Thursday, October 30, 2014

Peristiwa besar dan amalan 10 Muharram

Assalamualaikum..

Hari ni dapat banyak whatsapp tentang puasa 10 Muharram. Seronoknya rasa sebab salah satu hari utama yang Rasulullah SAW sebut dan nak kita semua buat amalan yang lebih dan Allah telah menjanjikan fadhilat yang terlampau banyak!..

Tarikh itu juga adalah hari kasih sayang, dianjurkan oleh semua muslim untuk melaksanakan kebaikan, menambah bekalan pahala dengan bersilaturrahim, beribadah, dan banyak sedekah terutamanya bersedekah kepada anak yatim.

Peristiwa besar yang berlaku pada hari 10 Muharram:



  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan
  • Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat
  • Allah mencipta Nabi Adam a.s
  • Allah menjadikan Siti Hawa
  • Allah menjadikan Syurga
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam SyurgaTaubat Nabi Adam diterima Allah
  • Nabi Noh dan pengikutnya keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan
  • Hari Nabi Ibrahim dilahirkan dan hari baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar

Inilah antara peristiwa besar pada 10 muharram yang telah berlaku, begitu juga dalam beberapa Hadis riwayat Nu'aim bin Hammad menyatakan bahawa pembaiahan Imam Mahdi juga berlaku dalam 10 Muharram! Rujuk petunjukzaman.

Amalan pada Hari Asyura


1. Berpuasa – Allah SWT menghapuskan dosa kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka. Niat puasa "Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura kerana Allah Taala". (Rujuk fadhilat puasa 10 Muharram di sini)

2. Mandi sunat Asyura – Tidak mengalami sakit berat pada tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat: "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala"

3. Memakai celak – Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.

4. Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

5.  Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya.

6.  Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.

7. Menjamu orang berbuka puasa. – Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut mereka.

8. Solat Sunat Hari Asyura empat raka’at – Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 50 tahun. (Rujuk sini untuk cara solat sunat hari asyura)

9. Membaca ‘Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa nikmal nashiir’ – Tidak dimatikan pada tahun ini.

10. Membaca doa hari Asyura (klik) - Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”   (Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

12. Melapangkan masa dan berbelanja  untuk anak dan isteri. – Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.

13. Mengusap kepala anak yatim – Allah menaikkan satu darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.

14. Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur.

15. Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya.


Kenapa orang masak bubur Asyura pada 10 Muharram?



Pada ‘Hari Asyura’ Nabi Nuh a.s. turun dari kapal selepas belayar kerana banjir besar. Baginda dan pengikutnya bersama-sama menyumbang tenaga dan bergotong-royong untuk memasak baki-baki bekalan makanan menjadi bubur. Amalan mask bubur Asyura menunjukkan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.


Jom kita bersedia untuk melakukan kesemua ibadat di atas demi mendapat redho Allah. Setahun sekali yang kita sendiri tidak tahu akan bertemu di tahun depan ataupun tidak.

Salam sihat, salam gojes, salam muslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno