Wednesday, October 22, 2014

6 rahsia zink yang jarang diambil peduli

Assalamualaikum...

Sebelum ni jarang kita sebut tentang Zink.. Memang jarang diambil peduli dan orang cuma tahu zink banyak terdapat pada tiram dan membantu membaiki kesihatan lelaki.. Tapi tahukah anda sebenarnya zink sangat penting untuk meningkatkan serapan Vitamin C? Eh banyak lagi tau.. Jom kita belek satu persatu!

Zink merupakan mineral penting yang terdapat dalam setiap sel dalam tubuh kita. Ia merangsang aktiviti lebih 100 jenis enzim dalam badan dan membantu reaksi biokimia dalam tubuh anda. 


Siapa yang memerlukan Zink Complex ? 


Setiap orang memerlukan zink. Kanak-kanak memerlukan zink untuk membesar, orang dewasa memerlukan zink untuk kesihatan. Tumbuh bayi, kanak-kanak dan remaja, wanita hamil dan ibu menyusu, atlet, vegetarian dan orang tua Sering memerlukan lebih banyak zink.

Kenapa kita perlukan Zink ?


1. Pertumbuhan & pembahagian sel

  • penting untuk ibu hamil kerana sel fetus cepat bertumbuh
  • elak masalah kecacatan organ & bersalin awal
  • mempengaruhi ketinggian, berat badan & pertumbuhan tulang pada bayi, kanak-kanak & remaja

2. Kesuburan

  • Menghalang masalah infeksi pada prostate (prostatitis) & pembesaran prostate (prostatic hypertrophy)
  • Mengekalkan jumlah sperma normal dan tahap hormon testosteron
  • Untuk wanita, zink membantu merawat masalah haid dan mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid (PMS)

3. Sistem kekebalan tubuh (Imunity)

  • Amat penting untuk T-sel. Tahap Zink rendah akan mengurangkan T-sel dan tidak boleh melawan jangkitan tertentu. 
  • Terbukti berkesan dalam mengelakkan risiko radang paru-paru, masalah cirit-birit dan jangkitan lain.
  • Membantu mengurangkan flu biasa. 

4. Deria rasa: Bau dan selera makan 

  • Mengaktifkan kawasan otak yang menerima dan memproses maklumat dari rasa dan bau
  • Digunakan dalam rawatan anoreksia. 

5. Penting untuk kulit, rambut dan kuku 

  • Mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit. 
  • Krim zink digunakan untuk bayi untuk melegakan ruam lampin
  • Sembuhkan luka dan kecederaan.
  • Merawat jerawat terutamanya jenis jerawat bernanah
  • Mengurangkan masalah kulit bersisik (psoriasis neurodermatitis) 
  • Agen anti-radang (anti-imflamatory) yang membantu melegakan tisu kulit, terutama jika terkena racun, kulit terbakar, lepuh dan penyakit gusi tertentu. 
  • Zink adalah penting untuk rambut yang sihat. Kajian mendapati keguguran rambut, rambut nipis dan beruban adalah disebabkan kekurangan zink! 
  • Membantu mencegah kelemumur. 

6. Penglihatan sihat

  • Zink juga ditemui di retina dengan kepekatan tinggi. Semakin tinggi usia, semakin tinggi masalah degerasi retina (age-related macular degeneration (AMD). AMD menyebabkan kehilangan separa atau penglihatan penuh)
  • Melindungi dari rabun malam
  • Mencegah penghasilan katarak

Hanya Zinc Complex Shaklee sahaja!

Lengkap dengan kalsium untuk tulang & mengekalkan kesihatan yang baik. 

Sangat bagus untuk atlit!!

Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dalam tubuh badan


Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya



Salam sihat, salam gojes
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno