Wednesday, October 8, 2014

Rasai cinta Allah dengan berzikir

Assalamua'laikum...


Sambil dik Deno menpolkadotkan blog ni.. nk kaco jgk.. hihi... Takde apa nak kacau.. Cuma nak share je satu ilmu yang saya baru dapat tentang keutamaan berzikir.

Abu Darda' meriwayatkan bahawa Rasulullah bertanya kepada pada sahabat:

"Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu mengenai amalan kamu yang paling baik dan yang paling suci di sisi Allah dan yang meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak (di jalan Allah) dan yang lebih baik daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, kamu penggal leher mereka atau mereka penggal leher kamu?"
Para sahabat berkata: Bahkan Apakah itu ya Rasulullah? 
Baginda bersabda: "ZIKRULLAH"

(Riwayat Imam Ahmad, Tarmizi dan lain-lain)

Subhanallah! Allah memang Maha Penyayang, Pengasihani yang tiada tolok bandingnya. Allah beri kita peluang untuk dapat lebih dari apa yang kita rasa hebat dilakukan, tapi dengan sangat mudah.. Cuma gerakan bibir dan ikhlas dari jiwa sahaja... 

Orang yang banyak berzikir merasakan kemanisan nikmat yang Allah berikan dan asyik apabila banyak menyebut nama Allah. Zikir dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah dan juga mendapat cinta agung dari Allah. Mudahnya! Sayangnya Allah pada kita...

KELEBIHAN BERZIKIR
  • Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
  • Menyebabkan Allah redho terhadap kita
  • Menjauhkan dukacita dan kerisauan dalam hati
  • Menguatkan hati dan tubuh badan
  • Menyebabkan hati dan wajah bercahaya
  • Menarik rezeki
  • Membawa diri kembali kepada Allah
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.” 

(Surah al-’Araaf [007], ayat 205)

ZIKIR TERMASYHUR


Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Zikir yang paling mulia ialah LAAILAHAILLALLAH dan doa yang paling baik ialah ALHAMDULILLAH.” 

 (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

FADHILAT ZIKIR 'LAAILAHAILLALLAH'
  • 1. Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, 

“Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” 

(Riwayat al-Bukhari)
  • 2. Mendapat jaminan masuk Syurga.
Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,
“Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.”

(Riwayat at-Tabarani)
  • 3. Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.
Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,

“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam.
Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’

(Riwayat al-Hakim)
  • 4. Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.
Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” 

(Riwayat at-Tabarani)
  • 5. Merupakan anak kunci Syurga.
Muaaz bin Jabal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” 

(Riwayat Imam Ahmad)

Hebat tu. Jom cepat kita berhenti sejenak. Ucapkan dengan tulus hati "LAAILAHAILLALLAH" (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah) sebanyak 10 kali sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah. Mudahnya Allah nak bagi pahala pada kita. Semoga Allah menaikkan darjat kita melalui zikir di samping semua amalan wajib dan sunat.. Rasakan cinta Allah melalui zikrullah.. Amiin

Sumber: Buku Mudahnya Menjemput Rezeki & Penajihad86
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno