Friday, October 31, 2014

Ubat VS Suplemen ~ Mana yang lebih baik?

Assalamualaikum semua!..

Tadi pagi dalam group kami ada perbincangan dan sharing yang hot sangat.. "Apa perubahan pada tahap kesihatan lepas amalkan shaklee".. Wow! seriously banyak sangat kawan-kawan yang share info bagaimana mereka boleh perbaiki tahap kesihatan tanpa bergantung kepada ubat dan bahan-bahan lain sejak berShaklee.

Anda tahu tak sebenarnya banyak kebaikan suplemen jika dibandingkan dengan ubat. Jom kita fahami konsep ubat dan suplemen dulu..


Ubat ( Medicine @ Drug )


1. Ubat bukan sebahagian dari tubuh badan. Ia tidak akan menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh badan.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi dan menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkannya akan kekal dalam badan. Contohnya aspirin boleh menyebabkan ganguan kekal dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak dengan baik jika diambil secara berasingan. Jika digunakan bersama, kebanyakkannya boleh mengangu satu sama lain dan boleh menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat lebih baik dimakan di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan ianya saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut, jika salah guna atau berlebihan.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan mengejut, seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya mengurangkan kesakitan, namun ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


Supplemen ( Nutrisi tambahan )


1. Suplemen kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat lemah fungsi organ.

2. Suplemen bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Suplemen  tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika digunakan secara berlebihan, ia hanya mengakibatkan gangguan sementara. Badan akan membina sistem enzim untuk menyerap bahan berkhasiat.

4. Suplemen ini bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Suplemen baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan keran akan menyerap bersama makanan.

6. Suplemen lebih selamat. Tiada satu pun kenyataan yang menerangkan mengenai bahaya pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino jika digunakan mengikut cara yang ditetapkan.

7. Suplemen tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ia akan memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Suplemen bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan yang baik.

9. Suplemen bertindak merawat terhadap punca penyakit kerana ia menampung kekurangan khasiat dalam badan. Jika sesuatu masalah kesihatan berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu, oleh itu suplemen akan mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi supaya tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak suplemen kerana faktor kekurangan nutrisi sekian lama serta penghadaman yang lemah.


Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa ubat akan kita ambil ketika sakit sahaja dan ia cuma mengurangkan kesakitan, mengubah fungsi dan sebagainya. Namun, suplemen diambil untuk menjaga kesihatan, merawat punca penyakit yang biasanya akibat dari kekurangan khasiat penting dalam badan. Ubat juga mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat. Manakala suplemen cuma mengandungi vitamin & mineral berkhasiat yang berfungsi untuk mengelakkan penyakit.

Bagaimana saya dan ramai lagi yang hidup sihat tanpa ubat?? Jom ke sini...

Sebarang info dan pertanyaan boleh terus hubungi saya:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Semoga bermanfaat. Salam sihat, salam gojes!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno