Tuesday, October 28, 2014

Makan untuk pandai (Part 2)

Assalamualaikum

Hari tu kita ada sebut tentang makanan yang bagus untuk otak bahagian 1, saya ada bagi 5 dan hari ni saya nak sambung lagi 5. Saya ada sebutkan sebelum ni tentang kebaikan sayuran hijau, kuaci, ikan, kacang dan berries. Hari ni lagi 5 iaitu whole grain, jus delima, teh dan coklat gelap

6. Whole grain (bijirin penuh) 

Bijirin penuh mempunyai Indeks Glycemic (GI) rendah, yang melepaskan glukosa secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah dan membuatkan otak bertenaga sepanjang hari. Kemampuan untuk menumpukan perhatian dan fokus adalah berpunca dari bekalan oksigen yang mencukupi. Jika kita menjaga kesihatan kardiovaskular, aliran darah akan membawa lebih banyak oksigen dan sistem organ termasuk otak akan berfungsi dengan lebih baik. 

7. Jus buah delima

Jus buah delima ataupun makan buah delima memberikan antioksidan yang kuat kepada otak. Tahu tak, buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran yang berwarna-warni merupakan makanan untuk otak sifat antioksidan mereka.

8. Teh Hijau


Teh juga mempunyai antioksidan yang kuat dan mengandungi catechines, yang menggalakkan aliran darah yang sihat. Sedikit kafein juga akan meningkatkan kekuatan otak dengan meningkatkan memori dan fokus. Tahu tak teh mana nak dapatkan teh hijau terbaik? Klik sini..

9. Tomato



Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa lycopene, antioksidan kuat yang terdapat dalam tomato, boleh membantu melindungi kerosakan akibat radikal bebas kepada sel-sel otak termasuklah masalah Alzheimer.

10. Coklat Gelap


Ia mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat dan juga perangsang semula jadi iaitu kafein, yang meningkatkan fokus dan konsentrasi dan merangsang pengeluaran endorfin; yang membantu meningkatkan mood. 

Done 10 jenis makanan yang bagus untuk otak! Dah musim exam ni pastikan ambil walaupun salah satu makanan otak ini tau.


Ok.. Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk:


♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes

2 comments:

  1. Salam perkenalan..
    Jemput join segmen ni..
    http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/segmen-pencarian-bloglist-november.html

    ReplyDelete

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno