Monday, October 27, 2014

Kanser Kolon ~ Punca dan Tanda-tanda

Assalamualaikum..

Semalam kita ada ceritakan tentang masalah buasir & set untuk merawat buasir. Anda tahu tak yang buasir merupakan salah satu punca dan penyebab kanser usus (kolon ) dan kanser rektal?


Seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Kanser usus atau kolon (kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun

Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia


Dari fakta ini memang jelas sekali menunjukkan kanser usus merupakan salah satu pembunuh paling bahaya dan cepat berlaku. Dalam kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.


Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon dan rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. 
Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera.



Punca Kanser Kolon & Rektum


Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui, namun ada banyak faktor pendorong yang meninggikan risiko berlakunya kanser ini:


  • Usia - lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun
  • Polip - polip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser
  • Penyakit radangan usus - seperti "ulcerative colitis"(luka dan radangan pada usus) dan "Crohn's disease" (radangan pada usus, usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan
  • Sejarah kanser - wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum
  • Sejarah keluarga kanser - ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali bila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun
  • Pemakanan - makanan tinggi lemak, kurang khasiat dan kurang serat
  • Merokok -  Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok. Asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip
  • Berat badan dan aktiviti fizikal - individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum


Bagaimana kanser ini berlaku: Tanda-tanda!



  • Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
  • Turun berat badan tanpa sebab
  • Kerap penat atau letih lesu
  • Perubahan habit pembuangan najis seperti terlampau kerap
  • Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu)
  • Cirit birit / sembelit / perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya
  • Najis berwarna merah atau terlalu gelap 
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa
  • Perut rasa memulas
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air

Tahap kanser



Tahap I : Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur
Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur
Tahap III: Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran
Tahap IV: Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.

Elak risiko kanser kolon dengan Shaklee


Jika keluarga anda atau anda pernah mengalami kanser lain, anda sangat berisiko. Begitu juga mereka yang sedang mengalami tanda-tanda penyakit ini, sebaiknya anda lihat cara hidup iaitu dari segi pemakanan, aktiviti harian dan juga ubatan yang diambil.
  • Senaman! Wajibkan diri bersenam walaupun ringkas. Elakkan dari kerap duduk lama
  • Lihat pengambilan ubat penahan sakit. Pastikan bukan steriod: Contohnya aspirin boleh kurangkan risiko pembentukan kanser kolon dan rektum hasil dari sesetengah kajian.
  • Permakanan. Makan makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayuran dan kurang daging merah
  • Wajib ambil Antioksida!




(klik untuk info lanjut)


Itu antara 4 cadangan Vitamin terbaik untuk masalah kanser.  Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno