Friday, October 10, 2014

Tangisan Marhaenis bukan sekadar lagu Hattan

Marhaen.. Oh mendalam betul maksudnya. Tambah-tambah bila tengok bajet tadi. Sikit-sikit pun terasa. Walaupun kita masih mampu berkereta, biarpun mampu hantar anak ke sekolah tetapi terasa sangat kemarhaenannya?

Apa tu marhaen? Kalau ikut dewan bahasa, marhaen bermaksud rakyat biasa.. tapi kalau ikut wiki indo, marhaenis bermaksud golongan petani atau bawahan yang ditindas...

Anda nak pilih yang mana? Tapi tangisan marhaenis Hattan memang dah boleh tukar jadi teriakan marhaenis agaknya. Sedih memikirkan tahap kehidupan sosial yang semakin mahal, taraf hidup makin tertinggal di belakang, tapi taraf negara sudah jauh ke depan. Lopak-lopak makin dalam dan memberi ruang kepada tangisan orang-orang marhaen... 

Saya membela?

Sungguh bukan begitu. Tapi saya sendiri menyaksikan tangisan-tangisan mereka. Sekolah saya dalam kawasan kejiranan PPRT dan juga kampung melayu, bersebelahan pula dengan Aeon yang baru dibuka dengan pusat perniagaan hebat... menjadikan pusat pertembungan antara marhaen dengan si kaya yang berkulit pulih dan semakin besar jurangnya. Pernah anda lihat makcik-makcik ke kedai beli bawang 2 biji? ikan masin seekor? telur 2 biji? Bila peruncit beritahu harga, makcik tadi terus diam & letakkan semuanya. Akhirnya cuma memilih telur 2 biji shj. Syukur kita di situ. Jika tidak, rasanya makcik itu cuma makan nasi kosong.. ataupun meneguk air kosong beberapa hari. Itu realitinya terutamanya pada hujung bulan..

Bukan tak pernah kami masa rasa susah masa kecil. Semua orang dari umur saya dan ke atas semuanya susah-susah belaka. Zaman sebelum 90an memang payah. Tapi masih dapat makan nasi, ubi, moi bahkan ikan dan telur tanpa sesen dalam poket. Masih ingat bila mak kata masak moi secawan beras, makan 2 3 hari... Gaji abah RM150+ sebulan.. 

Ntah apa-apa perasaan saya ni kan.. Terasa hati kot.. Luahan rasa bila melihat sekeliling. Kita rasa perit, bagaimana pula di PPRT. Ada anak murid yang ayahnya OKU akibat kemalangan, ibu cuma membantu kedai jual kuih.. Ada anak murid yang kematian ibu ayah dan cuma mengharapkan bantuan atu dan nenek yang uzur. Ada anak murid yang lambat ke sekolah kerana bergilir menjaga ibu yang sakit. Adik balik sekolah, dia baru keluar rumah.. Ooh macam-macam...

Apa pun kita cuma rakyat marhean... Ikut 'saranan' mereka --> Jangan makan ayam, jangan pakai kereta.. Makan kangkung sahaja.. 

Maaf. Anda rasa ini berbaur politik? Anda silap. Kerana kemarhaenan tidak memilih pun anda dari parti mana. Semua sama-sama rasa.. Cuma yang dipilih sahaja yang tidak merasa kerana taraf kebangsawanan dan kepetahan tutur kata yang menyebabkan mereka jauh tersasar dari sumpah demi Allah yang pernah mereka lafazkan di hadapan Sultan dan Agong untuk menjaga rakyat marhaenis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno