Saturday, October 11, 2014

Bolehkah wanita muslimah bersolek?

Assalamualaikum.. Hai semua

Lewat malam ni tetiba rasa nak share sesuatu yang saya baca tentang solekan muslimah. Baru 2 3 minggu lepas dapat whatsapp yang dah diforward berapa banyak ntah la.. tentang haramnya wanita bersolek untuk tujuan selain berhias untuk suami.

InshaAllah sumber yang saya ambil ni dari Solusi Isu 48 ye.. Bukan sesaja reka.. Ye la sekarang macam-macam.. kita pun dah risau mana satu boleh, mana satu tak boleh... Jom teruskan..

Bersolek dan Berlipstick

Islam sangat memntingkan kebersihan dan melarang kita membiarkan diri tidak terurus, terutamanya apabila sudah berkahwin. Namun, Islam melarang umatnya berhias secara berlebih-lebihan (TABARRUJ) sehingga bercanggah dengan syariat-syariat Islam. Namun, wanita diHARUSkan bersolek jika dalam situasi berikut:

  • Berhias dan bersolek untuk suami sahaja bukan di khalayak ramai walaupun dengan izin suami
  • Alat solek diyakini tidak mempunya bahan-bahan haram seperti alkohol yang memabukkan, uri atau plasenta serta bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit
  • Solekan tebal dan melampau sehingga wajah berubah kerana Allah dan Rasulullah SAW tidak menyukai perkara yang berlebih-lebihan
  • Bedak diharuskan penggunaannya asalkan menepati dari segi kehalalannya dan olesannya nipis sahaja untuk membuatkan kita dan orang berasa selesa dengan kita semasa berurusan
Ramai wanita sekarang memakai lipstik merah menggoda bukan di hadapan suami dan pastinya hukumnya HARAM. Walaubagaimanapun penggunaan Lip Balm adalah harus kerana ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kering pada bibir dan mengelakkan dari kelihatan pucat dan lesu.



Air matanya yang menitis kerana takutkan Allah adalah eyeshadow terbaik... 
Cahaya yang terpantul dari wajah dek kerana lama membaca bait-bait Al-quran ialah blusher terbaik... 
Zikrullah dari bibir manis itu adalah lipstick terbaik...

InshaAllah... kita mulakan sekarang.. paksa diri belajar mencintai dan menghayati undang-undang Allah.. kita pasti berjaya..

Dariku yang masih terus mengejar ilmuMu...
Pn Emy - SID 964128
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno