Wednesday, October 8, 2014

Kecut otak! Anda berisiko tinggi!

Assalamualaikum... Pagi-pagi ni saya dah buat senaman otak.  Membaca. Alhamdulillah. Uol bagaimana? Takkan pagi-pagi dah mengadap fesbuk aje? Kene ubah...

Tahu tak apa yang dimaksudkan dengan kecut otak (shrinking brains)? Ia sangat-sangat berkaitan tentang aktiviti kita seharian memberi kesan terhadap otak. Puncanya adalah disebabkan aktiviti yang 'tidak berotak' seperti pengambilan dadah & melihat gambar-gambar pornografi. Bukan tu saja..mereka yang kurang tidur macam kita pun sebenarnya bakal kecut otak juga.

Risiko Kecut Otak

Antara masalah yang dihadapi oleh mereka yang kecut otaknya ialah:
  • sukar mengingat (kelemahan memori)
  • sukar berfikir
  • tidak dapat mengaitkan sesuatu masalah
Siapa Bakal Hadapi Masalah Kecut Otak???
  • 1. Kurang tidur
Hati-hati kawan. Maybe anda pun bakal dapat. Menurut Journal Neurology, sekumpulan saintis University Oxford telah mendapai bahawa mereka yang kurang tidur selama 6 ke 8 jam sehari didapati mengalami pengecutan di bahagian Grey Matter terutamanya di Frontal Lobe. Grey matter merupakan salutan luar yang mengandungi badan setiap sel atau neuron pada otak yang memproses setiap maklumat yang sampai ke otak. Bahagian Frontal Lobe ialah bahagian otak yang mengawal penaakulan, perancangan, ingatan dan penyelesaian Masalah. 

Kurang tidur menyebabkan pengecutan bahagian Frontal Lobe (warna pink)

  • 2. Selalu stress dan mengalami depresi
Mereka yang sentiasa stress dan mengalami depresi juga mengalami masalah pada dendrite iaitu satu struktur yang menyambungkan setiap neuron dan menyebabkan masalah kecut otak dan menyebabkan masalah takut kepada takdir, tidak dapat merasai kepuasan dalam hidup dan tidak gembira seperti orang lain yang sihat.... Sounds funny kan.. Tapi itu memang dalam kajian yang ditulis oleh penyelidik di Universiti of Yales. Ada lagi.. Mereka ini juga mengalami pengecutan pada bahagian Prefrontal Cortex (iaitu sebahagian Frontal Cortex yang dekat dengan Motor Cortex. Bahagian ini bertanggungjawab mengawal metabolism, glukos, pemprosesan emosi dan penyelesaian masalah. Hemm... patutla org stress cepat jadi penyakit ye..
  • 3. Melihat gambar-gambar Pornografi
Menurut sau kajian oleh sekumpulan saintis German, semakin kerap melihat gambar dan benda-benda lucah pornografi, semakin kurang Grey Matter di dalam otak anda.. Ingat tak tadi grey matter brfungsi untuk memproses maklumat. Begitu juga dengan Strarium dan Prefrontal Cortex yang sepatutnya mengawal impuls, mengawal diri menjadi tidak terkawal. Patutla mereka yang sebegini tidak dapat mengawal emosi dan hilang rasa malu apabila bersosial.. ish ish bahaya ni...
.
.
.
tapi... Ada ke cara nak baikinya...Ada....
Jemput klik sini untuk ke sambungan seterusnya

Pn Emy
0175510412

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno