Tuesday, October 21, 2014

Sihat itu nikmat

Assalamualaikum..

Jom kita buat latihan matematik ni:

Dianggarkan setiap minit jantung kita berdenyut sebanyak 70 kali. 
Berapakah jumlah denyutan jantung sehari?

1 minit = 70 denyut
60 minit = 4200 denyut
24 jam = 100,800 denyut!!!

Berapa jumlah denyutan jantung setahun?

100,800 X 365 hari = 36,7962,000 denyut setahun!!!


Apa anda fikirkan?

Kuasa Allah? Yup betul. Memang tepat. Bagaimana Allah jadikan kita, malah setiap sel jantung kita sekuat itu. Tapi kita masih makan benda yang tak berkhasiat. "Kalau dah Allah nak bagi sakit, sakit jugak!" Seperti tak mensyukuri nikmat Allah pada kita kan. Kalau macam tu kita jangan bekerja, semua turun dari langit je.. Kan. Ish ish.. Kena ubah! Lagipun, bila kita jaga kesihatan, dapatlah kita melakukan ibadah dengan baik dan sempurna. Betul tak?

Nikmat kesihatan sangat penting dalam kehidupan seharian bagi seseorang individu. Namun, ramai juga yang sengaja menyalahgunaan nikmat kesihatan. Merosakkan diri dengan dadah, makan makanan yang merosakkan dan tidak berkhasiat.. semua tu akan merosakkan diri.

Satu lagi , nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat. Dalam erti kata lain, dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat nak cuba perbanyakkan ibadahnya.

Jom amalkan:

Credit: inia-lurun

Semoga bermanfaat. Salam sihat. salam gojes

Puan Emy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno