Thursday, October 16, 2014

Makan untuk pandai!

Assalamualaikum

Jangan makan sayur!!! Anda pernah dengar tak sayur tak bagus untuk otak? Ha.. memang la tak bagus.. tak bagus kalau tak cuci, kalau masak terlampau lecur. Ha.. ini yang mak kita dok perli-perli dulu.. "haah ye la kang makan sayur kang mati pulak kan.'.. hihi..

Tahu tak apa yang terbaik untuk otak kita. Tadi kita dah sebut Bcomplex, Lecithin & Omega dalam Set Pelajar Pintar. Tapi kalau hari-hari makan asam, jeruk, susah la jugak. Asyik-asyik makan benda toxin jadi keberkesanan apa-apa supplemen pun berkurangan. Jadi sebaiknya kita jaga juga pemakanan kita seharian. Jom tengok apa yang terbaik...


1. Makan Sayuran Hijau!

Tahu tak sayuran terutamanya Brocolli, Bayam dan Sawi memang kaya dengan Acid Folic. Satu lagi, sayuran hijau juga mengandungi Vitamin E & Vitamin K yang penting untuk meguatkan kognitif dan menambah keupayaan otak.


2. Kuaci ~ Sunflowerseed @ Pumpkin Seed

sunflower-seeds-memory
Ini memang syok.. Sambil mengunyah kuaci sambil kita belajar. Wahh seronok belajar camni ye. Kuaci bunga matahari macam gambar tu ada banyak vitamin E yang juga sangat penting untuk saraf otak. Manakala Kuaci biji labu yang warna putih tu pula kaya dengan Zink yang penting untuk memori juga tau... Jom kunyah!

3. Makan Ikan!

Dah berkali-kali dah disebut tau.. Makan ikan untuk otak. Makan ikan untuk pandai. Ikan laut dalam yang ala-ala berminyak macam salmon, tuna mengandungi Omega 3 yang tinggi. Omega 3 ni terdiri dari DHA dan EPA yang tadi kita sebut sangat bagus untuk perhubungan sel dengan lebih pantas. Jangan lupa kurangkan makan ayam ye. Ayam cucuk weh.. 

4. Kacang.. atau Peanut Butter pun boleh

Ni antara makanan kegemaran masa belajar dulu. Pagi-pagi terus sapu atas roti. Kacang dan Peanut Buuter ni kaya dengan Vitamin E dan macam-macam vitamin lain yang memang membantu menghalang penuruan fungsi otak. Sedap pulak tu. Kan..


5. Makan Berries ~ Strawberry, Blueberry, Anggur

Berries ni dalam golongan anggur juga sebahagian dari makanan sunnah. Berries mengandungi berbagai antioxidant yang membantu melawan penuaan otak. Jadi otak sentiasa terjaga & elakkan dari berlaku oksidasi..

makanan cerdik

Ok saya dah bagi 5 je dulu. Jom klik sini untuk PART 2. Ada lagi 5  makanan yang best!


Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk:



♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes


1 comment:

  1. kalau tak bijak jugak cuba lihat sikap kita pula

    ReplyDelete

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno