Tuesday, October 28, 2014

Awas vitamin penggemuk tiruan!

Assalamualaikum..

Cerita petang tadi... Saya buka fb dan jumpa satu iklan.. Vitamin penggemuk apa tah tak ingat. Cuma nampak situ Vitamin Bcomplex, sticker luar colourful.. Saya pun saja la scroll tengok.. Aik! Bcomplex pun ada Vitamin A, B, C, D sekali?.. Cara tulis pun nampak tak profesional betul. Vitamin D apa? Bagaimana ia bertindak? Testimonial ada ke? Boleh percaya ke?

Berdaftar dengan KKM? Sijil Halal?

Anda tahu tak, bahan kimia yang ada dalam produk-produk tak ketahuan ni dah tentu tiruan sebab tak berdaftar dengan KKM kan. Kalau bahan-bahannya sesuai, sihat, dah tentu lah syarikat pengeluar akan daftarkan juga sebab nak jual produk yang baik dan kembangkan pasaran kan. Biasanya bila di tulis ‘TELAH DILULUSKAN OLEH KKM’, kita pun percaya!!? Mana nombor kelulusannya? Status Halal ada ke?

Risiko

Penggunaan ubatan dan suplemen tiruan dan tidak berdaftar begini memang ibarat sengaja menjemput penyakit. Risiko paling tinggi dah tentu buah pinggang, jantung dan darah tinggi. Takkan disebabkan nak naikkan berat badan anda sanggup sakit jantung? Terpaksa buat hemodialisis semata-mata nak gemuk? Berisiko tinggi untuk kena strok kerana nak nampak lawa?
Risiko ubat-ubatan tiruan

Peringatan!!

Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk yang tidak berdaftar dan membahayakan ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Cara semak kelulusan PBKD

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam.

Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama:

  • Ada nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen
Pelekat Hologram di Ostematrix Shaklee

  • Nombor pendaftaran dimulakan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf
    • Contohnya Ostematrix Shaklee MAL 07081510 XC

Anda boleh semak dan dapatkan senarai produk yang berdaftar dengan PBKD dengan melayari ke laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Caranya, anda klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3)  dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

Satu lagi, untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, anda boleh ke kedai farmasi berhampiran dan semak dengan menggunakan dekoder Meditag.

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan, orang awam boleh kemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau melalui emel pharmacy1@moh.gov.my.

Cara semak kelulusan HALAL Malaysia

Untuk menyemak status halal pula anda perlu melayari laman web Direktori Halal Malaysia. Caranya anda cuma masukkan nama atau jenama produk sahaja.

Dalam laman web ini anda juga boleh menyemak Badan Islam Luar Negara yang telah diiktiraf oleh Jakim

Pertubuhan dan Logo Halal US yang diiktiraf Jakim

Jadi, pastikan ubatan dan suplemen yang kita ambil benar-benar selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada diri kita. Fahamilah, jika apa-apa berlaku kepada kita bukan hanya kita sahaja yang menderita, tetapi keluarga juga turut merasa kesannya. Sayangilah diri kita.

Untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk Shaklee, boleh hubungi saya:


♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno