Friday, October 17, 2014

6 Tips tambat ilmu

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsi cara kita berdoa untuk mudah kita menghafal dan mudah memahami pengajaran guru atau pensyarah. Sebab tu saya sebutkan sebagai tambat ilmu. Tak mudah nak mengikat ilmu dalam jiwa kita sebabnya bukan menghafal saja caranya, tapi ada lagi perkara yang membantu. Samaada kita nak tambat ilmu atau nak lepaskan ilmu semua bergantung kepada kehidupan seharian. Jom pastikan ilmu tertambat dalam diri dan dimanfaatkan.

1. SAYANGI DIRI ~ INGAT ALLAH

Kenapa jika kita sayang diri kita mesti ingat Allah? Sebabnya kita adalah makhluk yang dijadikan untuk beribadat kepadaNya. Menuntut ilmu pun satu cabang ibadat di samping menjaga perkara-perkara lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Ada juga ibadat sunat seperti Tahajud yang sangat sesuai diamalkan terutamanya pelajar yang bangun awal untuk study... Begitu juga dengan berdoa..  Doa amat penting untuk menjadikan kita semakin baik hari demi hari kerana kita meletakkan kebergantungan kepada Allah SWT. Antara doa yang bagus untuk para pelajar amalkan ialah: 


Credit: http://shafiqolbu.wordpress.com/

Credit: http://shafiqolbu.wordpress.com/

Credit: http://shafiqolbu.wordpress.com/

2. HORMATI IBU BAPA

Sejauh mana kita melangkah, walaupun dipisah lautan tapi ibu bapa merupakan manusia yang paling utama untuk kita utamakan. Wajib bagi kita menjaga hubungan supaya kita sendiri mendapat redho Allah. Kalau jauh kita berhubunglah dengan ibu bapa selalu.. SMS, Whatsapp, Facetime, Skype semua pun dah boleh kan. Lagi satu, pastikan tidak kurang 5 kali sehari kita doakan ibu bapa iaitu dalam solat. Jangan lepas solat terus istighfar dan bangun! Doa lah.. Ibu bapa kita tak minta apa pun selain kita mendoakan mereka.. 
Credit halaqah.net

3. HORMATI PENSYARAH & GURU

Guru pun orang yang utama yang anda juga perlu hormati. Seronok sangat bila anak murid hormat dan dengar pesanan. Setiap hari guru mesti akan doakan supaya anak murid sentiasa terang hati dan mudah memanfaatkan ilmu yang di ajar. Tapi bayangkan jika anda biadap. Dah tentu hancur hati guru dan hilanglah keberkatan ilmu yang diajar... Kalau ada yang pernah buat silap jangan lupa ye pergi cepat-cepat minta maaf.

4. PILIH SAHABAT

Biasalah remaja.. Yang paling buruk perangai itulah yang paling macho katanya!? Tapi sejauh mana kita nak pilih orang sebegitu sebagai kawan kita. Bukan dapat faedah waima sekupang pun!! Cari lah kawan yang terbaik yang sentiasa menyedarkan kita supaya sentiasa meningkat setiap hari. Buat group study, lepak lah sampai tengah malam pun. Nak berkawan dengan sesiapa pun tak salah, tapi yang penting.. sahabat yang membantu, bukan merosakkan.. 

My BFF: (dari kiri) Me, Kak fauziah, Dilla
Sahabat terbaik dari UUM hingga sekarang walaupun dah beranak pinak. Sama-sama group study, menangis ketawa. Luv u both!!

5. SIHAT ~ MAKAN SIHAT, HIDUP SIHAT

Masa belajar memang masa kritikal yang menentukan nasib kita kemudian hari. Jadi jagalah pemakanan dan jaga kesihatan. Saya ada bagi tips sebelum ni tentang makanan untuk otak dan Set Pelajar Pintar. Satu lagi pergilah beriadah. Rehatkan minda kita. Bila kita aktifkan diri dengan bersenam, otak akan terima lebih banyak oksigen dan sangat membantu dalam menghafal ilmu. Tolong jangan jadi budak skema asyik mengadap buku aje!.. 

6. HARGAI MASA

Ini satu lagi yang penting. Manage your time. Buat la jadual harian supaya kita sentiasa alert dengan apa yang kita perlu dahulukan supaya kita tak tertinggal atau asyik lupa, lupa dan lupa...! Lagipun kita kena latih diri sepertimana orang berjaya. Bangun awal pagi sekitar 4 am.. Tahajud dan belajar la. Waktu 4 ke 6 pagi ni masa otak kita paling segar dan sesuai untuk belajar...

Jadual peribadi saya sekarang.. simple je. conteng je asalkan nampak mana which is urgent and which is important!


Ok tu saje pesanan dari seorang guru. Orang yang amalkan 6 ni pasti capai kecemerlangan dalam pelajaran dan dalam hidup juga.. InshaAllah. Jom jadi pelajar pintar!


Salam sihat, salam gojes..


♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

2 comments:

  1. Ilmu yang baik itu adalah ilmu yang bermanfaat kepada kita dan jika dikongsikan ilmu itu kepada orang lain. Insyaallah makin bertambah ilmu kita.

    ReplyDelete

Ok tak? Apa pendapat anda. Ce cite sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno