Friday, October 24, 2014

Maal Hijrah 1436H

Assalamualaikum...

Bersiaran awal sikit hari ni kita nak berbicara tentang Maal Hijrah. Bila sebut tahun 1436 Hijrah, teringat kuatnya dan hebatnya Nabi Muhammad berhijrah, cuma dengan sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a baginda berjaya menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 500km!! Boleh dikatakan dahulu jaraknya lebih panjang iaitu lebih kurang 800km kerana tiada jalan perhubungan utama. Bayangkanlah jika kita naik bas pun dah tentu 6 ke 8 jam untuk sampai ke sana..

Rasulullah menyampaikan Islam selama sepuluh tahun di Mekah dan tidak mendapatkan sambutan yang menggalakkan dan beliau diugut bunuh. Orang-orang Musyrik Mekah merancang untuk membunuh, berita tersebut telah tersebar di Mekah sehingga Rasulullah mengetahui perancangan tersebut. Allah perintahkan Rasulullah untuk meninggalkan Mekah dan berpindah ke Madinah.

Selepas menempuh perjalanan selama beberapa hari dengn berbagai dugaan sperti Abu Bakat dipatuk ular & kesukaran Asma bt Abu Bakar menghantar makanan, akhirnya Rasulullah sampai di Madinah pada 12 Rabiulawal atau 24 September 622M. Kedatangan rasulullah disambut gembira oleh orang-orang di Madinah yang telah sedia menunggu Baginda.

Tahu kah kenapa Rasulullah berhijrah? Banyak sebabnya:

  • Penganiayaan kaum kafir quraisy terhadap kaum muslimin semakin meningkat, terutama setelah Khadijah dan Abu Tholib wafat.
  • Sukar mendakwahkan ajaran islam, terutama setelah peristiwa Isra’ Mikraj dan perintah solat
  • Kaum muslimin merasa kesulitan hidup dan kehilangan rasa aman karena kaum quraisy selalu mengganggu, merintangi, mengancam, serta menganiaya pengikut agama islam.
  • Adanya permintaan dari penduduk Yahtrib (nama asal Madinah) yuntuk Rasulullah menetap di Yathrib melalui Penjanjian Aqabah.
  • Penduduk Madinah terkenal memiliki sifat ramah dan lemah lembut dan diantara mereka sudah banyak yang memeluk agama islam.
  • Bagi Rasulullah SAW, hijrah ke Madinah merupakan perintah Allah 
Itu sahaja serba sikit saya kongsikan. Banyak lagi kisah di sebalik peristiwa Hijrah ini. Anda boleh buka shofiqalbu yang menceritakan tentang peristiwa ini dengan lebih jelas. Jom kita hayati Lirik lagu Maal Hijrah ini...

Lirik Lagu Maal Hijrah (1 Muharram)


Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

[Chorus]
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

[Ulang chorus]

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

[Ulang chorus 2x]

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

 Salam tahun baru! salam hijrah! salam perubahan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno