Friday, October 17, 2014

Omega 3: Makanan hebat untuk otak hebat

Assalamualaikum..

Semalam dan hari ni kita bercerita tentang pintar.. makanan, cara & set pintar. Set Pelajar Pintar ni ada 3 produk kan iaitu Bcomplex, Lecithin & Omegaguard. So hari ni saya nak sambung tentang Omegaguard pula.



OmegaGuard Shaklee adalah ultra-pure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi tanpa menghilangkan manfaat asid lemak dan pada masa yang sama mengasingkan dan mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. OmegaGuard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik seperti banyak jenis minyak ikan lain.

Tahu tak, OmegaGuard Shaklee mengandungi Omega-3 yang terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita yang anda perlu fahami iaitu:

  • Omega-3 hanya boleh didapati daripada makanan kerana ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.
  • Kebanyakan makanan hari ini tidak mengandungi Omega-3 kerana sukar didapati.. Ia biasanya terdapat dalam walnut, salmon, tuna, flaxseed, chiaseed, minyak canola dan bayam.
  • Pakar pendapati bahawa kebanyakan orang cuma mendapat 20% Omega-3 daripada makanan! 

KHASIAT OMEGAGUARD UNTUK OTAK


Menguatkan Ingatan

Asid lemak Omega-3 akan memastikan setiap neuron dalam otak berhubung secara efektif. Researchers dari University of Alberta mendapati bahawa DHA sangat perlu pada bahagian hippocampus iaitu bahagian yang bertanggungjawab menyimpan memori dan menggunakannya apabila perlu. Semakin banyak DHA yang diambil setiap hari makan semakin kuat memori seseorang dan semakin baik setiap neuron berinteraksi.

Otak Lebih Sihat

Brain Health. Menurut Dr. David Horrobin, salah seorang penaung penyelidikan asid lemak mendapati bahawa, Omega-3 membentuk 8% daripada kandungan otak selain air. Omega-3 juga didapati mengurangkan masalah lupa ingatan dan mempercepatkan  kadar pemulihanan depresi. 

Memudahkan Pembelajaran & Memperbaiki Kelakuan

Dalam satu kajian Journal of Development and Behavioral Pediatrics mendapati bahawa Omega-3 dapat meningkatkan dan mempercepatkan pembelajaran kanak-kanak dan juga mengawal tingkah laku mereka. Ia memang terbukti berkesan kerana kanak-kanak akan lebih fokus dan minat dalam pelajaran menyebabkan mereka kurang lasak dan bertindak dengan lebih baik.

Menghalang Penyakit Parkinson & Alzheimer

Satu kajian di Norway mendapati bahawa masalah Parkinson dan Alzheimer adalah disebabkan sel dan sel membran pada saraf & sel otak mengalami kerosakan. Omega-3 merupakan salah satu nutrien yang perlu untuk membaiki masalah tersebut dan dikatakan bahawa kebanyakan pesakit yang mengambil Omega-3 semakin pulih.

Itu sebahagian daripada fungsi Omega3 yang terdapat dalam setiap biji kapsul OmegaGuard. Ada satu lagi fungsi utama OmegaGuard ni iaitu untuk membaiki asma, meningkatkan metabolism, mengurangkan berat badan dan meningkatkan kolestrol baik dalam badan kita. Sangat penting Omegaguard ni tau, memang makanan wajib ada di rumah kita. 



Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk:


♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno