Friday, October 31, 2014

Kebaikan Dua Jenis Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum..

Tahu tak di Shaklee ada dua jenis Vitamin C iaitu Sustained Release dan juga Chewable C. Jom kita berkenalan dengan dua jenis Vitamin C keluaran Shaklee yang sangat berkualiti tinggi ini.


1. Sustained Release Vita-C Plus (500mg)

Kandungannya:
Vitamin C - 553.00mg
Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg


Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet. Ianya diberi nama 'Sustained Release' kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan Vitamin C secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan. Setiap teblet diibaratkan bersamaan dengan 7 biji buah oren dan setiap jam sebanyak 1.5 buah oren itu dilepaskan secara perlahan-lahan.

Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam! Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari!

Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi 'Sustained Release', Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut.

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari *bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex.

*Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit.

2. Chewable Vita-C Plus (100mg)

Kandungannya:
Vitamin C - 117.90mg
Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg
Rose Hips Powder - 40.00mg


  • Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
  • Lebih mudah dikunyah.
  • Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
  • Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dos nya sudah bersesuaian untuk kanak-kanak.
  • Sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalaman seperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.
  • Sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancong dan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan.
  • Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.


Manfaat Vitamin C


  1. Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  2. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  3. Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  4. Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  5. Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  6. Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  7. Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  8. Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  9. Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  10. Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  11. Merawat jangkitan saluran kencing.
  12. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.



Siapa yang memerlukan Vitamin C?


  • Perokok - asap rokok menghalang penyerapan vitamin c dan menyebabkan selalu tidak sihat & kulit kusam
  • Orang yang mudah stress - stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang - pil perancang akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit, masalah kulit seperti jerawat atau eczema - Vita C membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan selsema dan demam yang berpanjangan. 






Jom pastikan kita jaga kesihatan untuk kehidupan yang lebih baik. Vitamin C memang salah satu nutrien yang paling penting untuk tubuh badan. 

Harga? Dah tentu semua nak tau harganya kan:
Sustained Release Vita C Plus 500mg - 
Chewable C Plus 100mg - 

Anda juga boleh terus order ke HQ Shaklee:

Nak order dari saya boleh juga. Saya akan poskan cepat dan akan sampai ke tangan anda dalam masa 1 ke 3 hari bekerja. Terus contact melalui mana-mana cara di bawah:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya




Terima kasih untuk semua.. Salam sihat, salam gojes
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno