Saturday, October 11, 2014

Set Asas Diabetes

Assalamualaikum

Entri kali ni saya nak bincangkan tentang satu penyakit biasa yang dialami oleh masyarakat Malaysia iaitu diabetes atau kencing manis. Penting untuk kita tahu sebab masyarakat kita adalah penggemar gula sejati! Mana taknya, gula makin mahal pun teh tarik masih manis, seri muka tak pupus, kek gula hangus masih laku terjual.. Hihi.. tak kata anda, sama la family pun. Kaki teh tarik! 



Kajian oleh International Diabetes Federation 2013 (IDF) mendapati sebanyak 382 juta manusia hidup dengan penyakit ini di seluruh dunia dan dijangka jumlahnya akan melonjak kepada 592 juta orang pada tahun 2035

BAGAIMANA DIABETES BERMULA?


Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Insulin sepatutnya digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. 

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. 

DUA JENIS DIABETES


Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin) iaitu pankreas tidak dapat menghasilkan insulin. Ini biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.


Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin). Ini merupakan jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini. Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.


TANDA-TANDA ANDA PENGHIDAP DIABETES

Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka tergolong dalam golongan ini hingga ada yang pitam. Gejala yang biasa dialami ialah:

  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal-gatal pada kulit
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap ataupun sakit berpanjangan
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas pada kaki
Jika anda alami salah satu dari tanda ini cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan keadaan kesihatan anda. Jangan lambat kerana anda bakal menghadapi situasi yang lebih teruk jika tidak dirawat awal.

SET ASAS DIABETES


Sbelum ini ada saya bincangkan tentang kesemua produk yang bagus untuk menangani masalah Diabetes. Tapi sure anda pun mesti nak cuba dulu kan? Ataupun anda mesti nak set yang bajet sikit kan?.. So kami di Shaklee cadangkan dua produk utama iaitu Bcomplex dan Zink Complex. 

  • BCOMPLEX
    • Ramuan Bcomplex mengandungi Vitamin B6 dan B12 amat membantu dalam menjaga saraf terutamanya pada bahagian kaki. Manakala Vitamin B7 pula penting untuk memetabolis lemak, protein dan karbohidrat. Gabungan ketiga-tiga Vitamin daripada Bcomplex ini akan membantu memberi keadaan yang baik kepada penghidap diabetes. (Rujuk sini). Di samping itu, Bcomplex juga memberi tenaga dan menghilangkan stress dan lesu.
  • ZINK COMPLEX
    • Zink merupakan antioxidant yang menjaga insulin dan sel-sel berkaitan untuk melawan radikal bebas. Ia membantu menstabilkan dan mengurangkan risiko kekurangan insulin dan juga membantu supaya insulin  bertindak memproses glukos kepada tenaga di dalam hati dengan lebih baik.(Rujuk sini). Zink juga merupakan khasiat terpenting yang membantu menyerap Vitamin C dengan baik. Ini dapat membantu menyihatkan badan tanpa demam dan selsema kerap di kalangan penghidapnya.

ANDA BERMINAT UNTUK MENCUBA ATAU MENGHADIAHKAN KEPADA ORANG TERSAYANG? ADA 3 CARA MUDAH UNTUK DAPATKANNYA:
  1. Jika anda mempunyai kredit kad atau debit kad, boleh terus klik sini untuk buat belian online dengan HQ Shaklee. Pilih saja yang mana anda mahu...
  2. Sms atau email saya untuk order dan saya akan berikan nombor akaun untuk anda deposit wang dan saya akn pos kepada anda secepat mungkin
  3. Walk-in ke branch berdekatan untuk buat belian dengan menggunakan ID & nama saya:  964128, Emy Suzanna.. Klik sini untuk dapatkan alamat branch Shaklee

Salam sihat, salam gojes...

2 comments:

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno