Tuesday, October 14, 2014

5 makanan yang paling ditakuti tapi sebenarnya bagus!

Assalamualaikum..

Selamat makan malam dah? Jangan makan lewat-lewat kalau nak jaga badan.. Tapi ada beberapa makanan yang kita selalu takut nak makan tapi sebenarnya bagus sangat tau.. 

1. Cheese!?
Dulu memang takut nak sentuh cheese. Tapi sebenarnya keju ni bagus juga terutamanya yang malas minum susu. Tahu tak, pengambilan produk dari tenusu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Ada juga kajian mendapati keju dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi dalam protein contohnya cheddar cheese merupakan sumber kalsium yang terbaik. Sebab tu mereka yang mengamalkan Atkins Diet boleh ambil cheese.. Siap ratah gitu aje.. Haa boleh?
2. Kopi..
Kopi ni salah satu makanan sunnah. Sebab tu elok sangat kalau kita pun amalkan. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Selain daripada itu,kopi sebenarnya membantu anda membakar lemak dengan merangsang sistem saraf pusat anda, dan meningkatkan metabolisme anda. Pastikan kurang gula, tanpa krimer ye.. Ikut saranan Kevin Zahri, minumlah kopi O sejuk secawan pada waktu pagi untuk boost metabolism! Jom buat!

3. Minyak Sapi??
Billa pergi kenduri, biasanya kita akan kurangkan makan nasi kerana takutkan minyak sapi yang ada dalam nasi. Memang untuk bantu nasi lebih sedap dan lebih lemak terutamanya nasi beriani.. Tahu tak sebenarnya ghee ni bagus juga, cuma yang tak bagus bila kita kerap ambil makanan yang banyak minak sapi. Dari segi Ayurveda, minyak ghee ini dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan ingatan seseorang. Ia juga kaya dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Kandungan yang terdapat didalam minyak ghee ini mengandungi asid linoleik conjugated (PTK)yang merupakan salah satu antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan
4. Daging Merah
Ini pun kita selalu makan ye.. Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Tahu tak, ada kajian di Jepun mendapati bahawa lemak yang lebih tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain daripada itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.

5. Hati Lembu
Makan nasi lemak kalau tak ada hati lembu goreng memang kurang feel la kan... Tahu tak sebenarnya bagus juga.. cuma jangan la makan baaanyaakk pula. Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12, dan vitamin A. Ia juga dapat membantu mengurangkan penyakit yang berbahaya. Satu lagi hati lembu adalah sumber protein yang baik. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan, dan mengoptimumkan sistem imun anda.

Credit: HomeKreation

Ada banyak lagi makanan yang kita takut nak makan. Apa pun selagi halal dan boleh dimakan tak salah la nak makan, cuma makan la dengan bersederhana. Allah pun tak suka kita berlebih-lebihan kan. Kalau makan cheese pagi, petang, malam macam mana nak sihat kan.. So pilihlah untuk besederhana...

Salam sihat, salam gojes!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno