Friday, October 24, 2014

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun Hijrah

Assalamualaikum...

Sempena pertukaran tahun baru hijrah yang akan bermula tidak sampai 3 jam lagi jom kita simpan siap-siap doa ni.. Doa akhir tahun dan awal tahun. Sebaik-baiknya untuk menghayati doa ini dan memohon dimakbulkan, kita ikuti cara ini:

  •  Sebaiknya kita juga membaca atau memahami erti doa ini
  • “Allah itu ESA, dan menyukai yang ganjil”, maka supaya lebih mujarab, sebaiknya  kita ulangi doa ini sebanyak 3 kali
  • “Allah itu suci dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri”, maka sebaiknya kita membaca do’a dalam keadaan niat yang bersih dan tulus, dan berwudhu


‘Doa Akhir Tahun’ 


Doa ini perlu dibaca sebanyak tiga kali menjelang waktu maghrib iaitu waktu berakhir tahun Islam Hijrah iaitu pada hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut. Caranya, dibaca sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib.

Melalui doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan dengan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya, dan segala amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT.

Credit:  shafiqolbu

‘Doa Awal Tahun’ 


Doa dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam iaitu dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.

Dengan doa ini kita memohon kepada Allah SWT agar tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya dan memohon supaya terpelihara dari nafsu & hasutan syaitan.

Credit: shafiqolbu
Jom kita amalkan. Kalau nak baca sekarang pun dah boleh tapi paling afdhal kita baca Doa Akhir Tahun dekat-dekat nak masuk waktu maghrib nanti ok..

Semoga bermanfaat

Puan Emy 0175510412

Salam hijrah. Salam perubahan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno