Sunday, October 12, 2014

Pengantin tak tahu Alfatihah?! Ada ke?

Assalamualaikum..

Cerita bab kahwin ni memang berdebar-debar la dada kan.. Baik lelaki atau perempuannya sama lah kan... Cuma kali ni rasa nak cerita tentang apa persediaan kita untuk merancang perkahwinan dan merancang jadi suami atau isteri. Mak jemah ni bukan pakar pun.. cuma sharing dan bebel sikit2 je. Ilmu ni kan...

Agama?

Ini sebab utama saya nak tulis entry sambil membebel ni. Semalam saya dapat cerita ni dari seorang rakan. Berlaku di suatu tempat XX, semasa nak nikahkan satu pasangan ni.. tok kadi biasalah akan tanya soalan macam-macam.. ada yang bagi tazkirah, ada yang banyak bertanya kan.. So tok kadi ni suruh pengantin lelaki baca Alfatihah.. Apa pengantin lelaki baca??? TAK TAHU! MasyaAllah.. Sedihnya.. Nasib baik tok kadi tu cuma bagi nasihat betul-betul dan nikahkan jugak.. bayangkan kalau tok kadi berkeras tak mau nikahkan?! Haa parah la.. Bayangkan apa perasaan mak bapa mertua dia yang tengah tengok anak dia di'jual' kepada orang sebegitu?

Semua orang buat salah, semua orang ada dosa.. Tiada yang ma'sum melainkan Nabi Muhammad SAW sahaja.. Jika asas pun tak ada, fikirkan tengok.. Dia tahu mengucap tak? Dia tahu mandi hadas tak? Ini kalau tak tahu hukum asas patut la jadi ~ 'Aku ceraikan kau dengan talak seribu!'.. Cik adik semua kena ingat tau.. Kaki rempit ke apa ke yang penting dia tahu perkara asas dan dia HENDAK berubah menjadi suami. kerana dia yang bakal menanggung semua dosa-dosa dia, anda dan anak-anak... Kalau dia tak tahu anda tegurlah, bagi dia belajar dulu. Bukan apa.. kadang-kadang keadaan hidup yang bermasalah menyebabkan dia jadi begitu. Jangan kita pulak hanyut ye cik kak.... Bro-bro pulak masa pergi kursus kahwin tu jangan seronok gelak sahaja dengar ustaz buat lawak blue.. Pastikan amalkan apa yang disuruh.. Hokey?!

Persiapan diri?

Ini dah tentu semua orang tahu dan awal-awal lagi cik kak semua dah tahu.. Awal-awal lagi dah berlulur bagai.. Pastikan anda rawat diri dari dalam dengan set kecantikan Shaklee! Jangan nanti cik abe muka kelat je.. huhu

Persiapan kenduri?

Cukuplah besederhana... Senang kata ~ Ukur baju di badan sendiri... Kalau kita nak buat cantik-cantik pun, cukuplah untuk bergambar kenangan dengan keluarga. Pastikan bersanding pun tutup aurat dan elakkan tabarruj yang melampau..

Hukum Bersanding

Apa pun kita cuba yang terbaik demi menjaga agama kita. Seriyau sebenarnya bila fikir saya pun ada anak perempuan.. Apa pun semua tu milik Allah. Kita doa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan saling melengkapi antara satu sama lain.


Salam sihat, salam gojes!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno