Wednesday, October 15, 2014

Resepi Sira Pisang Sempoi!

Assalamualaikum..

Balik je rumah hari ni nampak pisang sesikat besar.. Dah lama dah mama saya tak beli pisang tp disebab Putri yang memang hantu pisang neneknya memang kalah la..

Tetiba rasa nak buat Sira Pisang yang kawan ajar di sekolah minggu lepas.. Senang gile babas tau!.. Kalau orang datang sambil sibuk-sibuk bancuh air la, siapkan makanan lain la.. boleh juga buat ni sebagai desert atau hidangan minum petang. Ok jom saya share..

Bahan:

  1. Pisang - agak-agakla.. kalau semua pelahap letak la sesikat.. Ahak! Sebaiknya guna yang agak2 keras macam pisang Abu.
  2. Gula - dalam 1 ke 2 sudu
  3. Garam - cubit cubitan aje
  4. Daun pandan - 2 ke 3 helai
  5. Bunga Cengkih - 5 ke 6 kuntum
  6. Air setengah cawan

Caranya:

  1. Pisang dibuang kulit dan dibelah dua.
  2. Susun pisang tersebut dalam pinggan kukus / caserol atau bekas apa-apa yang tahan panas
  3. Tuangkan air
  4. Taburkan gula, bunga cengkih
  5. Letakkan daun pandan yang dah diikat
  6. Kukus selama 10-15 minit

Dah siap.. Taraaa...

Pisang agak lembut sikit sebab guna pisang berangan je.. Better juga jenis yang keras sikit tau!

Tahu tak pisang ada banyak kebaikan tau. Pisang ada kandungan potasium yang tinggi yang dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok. Bagus juga untuk pesakit anemia, kerana pisang dapat membantu meningkatkan penghasilan hemoglobin. Pisang juga ada Tryptophan yang bagus untuk mengurangkan stress.. Kalau kulit kering ke masalah parut ke boleh je gosok dengan kulit bahagian dalam pisang tu... Petua senang kan.. Ada banyak lagi kebaikannya di sini. 

Jangan lupa mencuba!

Salam sihat, salam gojes!


2 comments:

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno