Thursday, October 23, 2014

Tutorial bayar zakat pendapatan

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)


Assalamualaikum..


Nak tanya anda siapa yang belum bayar zakat? Kita sebagai umat kalau tak tunaikan berdosa tau sebab ia salah satu Rukun Islam. Zakat pendapatan adalah harta pendapatan dari semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali. Kalau kita bergaji bulan ataupun berbisnes tak menentu pun wajib bayar juga jika memenuhi syarat. Anda boleh baca sini untuk syarat wajib zakat


Firman Allah s.w.t yang bermasud: “Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” Surah al-Baqarah (ayat 267)


Ayat diatas Allah Ta’ala menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

"Susahnya nak bayar zakat! 
Confuse kat mana nak bayar zakat ni?? 
Eh mana nak cari orang susah nak bagi zakat ni???
Kalau aku bayar kat orang susah boleh ke tolak income tax nanti. Apa bukti aku dah bayar zakat??" 

Alhamdulillah sejak join Shaklee ni memang setiap bulan akan diingatkan ~ dapat je gaji & bonus terus bayar zakat, sedekah, bagi mak ayah, byr hutang.!.. lepas tu baru boleh buat benda lain.. nak rumah, baju beso, baju kecik.. semua boleh.. asalkan yang wajib kita tunaikan dulu...

ok kat sini saya nak kongsikan sikit tips cara bayar zakat paling mudah! melalui cimbclicks sahaja. Ha sape-sape yang belum buat akaun online tu rugi la. cepat-cepat buat ye.


LANGKAH 1: Kira jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar

Cara kira zakat adalah 2.5% dari jumlah pendapatan kita. Opps bukan pendapatan bersih ye. Jumlah pendapatan. Anda boleh kira zakat pendapatan di sini. Ada few yang saya cari dan ni yang paling mudah...


LANGKAH 2: Buka CIMBClicks

Login la ye...

LANGKAH 3: Pay > Bills

Di barisan atas yang color merah tu anda klik pada Pay > Bills
Jadi akan keluar screen macam ni dan anda pilih:
  • Jika nak bayar one off --> Pay Bills
  • Jika nak buat bayaran setiap bulan automatik dan schedulakan siap-siap --> Schedule a payment

LANGKAH 4: Isikan From, To, Select a biller

From --> pilih akaun anda
To --> klik yang tengah dan klik Zakat /Charities pada dropdown menu.
Select a biller --> Pilih anda nak bayar ke mana. 

Di cimb, cuma ada lembaga/ majlis zakat negeri Kedah, Selangor, Pahang, Sabah, N9 dan KL sahaja. So disebabkan Perak tiada dalam list sini, saya terus select Selangor.. Boleh je mana-mana ye. Kat sini pun ada banyak pertubuhan kebajikan yang kita boleh salurkan derma atau sedekah selain bayar zakat. Mudah kan nak tambah pahala.. InshaAllah..


LANGKAH 5: Isikan Form 

Di sini anda perlu isi semua bahagian. 
  • Jika anda buat Schedule a payment --> perlu isi First payment date dan juga Frequency
    • Di Frequency tu anda pilih je berapa bulan anda nak buat schedule payment tu. Saya buat di bawah tu 12 bulan, meaning saya biar je 12 bulan dia charge terus dalam akaun saya.

  • Jika anda buat Pay bills --> terus isikan Nombor IC dan Amaun
  • Isikan maklumat pada borang maklumat

LANGKAH 6:  Isikan Form (form ini keluar jika anda pilih schedule bill payment sahaja) 

Di sini anda perlu isi semua bahagian. 


LANGKAH 7:  Semak semua info dan Tac

Anda perlu semak semula semua maklumat yang anda berikan
  • Jika buat Schedule Bill Payment, akan keluar seperti ini dan klik TAC REQUEST
  • Tunggu TAC code diberi melalui SMS dan masukkan di ruangan TAC.
  • Klik Confirm

 
  • Jika anda buat one-off Pay Bills maklumat ini akan keluar dan terus klik Proceed to Payment



SIAPPPP!!!





Ha.. macam tu lah ceritanya. Sebenarnya senang kan. Mudah sangat kalau kita nak bayar zakat ke, sedekah ke. Ada satu lagi cara anda nak sedekah. Bayar la pada sekolah sekitar anda. Ada ramai orang yang memerlukan dan sekolah pun kurang wang nak menampung keperluan pelajar. Kita pun nak anak-anak selesa kan. InshaAllah kalau dapat bantu alangkah baiknya..


Ok uol. Cuba tau! Semoga bermanfaat!

Salam sihat, salam gojes


♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

5 comments:

  1. Tak pernah try guna cimb. Lepas nie boleh la rujuk sini nak guna cimb bayaq zakat ;)

    http://ourlovebonding.com

    ReplyDelete
  2. Btul btul btul.. Tp frust sbb perak xde. Buat je ngri lain punye.. Hihi

    ReplyDelete
  3. Zakat itu kewajipan. Sekarang ne cara nak bayar zakat banyak cara. Tq good info for sharing

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. btul mama iskhandar.. Alhamdulillah mudah nk bayar dah skrg ni

    ReplyDelete

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno