Monday, October 13, 2014

Rawat masalah paling rare sebelum kahwin!

Assalamualaikum..

Saya baru selak-selak majalah terjumpa pulak petua-petua best ni. Sesuai sangat dengan entri kawin sebelum ni kan. hihi.. Saya bagi 2 petua je dulu, yang memang rare la kiranya!

1. HILANGKAN DENGKUR!
Memang rare la! Pengantin berdengkur? Amboi teruk benar bunyinye. hihi.. so anda sebaiknya amalkan la ye untuk kurangkan masalah serombong kapal yang takmau senyap tu. jangan marah haa...
 
Caranya:
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan dengan segelas susu panas. Minum beberapa minit sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Petua ni memang bagus untuk kulit, badan dan otak jugak tau. Ada saya pernah bagi dalam petua atasi masalah pelupa tau.. Tak sangka rupanya untuk elak dengkur jugak ye

2. HILANGKAN KETUAT!
Ni pun satu yang rare jugak kan.. Camane la ada ketuat pulak dah.. Adoii.. Takpe la dah jadi kan.. Cik abang cik kak jaga bagi hensem lawa sebelum kahwin tau. Takmau ada ketuat takmau!
Caranya:
Sapukan getah dari pelepah daun betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titikkan getah itu terus kepada ketuat dan biarkan kering. Buat beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri..

3. KETIAK BERMASALAH! erkk
Bab ketiak ni memang dah cite sekali cukup.. Ulang pun segan.. hihi.. Nah ambik Petua hilangkan ketiak hitam dan ala-ala dedorant bau ikan masin!.. hehe

So masalah rare ni jangan biar hingga hari kenduri ye. Buat cepat!

Salam sihat, salah gojes

Puan Emy - 0175510412

2 comments:

  1. nasib baik suami liza tak brdengkur! hehehe. kalo tak kena buat juga la petua ni,

    ReplyDelete

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno