Sunday, October 26, 2014

10 khasiat nangka yang selalu dipinggirkan!

Assalamualaikum...

Sape suka makan nangka angkat tangan??? Mak saya! Saya! Memang sedap kan. Tapi agak berangin jugak ni. Ikut petua orang tua-tua, nak makan nangka, makan la nasi atau benda lain dulu. Lepastu baru makan nangka. InshaAllah angin tu tak kena badan sebab dah ada makanan lain cover siap-siap... Tak tau la ada konsep camtu. Tapi memang menjadi jugak la, At least takde la sakit kaki atau sakit badan lepas makan nangka ni.

Tahu tak nangka atau Jackfruit ni memang banyak khasiatnya. Nangka sangat rendah lemak tepu, kolesterol dan sodium, karbohidrat, vitamin C, kalium, magnesium, dan zat besi..

10 khasiat utama nangka


1. Kaya dengan karbohidrat, fruktosa dan sukrosa. Nangka adalah penggalak tenaga.

2. Mengandungi antioksida tinggi iaitu dari Vitamin C. Ia dapat membantu menyembuhkan luka dan memastikan kesihatan gigi dan gusi. Vitamin C juga penting untuk pertumbuhan dan perbaikan semua tisu tubuh badan. Ia juga memberi kesan yang baik terhadap masalah pernafasan: seperti sesak nafas , asma dan batuk. Di samping itu juga, Vitamin C membantu menguatkan fungsi sistem imun dengan menyokong fungsi sel darah putih.

3. Mengandungi potassium yang membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat dan mengurangkan risiko strok.

4. Kalsium dan Magnesium - melindungi dan menjaga tulang dan gigi yang sihat.

5. Bauh nangka juga bersifat anti-kanser. Fitonutrien dalam nangka membantu menghilangkan radikal bebas iaitu penyebab kanser dari tubuh.

6. Antioksida dalam nangka iaitu vitamin C dan fitonutrien seperti lignan, isoflavon dan saponinsacts dalam nangka bertindak sebagai anti-penuaan dan membantu tubuh untuk melawan terhadap kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

7. Nangka juga membantu menyembuhkan ulser dan gangguan pencernaan. Serat makanan dalam nangka membantu mencegah sembelit dan membantu dalam pergerakan usus kecil.

8. Nangka menjadi sumber zat besi iaitu mineral yang membantu dalam merawat anemia dan memastikan peredaran darah yang betul.

9.Vitamin A dalam nangka membantu mengekalkan mata dan kulit yang sihat.

10. Kuprum dalam nangka memainkan peranan penting dalam metabolisme hormon tiroid terutamanya dalam  proses pengeluaran hormon dan penyerapan. Ia juga membantu dalam merawat stress dan kegelisahan.


Cara makan nangka!


Saya suka sangat masak lemak nangka, simple je.. Celurkan nangka muda sampai betul-betul lembut. Buang air. Masukkan bawang, cilipadi dan ikan bilis yang dah dimesin lumat. Last sekali masukkan santan & garam. Kalau nak bagi wangi masukkan daun kunyit sehelai. Biar mendidih lama. Siap... Ha repesi paling kacang!.. hihi
Jom tengok resepi masak lemak nangka oleh yatiesmemories. Nampak sedap tuu
Dulu saya pernah makan kerepek nangka. Tapi sekarang dah tak jumpa la. Mana nak cari tah.

Makan terus lagiii sedapp.. Nyum nyum. Warna kuning emas dia pun dah menggiurkan. haha.. Rindunye kat nangka sebab dah lama sangat tak makan nangka madu.. 

Anda pulak macam mana? Jom share! 

Sebarang pertanyaan atau nak order barang Shaklee boleh terus hubungi saya..

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno