Saturday, October 18, 2014

Wajib tahu! Fakta Radikal Bebas & Antioksida!

Assalamualaikum..


Hai uol. Sambil bercuti & beristirehat ni nak kongsi ilmu juga. Almaklumlah zaman sekarang orang dah lebih health concern. Kita jangan ketinggalan tau. Sebab bila kita tahu lebih, InshaAllah hidup kita pun akan lebih baik.


Hari ni kita nak cerita tentang antioksida pula. Hari-hari bila google pasal sihat mesti kita akan jumpa perkataan antioksida. Apa ke benda oksida ni??... 



Oksidasi


Cuba potong sebiji epal & biarkan sekejap. Apa yang berlaku? Dah tentu warnanya semakin gelap & merosak jika dibiarkan.

proses oksidasi

Kekuningan dan pengeringan seperti epal tersebut disebabkan satu proses yang dipanggil oksidasi (oxidation). Ia berlaku kepada semua sel hidup termasuk lah dalam badan kita. Ikan yang dibiarkan akan berbau hanyir dan membusuk. Jika terluka, kulit kita akan menjadi merah & sakit. Semasa proses biasa, oksigen diperlukan oleh sel untuk menyihatkan semula sel kerana setiap masa terdapat sel hidup dan ada sel yang mati proses oksidasi ini. 


Radikal Bebas


Semasa proses pengoksidaan iaitu oksigen dimetabolis, ia menyebabkan wujud molekul yang tidak stabil dipanggil radikal bebas. Ia merupakan hasil sampingan yang sangat reaktif dan boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Didapati bahawa 1% ke 2% sel akan rosak dan menjadi radikal bebas disebabkan proses oksidasi ini.


antioksida

Selain itu, ada banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.

Lazimnya, badan kita boleh mengendalikan radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan dan meningkatkan risiko berbagai penyakit. Kerosakan akibat radikal bebas juga semakin hari semakin meningkat selari dengan pertambahan usia. 

Antara masalah kesihatan yang berpunca dari radikal bebas ialah:


  • kerosakan kanta mata yang boleh menyebabkan katarak, gloucoma, rabun dan buta
  • inflamasi pada sendi: arthritis
  • kerosakan saraf otak yang menyebabkan penyakit Parkinson atau Alzheimer
  • mempercepatkan proses penuaan
  • meningkatkan risiko sakit jantung. ini kerana radikal bebas meningkatkan perlekatan kolesterol LDL (low-density lipoprotein) pada dinding arteri
  • meningkatkan risiko kanser, kerana radikal bebas merosakkan DNA


Antioksida


Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas semasa proses oksidasi berlaku. Ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas.

Terbanyak banyak jenis antioksida yang diperlukan oleh tubuh badan. Ada yang boleh dihasilkan oleh tubuh badan dan ada yang perlu diambil dari makanan. Di sini saya kongsikan apa yang saya dapat dari satu laman tentang antioksida:


Antioksida yang boleh dihasilkan oleh badan:


  • superoxide dismutase (SOD)
  • catalase
  • glutathione peroxidas

Antioxida yang berfungsi seperti Vitamin:


  • Coenzyme Q10 (CoQ10)
  • Glutathione
  • Resveratrol


Vitamin yang ada antioksida


  • Vitamin A and Carotenoids - Carrots, squash, broccoli, sweet potatoes, tomatoes, kale, collards, cantaloupe, peaches and apricots (bright-colored fruits and vegetables)
  • Vitamin C - Citrus fruits like oranges and lime etc, green peppers, broccoli, green leafy vegetables, strawberries and tomatoes
  • Vitamin E - Nuts & seeds, whole grains, green leafy vegetables, vegetable oil and liver oil
  • Selenium - Fish, shellfish, red meat, grains, eggs, chicken and garlic
  • Flavonoids / polyphenols - soy, red wine, purple or Concord grapes, pomegranate, cranberries, tea
  • Lycopene - Tomato, tomato products, pink grapefruit, watermelon
  • Lutein - dark green vegetables such as kale, broccoli, kiwi, brussels sprout and spinach
  • Lignan - flax seed, oatmeal, barley, rye

berries
Berries merupakan antara antioksida terbaik!

Bayangkan uol macamana oksidasi ni berlaku.. sel baru bertumbuh, tapi bahan buangan dia sentiasa dilepaskan dan mula la jadi kulit makin kusam, terkumpul jadi penyakit macam-macam. Macamane nak buat? Dah tentu la kene makan antioksida supaya bahan buangan tu dineutralkan dan tak efffect balik pada sel kita. Kalau tak makan sayur, buah, kekacang semua mana nak dapat antioksidanye? Asyik makan maggi hari-hari memang saja nak reputkan kulit dan nak jemput penyakit la tu kan...


kulit kusam

Cerita tentang antioksida dan vitamin yang mengandungi antioksida dah tentu la Shaklee pun wajib ada la kan.





Source:

http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Antioxidants
http://www.webmd.com/food-recipes/features/how-antioxidants-work1
http://bestofbothworldsaz.com/2010/11/01/understanding-free-radicles-and-antioxidants/


Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk:


♥ Puan Emy Suzanna

♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya




Salam sihat, salam gojes


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno