfikir dah.. Kita ajak anak sama-sama brbincng dan berfikir supaya dia lebih matang dan mahir bertindak berdasarkan akal dan agama

πŸ’• Ank2 dh spatutnya sedar batas2 pergaulan llki prempuan dan  camane nk jg diri. Yg lelaki bakal pimpin keluarga. Yg perempuan bakal pegang maruah keluarga & jd wanita & bakal isteri. Aurat! Wajib tutup.. dan kita kena ajar & bgtau kenapa! Kita jangan paksa tapi ceritakan lah hikmahnya..

πŸ’• Solat, doa & ajak anak2 belajar berdoa dari hati... Lepas solat jemaah ayah bc doa dengan kuat bagi anak dengar apa harapan dan doa mak ayah kepada anak tercinta. Anak tahu kita sgt sayangkan mereka sampai mintak kepada Allah terus-terusan!

Tahu tak.. Ramai anak-anak murid sekolah menengah yang tak tahu solat!.. Dan jangan terkejut kalau saya kata ada yang menangis tak tahu solat dan teringin sangat nak belajar solat! Ada yang kata ibu bapa tak solat dan marah jika mereka solat dirumah, sbb kononnya nak tunjuk lagak! Sedih sangat kalau jadi macam ni kan...

Ini saya sharing hasil pengalaman saya. Anak saya masih kecil tapi dah cuba tanamkan dari awal. Risau bila memikirkan... Tapi sbg org Islam sendiri sebaiknya saya share apa pandangan saya.. 

Nanti korang pulak ingatkan saya ye.. Tq so much korang!!

#sharingiscaring

Monday, November 24, 2014

Hilangkan parut hodoh selulit lepas bersalin!

Assalamualaikum..

Selulit ni memang masalah biasa orang perempuan, samada disebabkan kegemukan ataupun lepas bersalin. Memang tension sebab memalukan.. Jangan tunggu husband bagi surat macam Mah kena sudah la.. Hadoii.. Jom kita belajar sikit pasal selulit ni:

Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat.

Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam. Lazimnya, golongan wanita lebih ramai yang mengalami masalah sesulit berbanding lelaki. Ini kerana sel lemak pada kulit lelaki agak jauh daripada lapisan atas kulit.

Antara remedies yang boleh digunakan.. Boleh sapu je madu, lemon juice, carrot atau aloe vera.


Sebenarnya tak payah susah-susah, ESP kan hado... 

Tak caye? Meh tengok ni.. Caranya pun senang. Bangun pagi shake 1 ke 2 sudu.. InshaAllah cepat sangat kesannya

Pulak tu ESP ni bukan untuk selulit saja, kulit pun tambah glow & cerah. Ada lagi 32 kebaikan disini




Nanti kita cerita lagi cara-cara nak hilangkan selulit ni tau.. Stay tuned!!

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Sunday, November 23, 2014

Ustaz! Ku tunggu mu datang!




Assalamualaikum...



Cerita semalam.. Kami merayap ke taiping. Leganya rasa macam baru dapat hirup udara segar. Huhu. Anak jati tepeng la kata... 



Siang ke kenduri, malam pula ke Giant Taiping semata-mata nak tengok janggut Ustaz Azhar Idrus. Ahaks.. 

Sambil menunggu tu korang tahu tak, punyalah lebat hujan sekali dengan guruh.. sampai lah elok lepas dalam 10 minit UAI datang. Tu lah orang kata, ulama membawa rahmat kan. Syukur Alhamdulillah.

Hujan-hujan pun katanya tak kurang 15ribu orang Taiping dan sekitarnya datang menegok UAI ni boh! Hebat tu ustak!
sumber: google je




Sambil tunggu ku selfie dulu..

Antara perkongsian menarik UAI semalam...

1. Hadis Rasulullah saw ~ tidak ada lg hijrah lps pmbukaan kota mekah melainkn niat & jihad

2. Abdul Rahman b Auf ~ tingglkn hrta demi hijrah ke Madinah sehelai sepinggang

3. Org yg kedekut jauh dari syurga

4. Sblm mati Allah dh tnjuk, masuk air kosong jgk.. Sama dgn org miskin.. Masa mati pun mndi myt dgn air kosong jgk.. Belum ada orang nak mati disumbat air sprite masuk badan atau mandi mayat dengan campak dari papan lantun swimming pool kan.. ehehe...

Gelak-gelak jugak, ilmu kena share jugak kan... 


Salam sihat salam gojes!!

6 punca Mah nampak tua dari Zulaikha!

Assalamualaikum..

Mah yang cantik makin tua makin tak cantik.. Bukan sebab tua sangat pun. Tapi macam-macam lah kulit Mah yang perlu diperbaiki... Alahai Zulaikha pun cover dengan bedak aje. Mah pun dah sedar.. duduk rumah jadi suri pun lagi lah bagus bermekap.. Tak berdosa sebab mekap hanya untuk suami sendiri...

Mah tau tak apa punca kulit Mah dah tak cantik macam dulu??? Meh sini nak bagitahu Mah.. Sebelum cari penyelesaian meh kita cari sebab kenapa kulit Zulaikha nampak cam cantekkk je...(tangan di bahu, mata pandang ke atas, bibir buat style meluat..)

1. Jeragat

- ini yang paling geram sekali bila dah capai umur 25 ke atas. Antara puncanya ialah terdedah kepada cahaya matahari terik, penggunaan hormone contohnya Pil perancang, penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai atau keturunan. Jeragat ni memang masalah paling menakutkan sebab susah nak dirawat.. 



2. Sinaran UV

Sinar UV amat berbahaya jika dibiarkan terlalu lama terkena kulit. Pada mulanya sinar ini cuma menyebabkan kekusaman kulit, namun jika setiap hari kita terkena makan masalah lebih besar boleh berlaku. Ini termasuklah masalah kanser kulit. Hati-hati jangan berjemur setiap hari.. !


3. Jerawat

Jerawat terjadi disebabkan berbagai masalah termasuklah kekotoran & penyumbatan sel kulit. Kemungkinan juga pengumpulan toksin yang banyak dalam badan juga adalah penyebab kepada masalah ini. Biasanya jerawat terjadi pada peringkat remaja.


4. Psoriasis / Ekzema

Masalah ini biasanya berlaku disebabkan hormon dan juga kulat. Penyakit Psoriasis biasanya menyebabkan kulit kering, berkerak dan merah & kasar. Ekzema punya biasanya menyebabkan kemerahan kulit yang kelihatan lembap dan berair. 


5. Kulit kering atau berminyak

Serba tak kena.. Kejap kering, kejap berminyak. Ada yang terlampau kering dan ada juga kulit yang berminyak. Memang penyebab kepada kekusaman. Kulit kering kelihatan bersisik dan mudah berkedut. Manakala kulit berminyak menyebabkan kilatan dan kotoran mudah melekat dan mudah berlaku jerawat.


6. Radikal bebas

Sel kulit dan organ lain dalam badan dirosakkan dengan pengumpulan pelbagai agen penuaan seperti logam berat yang berpunca dari pencemaran, stress melampau dan juga pemakanan yang tak sihat. Semakin kurang kita makan sayuran atau buah-buahan semakin cepat masalah radikal bebas menjejaskan kemudaan kulit kita...


Gitu la masalah biasa yang di alami oleh kaum wanita. Bukan susah nak jaga. Ada set-set kecantikan yang perlu kita amalkan, samada secara semulajadi atau yang dah dijalankan kajian secara saintifik.. Yang penting kita cuba lah buat sesuatu. Jangan kena komplen baru terngadah kan..


Salam sihat, salam gojes

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Thursday, November 20, 2014

3 perkara MEMUDAHKAN kita dalam mendidik dan membesarkan anak!

Assalamualaikum.. Saya nak kongsikan sharing dari Prof. Dr. Rozieta Shaary  yang sangat-sangat berkesan dalam kita nak mendidik anak.

3 sikap yang kita rasa biasa-biasa aja tapi memang luar biasa kalau kita berjaya ubah dan kekalkan:

1. SIKAP

Terlalu ramai sangat orang memula perjalanan hidup mereka sebagai ibu atau bapa tanpa matlamat yang jelas. Bercinta mungkin, merancang hari perkahwinan tapi tidak merancang bagaimana untuk melalui hidup bersama.

Mereka ini juga tidak berbincang akan corak pemikiran yang hendak diambil mengenai anak-anak dan pendidikan serta pentarbiyahan anak-anak. Mereka pakai redah dan pakai ikut orang dan ikut rasa dan ikut cara ibu bapa mereka terdahulu TANPA menilai kesan jangka pendek dan panjang.

SIKAP adalah ibarat akar kepada pokok. Jika akar itu rosak, tidak tunjang, berulat, tidak cukup air dan bahan makanan, bagaimana mungkin pokok itu boleh tumbuh sihat.

Sikap bukanlah sesuatu yang kita boleh nampak, namun kesan sikap ialah pada perbuatan. Dan kita boleh nampak sikap melalui perbuatan.

Seorang ibu atau bapa boleh tenang atau lemas bila sikap mereka terhadap membesarkan anak-anak ini betul atau salah.

Jika mereka merasakan (bersikap) membesarkan anak-anak ini sungguh menyusahkan. Anak-anak ini memang memeningkan dan merampas keselesaan hidup. Anak itu memang bermasalah... atau mereka tidak bijak mendidik, ilmu dan skil keibubapaan ini tidak penting, mak bapak aku besarkan akan tendang terajang, aku okay jer, jadi manusia jugak...maka perbuatan ibu dan bapa itu akan menunjukkan sikap mereka ini.
Mereka ini hanya tahu KOMPLAIN bila anak-anak terlalu aktif, terlalu buas kata mereka. Mereka akan marah-marah bila anak-anak berkelakuan seperti kanak-kanak, iaitu adakala melakukan kesilapan atau mahu tahu sesuatu perkara...sehingga bila mereka membawa anak-anak berjalan-jalan...anak-anak akan sering ditengking dan dibetulkan itu dan ini...contohnya hendak mencium bunga pun boleh menjadi satu kesalahan bagi seorang anak itu...dia akan dimarah.

Bila mengajar anak, anak tidak faham, maka mudah anak itu dilebel lembab dan dimarah. Bila anak kecil terkasar sikit membelai adiknya, cepat dia disangka mahu menyakitkan adiknya...
SIKAP mereka ini ialah semua yang tidak baiki itu KERANA ANAK itu.

Mereka yang mempunyai sikap yang positif mengenai menjadi ibu atau bapa, akan mudah mengerti mengapa anak-anak melakukan kesilapan. Mengapa mereka aktif dan mahu explore...mengapa mereka suka bertanya berulang kali...mengapa mereka payah untuk memahami apa yang diajar...mereka menerima baik perkara ini dan mengenalinya sebagai fasa dalam hidup anak-anak mereka dan mencari jalan yang baik menyelesaikan TANPA komplain yang berlebihan.

Mereka ini juga melalui kesusahan dan dugaan besar dalam membesarkan anak-anak mereka tetapi mereka ini TENANG dan tidak terus menyalahkan anak-anak, malah mereka BERUSAHA memperbaiki diri dan keadaan serta membetulkan anak-anak mereka dengan cara penuh berhemah, tegas dan penuh kasih-sayang. Kerana sikap mereka terhadap anak mereka ini ialah mereka itu ibarat kain putih...bersih dan boleh dicorakkan. Yang mencorak ialah ibu bapa. Dan bukan datang kepada mereka telah bercorak comot.

Natijahnya, anak-anak mereka merasakan mereka dihormati dan dikasihi. Natijahnya kepada mereka, mereka menjadi lebih yakin diri menjadi ibu atau bapa yang baik.

2. SKILL


Skil ini sangat berkait dengan THE POSITIVE PSYCHOLOGY OF HUMAN NATURE.

Pendekatan yang penuh Kasih-sayang dan TEGAS menjadi cara yang mudah untuk sesiapa pun apatah lagi anak-anak hari ini menerima sesuatu suruhan atau ilmu.

Apa yang perlu difahami ialah apa itu kasih-sayang dan tegas.

Bila ibu bapa menggunakan skil marah yang penuh kasih sayang dan tegas, anak akan jadi berterima kasih kerana ditegur kerana mereka boleh merasakan ibu bapanya sayang kepadanya.

Bila tiada skil, inilah yang menyebabkan anak-anak memberontak atau dimanjakan langsung memanjat kepala.

Minta dijauhkan

3. ILMU


ILMU yang luas dan mendalam adalah sangat perlu. Bila mendidik dan membesarkan anak-anak dengan ilmu yang mendalam, maka tidaklah kita melakukan perkara ikut-ikut orang sahaja. Kita jelas dan kita faham.

Di sini kita akan memulakan perbualan selepas ini, mengenai ilmu mendidik anak-anak remaja...

Mengapa Ibu terus memfokus ke situ, kerana ramai yang telah mula terasa bahangnya membesarkan anak tanpa ilmu ini bila anak-anak sudah remaja...


InshaaAllah.. Jom kita amalkan.. Jangan lupa juga amalkan makanan sihat bersama Shaklee agar kita sentiasa bersikap positif, tajamkan skill dan juga tambahkan ilmu... Semoga Allah sentiasa merahmati kita. Amiin

Salam Sihat, Salam Gojes ~ Mommy Putri

Wednesday, November 19, 2014

SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.

~ ✿*゚ Assalamualaikum,Salam 2014 ✿*゚ ~
 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html
 
SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' | Setelah sekian lama tanpa sebarang segmen akhirnya kathyrbain.blogspot.com ingin mengajak rakan blogger semua agar join segmen kathy ini yang menawarkan dua hadiah berupa Template Bloglist dan satu hadiah misteri.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk  SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • wajib Follow belog Coretan Hati Kathy dan belog Kathy Rbain Diari Resipi .
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana ............. (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau,Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-
  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
SELAMAT BERSEGMEN ^_*

  Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana saya rasa kathyrbain so besttt dan simple. Menarik la pulak.. hihi ^____^

Segmen Blogwalking By DJH

Hai.. Assalamualaikum.. Jom jalan-jalan blogwalking pulak. Join segmen untuk memeriahkan lagi dunia blogging... Yeehaa!!

Klik banner untuk join okey!



Salam sihat salam gojes!


Lembik lesu akibat mabuk hamil!

Assalamualaikum...

Saya nak tanya.. siapa yang tidak pernah rasa mabuk muntah-muntah & loya masa hamil? Wahh yang pernah tu jangan risau.. anda kategori Normal!

Tahu tak mabuk hamil merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi.

Punca sebenar mabuk hamil tidak diketahui, tetapi ia dikatakan berkaitan dengan hormon human chorionic gonadotrophin (hCG) dan estrogen. Hormon tiroid thyroxine juga mungkin mempunyai peranan.

Kenapa mabuk hamil?



  • Jika anda mengandungkan kembar dua atau tiga, tahap hormon kehamilan anda lebih tinggi, justeru mabuk anda adalah lebih teruk.


  • Jika anda biasa mengalami mabuk perjalanan, anda mungkin lebih berkemungkinan mabuk lebih teruk ketika hamil. Ini kerana mabuk hamil mungkin berkaitan dengan kecelaruan dalam mekanisma keseimbangan dalam telinga dalam anda.


  • Jika anda sudahpun mengalami jangkitan gastro-intestin yang disebabkan oleh bakteria helicobacter pylori, ini mungkin menyebabkan sakit perut, ulser dan refluks asid. Masalah ini boleh dikenal pasti melalui ujian najis atau ujian darah, dan ianya mudah dirawat menggunakan antibiotik yang selamat diambil semasa hamil.


  • Jika anda letih dan lapar, loya anda akan jadi lebih teruk.

Satu teori menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan loya ialah satu kaedah perlindungan. Ini membuatkan anda kurang berkemungkinan mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak selamat dimakan atau toksin-toksin yang berbahaya.

Boleh jadi juga kan. Itu lah perancangan Allah supaya kita sentiasa berhati-hati agaknya.

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi yang diakibatkan oleh stres atau perasaan negatif mengenai kehamilan. Namun tidak ramai yang percayakan teori ini. Kebanyakan orang percaya bahawa mabuk hamil itu sendirilah yang menyebabkan stres, bukan sebaliknya.

Apa-apa pun pastikan kita sentiasa minum cukup air, amalkan pemakanan sihat termasuk suplement untuk hamil. Sabarlah ye, biasanya 3 4 bulan elok la tu...

Nak tau saya camane? Sampai nak bersalin pun masih muntah-muntah. Nurse nak tolak masuk labour room pun saya muntah lagi pagi tu.. Aduuh kenangan loya yang ngeri bila nak diingatkan. Masa mengandung memang macam kurus kering.. perut je naik. Muka kusam & memang lemah je selalu. Ahh rugi tak kenal Shaklee masa tu. Kalau ada mesti keadaan akan lebih baik. InshaAllah. Sebabnya saya dan ramai lagi tahu memang Shaklee sangat berkualiti...

Ok uol.. Kalau ada pertanyaan sila contact saya:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya




Krisis Pemulihan! Jangan suka-suka berhenti makan supplemen

Hai.. Assalamualaikum semua.

Perasan tak bila kita makan ubat atau supplemen kadang-kadang mata kita rasa mengantuk sangat?. Tahu tak tu sebenarnya sebahagian dari krisis pemulihan. Ia  merupakan satu proses penyesuaian yang dialami oleh sesetengah orang. Nampak seperti simptom penyakit atau lebih teruk.. Silap tu! Krisis pemulihan ini sesuatu ubat atau supplemen tertentu kita akan rasa kesan yang agak pelik atau kadang-kadang makin teruk.


Apakah itu healing crisis (krisis penyembuhan)?


Healing crisis adalah satu proses di mana badan mengalami satu keadaan pencucian dan pembinaan semula.  Ia digelar 'healing' (penyembuhan) kerana badan kita sedang sembuh dan akan menjadi lebih kuat.  Ianya disebut 'crisis' (krisis) kerana simptomnya kadang-kadang sangat dramatik dan boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa.  Healing crisis adalah satu proses yang normal yang dialami oleh seseorang apabila mengubat secara semulajadi. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Apa yang berlaku sebenarnya bukannya kesan sampingan, sebaliknya ia adalah tindakbalas normal yang menunjukkan supplement anda berkesan.  Ini bermakna sistem badan anda mula bekerja untuk membuang toksin-toksin yang telah lama berada di dalam badan.

Antara tanda-tanda anda mengalami Healing Crisis.

  • penat melampau
  • sangat mengantuk
  • cirit-birit
  • gatal-gatal
  • jerawat naik tiba-tiba
  • loya 
  • sakit kepala atau pening

Contoh healing crisis dan kemungkinan penyebabnya
Healing crisis bukan bermakna tubuh anda tidak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak jadi lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala toksin yang bersarang dan telah sekian lama terpendam dalam tubuh anda selama ini.

Apa perlu dibuat untuk menghadapi healing crisis..

So.. Sabar tau sebab ini tandanya suplemen yang kita makan sedang berkesan kepada tubuh. Pastikan semuanya berjalan lancar dengan tips di atas..

Jangan tunggu lagi! Cepat hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau nak mencuba produk..

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya


Tuesday, November 18, 2014

Testimoni Set Pantang & Breastfeed paling best di abad ini!

Hai.. Assalamualaikum...

Jom tengok ni TESTIMONI BEST set berpantang shaklee!!!









Info tentang set pantang Shaklee.. Klik link ye


Jangan tunggu lagi! Cepat hubungi saya..

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya





Monday, November 17, 2014

Makan jamu kampung? Anda ibu paling selfish di abad ini!

Assalamualaikum...

Sebelum ni pernah saya tuliskan tentang set hamil & bersalin MODEN dengan shaklee.. Oppsss!! Memang ada orang yang marah dengan Shaklee sebab perkenalkan set moden ni... Meh nk perjelas tentang set pantang shaklee sikit...

Ikan kering/ nasi/ sayur sawi/ lada hitam saja ke??? Cukup ke nutrisi untuk bayi?


Anda rasa camane? Adakah ikan kering & nasi atau lauk-lauk simple yang kita makan tu cukup ke nak bagi nutrisi kepada baby kecil yang tengah nak membesar? Tak rasa bersalah ke kalau kita sendiri penyebab anak kuning, takde susu? Selfish betul kita semata-mata nak jaga badan lepas bersalin! Fikir tengok betul tak apa yang saya katakan ni?

Tahu tak dari dalam perut lagi bayi kita perlukan nutrien yang banyak. Kalau apa yang kita makan tu tak cukup berkhasiat, plasenta (semasa hamil) dan kelenjar susu (breastfeed) akan mendapatkan sumber nutrisi dari badan ibu sendiri!!!

Jadi? Patutla ibu-ibu makin lemah, cepat meroyan, pelupa lepas bersalin. Orang dulu-dulu kata sebab urat banyak putus... sebab tu jadi pelupa! Ohh jangan temberang! Urat putus bukan penyebab pelupa pun. Semua boleh dibaiki kalau kita dapat makanan seimbang... terutamanya protein dan vitamin B yang sangat-sangat penting untuk pembinaan saraf dan sel; dan juga Omega 3 yang sangat penting untuk otak

Jamu kampung VS Moden


Jamu semata-mata tak bagi nutrisi sangat, kalau ada pun sikit je. Tapi ia lebih kepada memanaskan badan dan buang angin.. Jadi rahim cepat kecut, badan cepat kurus semula, angin dalam badan pun kurang dan bagus untuk perut baby.

Ini bermakna kita perlukan kedua-duanya... Moden dan Tradisional. Sesuai dengan keadaan negara kita yang panas lembap sentiasa kan.. Jadi kita perlu both.. Nak berpilis ke, tangas ke, mandi serai wangi ke, bunga apa ke teruskan saja...

Sama je sebenarnya yang kita dapat masa keluar hospital.. Pil iron, vitamin c, multivitamin, bcomplex.... Kan nurse suruh makan smua tu. Cuma yg bezanya dgn shaklee ni kita tau semua supplemen ni paling berkualiti, even Vitamin C pun bagus sangat-sangat.. Bukan repack masuk botol kecik seciput untuk makan 10 hari.. Sebab tu la sebaiknya amalkan shaklee sebab bagus, brkualiti tinggi & kita tahu dia sememangnya Halal, berkesan dan berkualiti tinggi.

Mahal! tapi hanya untuk 40 atau 60 hari!!


Berpantang dengan jamu memang perlu juga tapi dah tak payah la ambil set jamu banyak sangat. Cukup la sebotol jamu saja sebenarnya. Bahannya lebih kurang sama je yg dia bagi 4, 5 botol set mahal sampai RM300-400 yang cuma cukup-cukup utk 40 hari atau 60 hari tu... Mimpi ngeri betul bila fikir banyak duit habis... Bila habis pantang je set tu dah tak sesuai guna dah. Teringat masa bersalin putri.. Katanya jamu tu boleh bantu hilangkan sembelit, buang angin, hilang sakit badan... Tapi disebabkan putri kuning lama, langsung tak sentuh sampai la dah dekat 20 hari baru la makan, tu pun sebiji je sehari...

Masa tu pulak tak kenal shaklee lagi.. Aduuh ruginyee...

Set Berpantang Shaklee jimat ke???

Sebaiknya kita gunakan kedua-duanya, dan dapat jimat lebih lagi dengan Set Shaklee.. Macamana tu? Jom saya tunjukkan sebabnya:

ESP 850gm - tahan sampai habis pantang
Vitalea 120 biji - tahan 4 bulan
Bcomplex - tahan 4 bulan
Vita C - tahan 6 bulan!!
Zink - tahan 4 bulan
Ostematrix - tahan 1 bulan tak sembelit langsung!
Alfalfa - tahan 2 ke 6 bulan!!

So.. anda rasa tak berbaloi ke Shaklee ni??? Think again! Set Shaklee anda nak makan sendiri ke, suami nak makan juga ke, anak-anak remaja ke.. semua pun boleh kongsi... 

So.. Pilihla yang terbaik dengan Shaklee ye...

Info tentang set pantang Shaklee.. Klik link ye


Jangan tunggu lagi! Cepat hubungi saya..

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Sunday, November 16, 2014

Tips kenyit mata goda suami!

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah mata ni Allah bagi untuk tengok macam-macam nikmat dunia. Mata ni juga la Allah uji kita dengan macam-macam dugaan.. Tengok beg tu cun, tengok baju ni cantik.. Itu lah orang perempuan kan...

Orang lelaki lagi lah.. Yang seksi meksi tu memang dugaan la kan.. Istighfar banyak-banyak tau.. Ahakss.. Itu lah dugaan zaman sekarang.

Jaga mata ni bukan setakat dari lahiriah.. Tapi zahiriah pun kena jaga juga. Kang awal-awal lagi mata jadi mata panda memang tak cun lah.. Mata kan antara daya penarik. Kena jaga baik-baik. Walaupun bukan untuk pandangan orang, cukup lah kita rasa mata kita cantik, sihat.. Kenyit mata untuk suami atau isteri tergoda cukup lah kan.. Hihi..

So saya nak kongsi tips sikit untuk mata yang cun, ensem ni...

  • Secara rohaniah ~ Alquran pencantik mata!

Menjaga hati dengan menjaga pandangan kita. Hindarilah dari melihat perkara yang tidak elok dan maksiat. Sentiasa membaca ayat suci Al-Quran bagi mereka yang beragama Islam. Ayat Al-Quran adalah sebagai syifa' iaitu penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. Amalkan ayat 22 dari Surah Qaf untuk menguatkan pandangan dan menghilangkan kerabunan mata.

  • Tidur mesti cukup!

Sekurang-kurangnya tidur antara 6 hingga 8 jam sehari. Kurang tidur boleh menyebabkan mata kelihatan lesu, tidak bermaya, sembap dan terbentuk lingkaran gelap disekeliling mata (eyebag).

  • Minum air kosong!

Sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1 liter air sehari. Air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air yang mencukupi boleh mencegah kulit dari menjadi kering dan cepat berkedut.

  • Bersihkan mata daripada solekan

Pastikan solekan pada mata dibersihkan sebelum tidur. Membersihkan kelopak mata daripada solekan perlu dilakukan dengan teknik yang betul. Ini bagi mengelakkan bahan kimia daripada meresap ke dalam mata. aling mudah.. tonyoh aje dengan baby oil...

  • Lindungi mata dari sinaran matahari

Gunakan cermin mata anti ultraviolet (UV) sewaktu melakukan aktiviti luar. Terdedah kepada sinar UV yang berlebihan akan menyebabkan katarak dan dalam amaun yang tinggi, ia boleh merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata.

  • Jaga pemakanan

Amalkan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan cekor manis mengandungi lutein yang baik untuk mata.

Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning kemerahan seperti lobak, keledek dan tomato mengandungi banyak Vitamin A. Vitamin A dikenali sebagai Retinol membantu membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Vitamin A juga terdapat di dalam makanan seperti hati, keju, kuning telur dan mentega.


CARATOMAX

Lebih selamat daripada Vitamin A: Pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toxicity.

Mempertingkatkan penglihatan : Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, katarak, eye bags dan gegelung hitam dimata. 

Meredakan penyakit kulit : Pengambilan yang konsisten akan melegakan masalah kulit seperti psioriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat dan akne. 

Melawan kanser dan oksidasi: Pengambilan  kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga membantu mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

Menghalang Infeksi: melalui cara merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit berkait sistem respiratori
Menggalakkan perkembangan normal dan sihat


EYE TREATMENT ENFUSELLE

Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.

Terbukti berkesan secara klinikal:
233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
Vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit lembut di sekitar mata

Jom goda suami kenyit mata dengan set ni jom!

Jangan tunggu lagi! Cepat hubungi saya:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Konvo Putri ~ Tadika Qistina Iman, Ipoh

Assalamualaikum..

Penat betul cuti minggu ni. Macam tak cuti. Semalam siang sibuk marking paper.. kene siapkan hari Isnin nanti kene key in markah. Malam ber'annual dinner' pulak. Hari ni majlis anugerah cemerlang putri pulak. 

Terhibur dengan gelagat anak-anak kecil ni. Subhanallah.. Hebat ciptaan Allah. Cerdik sangat semuanya. Alhamdulillah.. tadika ni saya boleh bagi double thumbs up sebab mereka akan pastikan semua dapat kemahiran 3M termasuk Iqra'. Semua pun dapat hafal doa & macam-macam lagi.

So hari ni majlis ni dibuat untuk raikan anak-anak terutamanya yang 6 tahun yang akan tinggalkan tadika untuk ke sekolah rendah pula. Bagi putri, agak awal sebab dia mula masuk taska ni pada umur 3 tahun setengah, join kelas 4 tahun. So sekarang dia masih 5 tahun tapi dah masuk kelas 6 tahun. InshaAllah bulan 1 ni terus ke sekolah rendah. Putri dapat sekolah setahun awal sebab lahir 2 Januari. Pandai dia pilih hari kan... hihi

Persembahan pertama putri dengan kawan-kawan.. Koleksi DOA, Doa DHUHA, ZIKIR, ALFATIHAH, AYAT KURSI

Putri di tengah, tudung purple, sebelah kawan baiknya baju biru.. Aqilah juga namanya..

Pose dengan kawan-kawan sementara tunggu persembahan...
Tengok tu macam dah besar je
Persembahan kedua putri dengan kawan-kawan, nasyid pulak...

There she is.. Si tudung purple, jubah purple gelap
Putri dapat anugerah seniority sebab lama belajar di Tadika ni...

My girl.. Siap berjubah kan. InshaAllah lagi 15 tahun dapat scroll konvokesyen U pulak..

Putri kat belakang.. Dah tak nampak.. Kawan putri dapat pelajar terbaik.. Putri je sipi-sipi.. hihi...
Kalau korang area Station 18, Lahat, Pasir Puteh atau yang berdekatan memang saya suggest tadika ni... Ramai jugak anak-anak cikgu & ustaz kat sini. Anak-anak Ustaz Kahar, Ustaz Yasrudin & Pn Basrah, Cikgu Anuar, Cikgu Norlila, Ustazah Zanita.. ni cikgu-cikgu di sekolah saya. Ramai lagi cikgu-cikgu lain hantar anaknya di sini juga.. Semuanya hebat-hebat. Syukur.. Pelajar terbaik tadika tahun ni anak Cikgu Anuar.. Bagus sangat 6 tahun dah tamat Iqra' dan Dah mengaji AlQuran dah.. Hebat anak-anak di sini.. 

Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih buat cikgu-cikgu dan pengasuh di Tadika Qistina Iman. Semoga Allah membalas segala jasa cikgu dengan sebaik-baik pembalasan.. Amiin..

Mommyputri ~ Salam sihat, salah gojes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno