Friday, October 31, 2014

Hidup sihat tanpa ubat ~ Testimoni Shaklee Effect

Assalamualaikum semua!..

Baca tak beza ubat dengan suplemen tadi? So, kat sini saya nak senaraikan sedikit testimoni bagaimana saya dan rakan-rakan boleh hidup sihat tanpa ubat. InshaAllah. Kita tak tahu masa denpan, tapi kalau kita tak ubah dari sekarang kita tak boleh harap lah kesihatan kita bertambah baik. Jika bergantung kepada ubat, lagi banyak bendasing masuk dalam badan, lagi teruk la kesannya kan. Ok uol jom baca kisah saya dulu...

Bagaimana saya jatuh cinta dengan Shaklee?!


Nak tau tak, batuk dan selsema memang kawan baik saya sebelum amalkan Shaklee ni. Sampai ada sorang cikgu tu cakap.. "Emy, sejak saya kenal kamu, saya tak pernah tengok kamu tak batuk!!" Yes correct. Memang sejak bersalinkan putri, tambah-tambah sejak jadi guru, saya kerap batuk dan selsem. Rasanya sebab tak cukup rehat, letih badan dan tekak ni akibat cakap kuat bagai nak jerit dalam kelas! Satu lagi, saya selalu mengantuk dan kerap minum kopi, teh, jamu semata-mata untuk dapatkan tenaga, nak hilangkan letih. Tapi tak guna juga.

Alhamdulillah selepas jumpa Vitalea, ESP, Ostematrix, Vitamin C (ini yang paling saya jatuh cinta!!) seriously saya tak pernah rasa energetic macam ni sebelum ni. Kualiti kesihatan saya memang tahap bagus dan saya tak pernah MC lagi sejak dua tahun ini. Syukur pada Allah.. Sekarang saya tak kisah tidur lewat, bangun awal, turun naik tangga 4 tingkat dua tiga kali sehari pun.

Yup... cikgu memang biasa lah turun naik tangga kerap. Habis kelas turun balik, lepas setengah jam naik pulak, turun naik camtu la setiap hari. Kalau ada ibu bapa datang, turun ke pejabat pulak, pusing sana sini.. Belum kira lagi kalau ada aktiviti di padang, di bengkel, di surau.. perghh!! Letih, sakit kaki, sakit lutut memang major problem di kalangan guru kalau anda nak tahu... Pssst patutla cikgu-cikgu memang suka sangat supplemen dari Shaklee ni..

Lagi kisah mereka yang berjaya hidup sihat tanpa ubat!



Ok kat sini saya nak share apa kawan-kawan rasa lepas amalkan Shaklee. Saya dah letak caption jenis masalah yang mereka semua berjaya kurangkan lepas berShaklee...  

Subhanallah! Banyak sangat kesan yang terbaik yang kita tak mungkin dapat kalau tak usaha sebegini... Jom!


Demam / selsema / gastrik

Demam / sakit kepala / batuk / selsema / tenaga

Batuk semasa hamil / angin / period pain / sembelit pada kanak-kanak

Kolestrol / selsema / period pain / demam / sembelit lepas bersalin

Anak demam / asma / demam / jantung tersumbat

Sakit tekak / gastrik / demam / migrain / sinus

Alergik / pening / cirit birit / sembelit

Batuk / sakit perut / sembelit / buasir / gastrik / migrain / resdung

Anak selsema & batuk / buasir / resdung / anak kurang selera makan / lenguh & sakit urat / demam

Anak sembelit / demam / sakit kepala / gastrik / perut berangin

Anak demam & selsema / rubella / jerawat

Masalah lepas bersalin / sakit kepala / demam


Ok uol, jom amalkan Shaklee untuk kehidupan yang lebih baik. Tolong lah jangan bergantung kepada ubat lagi. Kesannya kita tak tahu kan... Hati-hati kawan!! 

Jom hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan atau nak buat pesanan produk:


♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya




Terima kasih untuk semua.. Salam sihat, salam gojes

Ubat VS Suplemen ~ Mana yang lebih baik?

Assalamualaikum semua!..

Tadi pagi dalam group kami ada perbincangan dan sharing yang hot sangat.. "Apa perubahan pada tahap kesihatan lepas amalkan shaklee".. Wow! seriously banyak sangat kawan-kawan yang share info bagaimana mereka boleh perbaiki tahap kesihatan tanpa bergantung kepada ubat dan bahan-bahan lain sejak berShaklee.

Anda tahu tak sebenarnya banyak kebaikan suplemen jika dibandingkan dengan ubat. Jom kita fahami konsep ubat dan suplemen dulu..


Ubat ( Medicine @ Drug )


1. Ubat bukan sebahagian dari tubuh badan. Ia tidak akan menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh badan.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi dan menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkannya akan kekal dalam badan. Contohnya aspirin boleh menyebabkan ganguan kekal dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak dengan baik jika diambil secara berasingan. Jika digunakan bersama, kebanyakkannya boleh mengangu satu sama lain dan boleh menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat lebih baik dimakan di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan ianya saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut, jika salah guna atau berlebihan.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan mengejut, seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya mengurangkan kesakitan, namun ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


Supplemen ( Nutrisi tambahan )


1. Suplemen kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat lemah fungsi organ.

2. Suplemen bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Suplemen  tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika digunakan secara berlebihan, ia hanya mengakibatkan gangguan sementara. Badan akan membina sistem enzim untuk menyerap bahan berkhasiat.

4. Suplemen ini bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Suplemen baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan keran akan menyerap bersama makanan.

6. Suplemen lebih selamat. Tiada satu pun kenyataan yang menerangkan mengenai bahaya pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino jika digunakan mengikut cara yang ditetapkan.

7. Suplemen tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ia akan memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Suplemen bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan yang baik.

9. Suplemen bertindak merawat terhadap punca penyakit kerana ia menampung kekurangan khasiat dalam badan. Jika sesuatu masalah kesihatan berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu, oleh itu suplemen akan mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi supaya tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak suplemen kerana faktor kekurangan nutrisi sekian lama serta penghadaman yang lemah.


Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa ubat akan kita ambil ketika sakit sahaja dan ia cuma mengurangkan kesakitan, mengubah fungsi dan sebagainya. Namun, suplemen diambil untuk menjaga kesihatan, merawat punca penyakit yang biasanya akibat dari kekurangan khasiat penting dalam badan. Ubat juga mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat. Manakala suplemen cuma mengandungi vitamin & mineral berkhasiat yang berfungsi untuk mengelakkan penyakit.

Bagaimana saya dan ramai lagi yang hidup sihat tanpa ubat?? Jom ke sini...

Sebarang info dan pertanyaan boleh terus hubungi saya:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Semoga bermanfaat. Salam sihat, salam gojes!

Kebaikan Dua Jenis Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum..

Tahu tak di Shaklee ada dua jenis Vitamin C iaitu Sustained Release dan juga Chewable C. Jom kita berkenalan dengan dua jenis Vitamin C keluaran Shaklee yang sangat berkualiti tinggi ini.


1. Sustained Release Vita-C Plus (500mg)

Kandungannya:
Vitamin C - 553.00mg
Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg


Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet. Ianya diberi nama 'Sustained Release' kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan Vitamin C secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan. Setiap teblet diibaratkan bersamaan dengan 7 biji buah oren dan setiap jam sebanyak 1.5 buah oren itu dilepaskan secara perlahan-lahan.

Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam! Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari!

Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi 'Sustained Release', Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut.

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari *bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex.

*Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit.

2. Chewable Vita-C Plus (100mg)

Kandungannya:
Vitamin C - 117.90mg
Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg
Rose Hips Powder - 40.00mg


  • Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
  • Lebih mudah dikunyah.
  • Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
  • Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dos nya sudah bersesuaian untuk kanak-kanak.
  • Sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalaman seperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.
  • Sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancong dan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan.
  • Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.


Manfaat Vitamin C


  1. Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  2. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  3. Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  4. Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  5. Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  6. Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  7. Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  8. Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  9. Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  10. Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  11. Merawat jangkitan saluran kencing.
  12. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.



Siapa yang memerlukan Vitamin C?


  • Perokok - asap rokok menghalang penyerapan vitamin c dan menyebabkan selalu tidak sihat & kulit kusam
  • Orang yang mudah stress - stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang - pil perancang akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit, masalah kulit seperti jerawat atau eczema - Vita C membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan selsema dan demam yang berpanjangan. 






Jom pastikan kita jaga kesihatan untuk kehidupan yang lebih baik. Vitamin C memang salah satu nutrien yang paling penting untuk tubuh badan. 

Harga? Dah tentu semua nak tau harganya kan:
Sustained Release Vita C Plus 500mg - 
Chewable C Plus 100mg - 

Anda juga boleh terus order ke HQ Shaklee:

Nak order dari saya boleh juga. Saya akan poskan cepat dan akan sampai ke tangan anda dalam masa 1 ke 3 hari bekerja. Terus contact melalui mana-mana cara di bawah:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya




Terima kasih untuk semua.. Salam sihat, salam gojes

Thursday, October 30, 2014

Peristiwa besar dan amalan 10 Muharram

Assalamualaikum..

Hari ni dapat banyak whatsapp tentang puasa 10 Muharram. Seronoknya rasa sebab salah satu hari utama yang Rasulullah SAW sebut dan nak kita semua buat amalan yang lebih dan Allah telah menjanjikan fadhilat yang terlampau banyak!..

Tarikh itu juga adalah hari kasih sayang, dianjurkan oleh semua muslim untuk melaksanakan kebaikan, menambah bekalan pahala dengan bersilaturrahim, beribadah, dan banyak sedekah terutamanya bersedekah kepada anak yatim.

Peristiwa besar yang berlaku pada hari 10 Muharram:



  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan
  • Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat
  • Allah mencipta Nabi Adam a.s
  • Allah menjadikan Siti Hawa
  • Allah menjadikan Syurga
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam SyurgaTaubat Nabi Adam diterima Allah
  • Nabi Noh dan pengikutnya keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan
  • Hari Nabi Ibrahim dilahirkan dan hari baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar

Inilah antara peristiwa besar pada 10 muharram yang telah berlaku, begitu juga dalam beberapa Hadis riwayat Nu'aim bin Hammad menyatakan bahawa pembaiahan Imam Mahdi juga berlaku dalam 10 Muharram! Rujuk petunjukzaman.

Amalan pada Hari Asyura


1. Berpuasa – Allah SWT menghapuskan dosa kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka. Niat puasa "Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura kerana Allah Taala". (Rujuk fadhilat puasa 10 Muharram di sini)

2. Mandi sunat Asyura – Tidak mengalami sakit berat pada tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat: "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala"

3. Memakai celak – Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.

4. Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

5.  Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya.

6.  Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.

7. Menjamu orang berbuka puasa. – Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut mereka.

8. Solat Sunat Hari Asyura empat raka’at – Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 50 tahun. (Rujuk sini untuk cara solat sunat hari asyura)

9. Membaca ‘Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa nikmal nashiir’ – Tidak dimatikan pada tahun ini.

10. Membaca doa hari Asyura (klik) - Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”   (Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

12. Melapangkan masa dan berbelanja  untuk anak dan isteri. – Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.

13. Mengusap kepala anak yatim – Allah menaikkan satu darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.

14. Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur.

15. Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya.


Kenapa orang masak bubur Asyura pada 10 Muharram?



Pada ‘Hari Asyura’ Nabi Nuh a.s. turun dari kapal selepas belayar kerana banjir besar. Baginda dan pengikutnya bersama-sama menyumbang tenaga dan bergotong-royong untuk memasak baki-baki bekalan makanan menjadi bubur. Amalan mask bubur Asyura menunjukkan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.


Jom kita bersedia untuk melakukan kesemua ibadat di atas demi mendapat redho Allah. Setahun sekali yang kita sendiri tidak tahu akan bertemu di tahun depan ataupun tidak.

Salam sihat, salam gojes, salam muslim

Wednesday, October 29, 2014

Segmen Pencarian Bloglist November Truly Love



Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 21 Oktober 2014 hingga 31 Oktober 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Minum susu lembu menyebabkan kematian awal!!

Assalamualaikum!

Hot story! Memang hangat betul ni uol. Terkejut jugak baca minum susu boleh menyebabkan kematian awal! Ini fakta bukan auta ha... Sebenarnya kami di Shaklee ni dah tau lebih awal dan sebab itu lah shaklee sarankan anda minum ESP - Energising Soy Protein dan mengambil Ostematrix untuk tambahan kalsium dan berbagai lagi khasiat untuk tulang!

Goods' and bads' dalam setiap gelas susu yang anda minum!!
(Gambar slide show semasa Bengkel Nutrisi Shaklee)
Menurut beberapa kajian, kemungkinan besar risiko kematian awal ini adalah disebabkan Gakaktos D atau juga dikenali sebagai laktosa.

Apa itu laktosa? Laktosa ialah gula yang terdapat dalam susu. Ia dibentuk oleh dua jenis gula iaitu glukos dan galaktos. Galaktos adalah gula yang mempunyai molekul yang besar, justeru ia perlu dicernakan kepada bentuk yang lebih ringkas sebelum diserap oleh usus. Kandungan galaktos-D yang tinggi juga didapati mempercepatkan penuaan dan memendekkan jangkahayat.

Kajian pakar di Sweeden


Satu kajian di Sweden telah dibuat, dengan mengambil sample kajian 61,000 wanita berumur 39-74 tahun yang dipantau selama 20 tahun dan seramai 45,000 lelaki Sweden berumur 45-79 tahun yang dipantau selama 11 tahun.). Setelah tamat kajian, didapati bahawa:
  • 25,500 orang meninggal
  • 22,000 dari mereka telah mengalami keretakan tulang.
  • Wanita: 180 daripada 1,000 yang meminum tiga gelas atau lebih susu, meninggal dalam jangka 10 tahun dan lebih awal berbanding umur purata kumpulan tersebut.

Risiko minum susu!


Penulis utama kajian tersebut Profesor Karl Michaelsson, dari Universiti Uppsala, Sweden juga mendapati bahawa wanita yang meminum tiga atau lebih gelas susu sehari menghadapi:
  • risiko kematian 90 peratus lebih tinggi !
  • risiko keretakan tulang pinggul 60 peratus lebih tinggi !
  • risiko keretakan tulang-tulang lain sebanyak 15 peratus !
Satu keputusan penting yang ditekankan oleh Prof tersebut yang agak mengejutkan! - "A higher consumption of milk in women and men is not accompanied by a lower risk of fracture and instead may be associated with a higher rate of death!!.”

Kalsium diperlukan untuk membina tulang. Namun penyelidik percaya bahawa lemak dalam susu mengurangkan kesan positif kalsium, mencetuskan keradangan dan meningkatkan risiko serangan jantung! Walau bagaimanapun, produk susu rendah lemak seperti keju dan yogurt didapati mempunyai kesan yang baik, mengurangkan kematian awal dan meningkatkan kesihatan tulang.

Mana yang anda pilih??


Jadi mana satu yang anda pilih? Apa yang anda pilih? Sebaiknya kita perhatikan apa yang kita makan. Cukuplah bersederhana dan yang paling baik ialah pilih yang dari sumber tumbuhan iaitu kacang soya !

ESP & Ostematrix pengganti terbaik berbanding susu lembu 



Tahukah anda, kacang soya juga mengandungi kalsium yang cukup tinggi. Jika satu cawan kacang soya direbus tanpa dicampur garam, maka akan menghasilkan 261 mg kalsium. Selain itu, ada juga olahan dari kacang soya yang juga bermanfaat, iaitu susu soya iaitu ESP!

Pastikan kita tidak pula dihambat penyakit lain akibat meneruskan kepercayaan karut susu lembu bagus untuk tulang. Tak! Tak sama sekali. Tulang perlukan lebih dari itu. Magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, magnesium dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu oleh kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% hanyalah di dalam OSTEMATRIX..


Terima kasih untuk pembaca semua.. Sebarang pertanyaan atau order dari saya boleh juga:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes


Read more at: astroawani.com  & telegraph.co.uk

Tambah berat badan dengan selamat, halal, berkesan!

Assalamualaikum semua..

Semalam saya ada kongsikan bahaya macam-macam vitamin penggemuk tiruan yang belambak-lambak dan cara untuk semak statusnya. Shaklee juga ada vitamin yang sesuai. Yang pasti anda dapat set yang paling bagus dan selamat lagi terbukti halal. Kan bagus.


Nak tambah berat badan anda boleh la makan seekor ayam sehari, 3 pinggan nasi sekali hadap, burger KFC 4 ketul... Haha.. Banyak.. Memang naik badan, tapi... Selamatkah? Ini lagi merosakkan diri pula. Sebenarnya tiada cara singkat untuk menambah berat badan dan juga tiada istilah -> makan hari ini esok badan dah naik. Konsepnya di sini, kita bukan mahu gemuk, tapi kita mahu berat badan naik dengan sekata, dengan cara yang sihat.



Set Tambah Berat Badan


Meal Shake

membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.

BComplex

mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan. Juga menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya

Vitalea

membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Pengambilan Vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.





Harga Set Tambah Berat

Pernah tak pergi ke farmasi dan tanya dia harga susu untuk naikkan berat badan?? Confirm anda terkejut punye!.. Harga nya dua kali ke tiga kali ganda dari apa yang kami sarankan kepada anda! Tengok ni..

Mealshake – RM113.75 / tahan sebulan

Vitalea – RM88.75 / tahan 4 bulan

B Complex – RM53.75 / tahan 4 bulan

Jumlah keseluruhan RM256.25. Free pos ke seluruh Malaysia! 

Lagi jimat ==> Bulan ni promosi Mealshake Beli 3 PERCUMA 1! Setiap pembelian 3 canister Mealshake anda akan dapat PERCUMA 1 canister Mealshake bernilai RM113.75. Harga pembelian untuk satu set promosi ini bernilai RM341.25!!

Extra jimat ==> Jika anda beli satu set promosi 3 free 1 Mealshake + Vitalea + B Complex, anda akan dapat supply 4 bulan cukup untuk set tambah berat ini!!.. Best ni kan! 

Jom order cepat! Jangan tunggu lagi.. nanti gigit jari!


Belian melalui credit/ debit kad terus ke HQ Shaklee di sini!!


Jom cepat.. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau order dari saya boleh juga:


♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes



Tuesday, October 28, 2014

Awas vitamin penggemuk tiruan!

Assalamualaikum..

Cerita petang tadi... Saya buka fb dan jumpa satu iklan.. Vitamin penggemuk apa tah tak ingat. Cuma nampak situ Vitamin Bcomplex, sticker luar colourful.. Saya pun saja la scroll tengok.. Aik! Bcomplex pun ada Vitamin A, B, C, D sekali?.. Cara tulis pun nampak tak profesional betul. Vitamin D apa? Bagaimana ia bertindak? Testimonial ada ke? Boleh percaya ke?

Berdaftar dengan KKM? Sijil Halal?

Anda tahu tak, bahan kimia yang ada dalam produk-produk tak ketahuan ni dah tentu tiruan sebab tak berdaftar dengan KKM kan. Kalau bahan-bahannya sesuai, sihat, dah tentu lah syarikat pengeluar akan daftarkan juga sebab nak jual produk yang baik dan kembangkan pasaran kan. Biasanya bila di tulis ‘TELAH DILULUSKAN OLEH KKM’, kita pun percaya!!? Mana nombor kelulusannya? Status Halal ada ke?

Risiko

Penggunaan ubatan dan suplemen tiruan dan tidak berdaftar begini memang ibarat sengaja menjemput penyakit. Risiko paling tinggi dah tentu buah pinggang, jantung dan darah tinggi. Takkan disebabkan nak naikkan berat badan anda sanggup sakit jantung? Terpaksa buat hemodialisis semata-mata nak gemuk? Berisiko tinggi untuk kena strok kerana nak nampak lawa?
Risiko ubat-ubatan tiruan

Peringatan!!

Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk yang tidak berdaftar dan membahayakan ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Cara semak kelulusan PBKD

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam.

Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama:

  • Ada nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen
Pelekat Hologram di Ostematrix Shaklee

  • Nombor pendaftaran dimulakan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf
    • Contohnya Ostematrix Shaklee MAL 07081510 XC

Anda boleh semak dan dapatkan senarai produk yang berdaftar dengan PBKD dengan melayari ke laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Caranya, anda klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3)  dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

Satu lagi, untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, anda boleh ke kedai farmasi berhampiran dan semak dengan menggunakan dekoder Meditag.

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan, orang awam boleh kemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau melalui emel pharmacy1@moh.gov.my.

Cara semak kelulusan HALAL Malaysia

Untuk menyemak status halal pula anda perlu melayari laman web Direktori Halal Malaysia. Caranya anda cuma masukkan nama atau jenama produk sahaja.

Dalam laman web ini anda juga boleh menyemak Badan Islam Luar Negara yang telah diiktiraf oleh Jakim

Pertubuhan dan Logo Halal US yang diiktiraf Jakim

Jadi, pastikan ubatan dan suplemen yang kita ambil benar-benar selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada diri kita. Fahamilah, jika apa-apa berlaku kepada kita bukan hanya kita sahaja yang menderita, tetapi keluarga juga turut merasa kesannya. Sayangilah diri kita.

Untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk Shaklee, boleh hubungi saya:


♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes



Makan untuk pandai (Part 2)

Assalamualaikum

Hari tu kita ada sebut tentang makanan yang bagus untuk otak bahagian 1, saya ada bagi 5 dan hari ni saya nak sambung lagi 5. Saya ada sebutkan sebelum ni tentang kebaikan sayuran hijau, kuaci, ikan, kacang dan berries. Hari ni lagi 5 iaitu whole grain, jus delima, teh dan coklat gelap

6. Whole grain (bijirin penuh) 

Bijirin penuh mempunyai Indeks Glycemic (GI) rendah, yang melepaskan glukosa secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah dan membuatkan otak bertenaga sepanjang hari. Kemampuan untuk menumpukan perhatian dan fokus adalah berpunca dari bekalan oksigen yang mencukupi. Jika kita menjaga kesihatan kardiovaskular, aliran darah akan membawa lebih banyak oksigen dan sistem organ termasuk otak akan berfungsi dengan lebih baik. 

7. Jus buah delima

Jus buah delima ataupun makan buah delima memberikan antioksidan yang kuat kepada otak. Tahu tak, buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran yang berwarna-warni merupakan makanan untuk otak sifat antioksidan mereka.

8. Teh Hijau


Teh juga mempunyai antioksidan yang kuat dan mengandungi catechines, yang menggalakkan aliran darah yang sihat. Sedikit kafein juga akan meningkatkan kekuatan otak dengan meningkatkan memori dan fokus. Tahu tak teh mana nak dapatkan teh hijau terbaik? Klik sini..

9. Tomato



Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa lycopene, antioksidan kuat yang terdapat dalam tomato, boleh membantu melindungi kerosakan akibat radikal bebas kepada sel-sel otak termasuklah masalah Alzheimer.

10. Coklat Gelap


Ia mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat dan juga perangsang semula jadi iaitu kafein, yang meningkatkan fokus dan konsentrasi dan merangsang pengeluaran endorfin; yang membantu meningkatkan mood. 

Done 10 jenis makanan yang bagus untuk otak! Dah musim exam ni pastikan ambil walaupun salah satu makanan otak ini tau.


Ok.. Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk:


♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes

Monday, October 27, 2014

Kanser Kolon ~ Punca dan Tanda-tanda

Assalamualaikum..

Semalam kita ada ceritakan tentang masalah buasir & set untuk merawat buasir. Anda tahu tak yang buasir merupakan salah satu punca dan penyebab kanser usus (kolon ) dan kanser rektal?


Seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Kanser usus atau kolon (kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun

Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia


Dari fakta ini memang jelas sekali menunjukkan kanser usus merupakan salah satu pembunuh paling bahaya dan cepat berlaku. Dalam kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.


Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon dan rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. 
Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera.



Punca Kanser Kolon & Rektum


Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui, namun ada banyak faktor pendorong yang meninggikan risiko berlakunya kanser ini:


  • Usia - lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun
  • Polip - polip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser
  • Penyakit radangan usus - seperti "ulcerative colitis"(luka dan radangan pada usus) dan "Crohn's disease" (radangan pada usus, usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan
  • Sejarah kanser - wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum
  • Sejarah keluarga kanser - ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali bila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun
  • Pemakanan - makanan tinggi lemak, kurang khasiat dan kurang serat
  • Merokok -  Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok. Asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip
  • Berat badan dan aktiviti fizikal - individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum


Bagaimana kanser ini berlaku: Tanda-tanda!



  • Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
  • Turun berat badan tanpa sebab
  • Kerap penat atau letih lesu
  • Perubahan habit pembuangan najis seperti terlampau kerap
  • Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu)
  • Cirit birit / sembelit / perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya
  • Najis berwarna merah atau terlalu gelap 
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa
  • Perut rasa memulas
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air

Tahap kanser



Tahap I : Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur
Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur
Tahap III: Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran
Tahap IV: Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.

Elak risiko kanser kolon dengan Shaklee


Jika keluarga anda atau anda pernah mengalami kanser lain, anda sangat berisiko. Begitu juga mereka yang sedang mengalami tanda-tanda penyakit ini, sebaiknya anda lihat cara hidup iaitu dari segi pemakanan, aktiviti harian dan juga ubatan yang diambil.
  • Senaman! Wajibkan diri bersenam walaupun ringkas. Elakkan dari kerap duduk lama
  • Lihat pengambilan ubat penahan sakit. Pastikan bukan steriod: Contohnya aspirin boleh kurangkan risiko pembentukan kanser kolon dan rektum hasil dari sesetengah kajian.
  • Permakanan. Makan makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayuran dan kurang daging merah
  • Wajib ambil Antioksida!




(klik untuk info lanjut)


Itu antara 4 cadangan Vitamin terbaik untuk masalah kanser.  Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk:

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes


Buang air berdarah?! Rawat cepat dengan Set Buasir

Hai uol.. Assalamualaikum...

Sudah buang air pagi ni? Ha, yang sudah tu bagus la. Anda di tahap normal. Yang tidak? Macam-macam risiko tau. 

Hari ni kita sambung bincang tentang kesihatan tapi dengan topik yang orang selalu malu nak bagitahu tapi bahaya sangat iaitu Buasir! Buasir biasanya bermula dengan sukar buang air, sembelit teruk, selalunya disebabkan oleh najis yang keras yang memeritkan pada laluan najis tu. 

Penyebab buasir!


  • Sentiasa duduk
  • Meneran yang kuat
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkuk terlalu lama
  • Batuk yang teruk 
  • BERSALIN
  • Mengangkat barang yang berat
  • Seks melalui dubur!


Dua jenis buasir


1. Buasir dalaman


Pernahkah anda buang air berdarah? Ini merupakan simptom utama anda menghidap buasir dalaman. Biasanya pesakit cuma rasa gatal dan kesakitan cuma sewaktu meneran dan mencederakan laluan najis tersebut. 


2. Buasir luaran


Ini masalah yang kerap berlaku. Pesakit akan merasa gatal, pedih dan bengkak pada laluan najis. Masalah akan lebih teruk kalau buasir ni tersepit dan bekalan darah akan terputus menyebabkan bekuan darah akan terjadi di dalamnya. Buasir jenis ni juga ada potensi untuk berulang lagi walaupun dah dirawat. Biasanya usus bahagian bawah laluan najis iaitu rektum akan mula terkeluar setiap kali buang air. Dalam kes yang teruk, usus yang terkeluar tersebut tidak boleh masuk semula ke dalam laluan najis. Ini menyebabkan gangguan untuk kita melakukan aktiviti seharian.

Rawat Buasir dengan Shaklee


Set ni merangkumi 3 jenis produk iatu Ostematrix, Omegaguard dan Zinc Complex. Setiap satunya ada fungsi yang berbeza dan sebaiknya pesakit buasir amalkan ketiga-tiga ni untuk kesan yang cepat dari peringkat awal lagi.

Ostematrix

  • Melembutkan najis & memudahkan pembuangan air besar. 
  • Juga melegakan ketegangan saraf pada kawasan punggung dan kawasan laluan buang air
  • Mengurangkan tekanan pada usus hujung iaitu rektum
  • Mengurangkan masalah gastrik




Omegaguard

  • Mengecutkan buasir dalaman supaya tidak mudah terkeluar
  • Mengecutkan buasir luaran iaitu rektum agar mudah masuk semula
  • Merawat rasa pedih akibat radang pada kulit luar laluan najis dan rektum
  • Mengurangkan kesakitan terutamanya kepada buasir yang sudah terkeluar


Zinc Complex

  • Mengecutkan buasir bahagian luaran
  • Mengelakkan berlakunya jangkita kuman pada rektum yang luka dan terkeluar
  • Menghentikan pengaliran darah


Itu tiga saranan yang perlu di ambil untuk kita pastikan bebas penyakit ini. Jangan biarkan saja kerana bakal menggangu kesihatan dan memberi tekanan pula untuk kita lakukan aktiviti seharian.

Tahu tak, salah satu sebab lagi buang air berdarah ialah Kanser Kolon dan Kanser Rektal. Jom baca lagi!

Sebarang pertanyaan atau nak order barang Shaklee boleh terus hubungi saya..


♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes!

Sunday, October 26, 2014

Sate, Popia & Keropok Lekor Terbest di Ipoh! Meh order!

Assalamualaikum..

Cerita petang tadi.. Goreng popia otak-otak yang marvellous sangat.. Nyum nyum! Keropok lekor terengganu pun ada jugak. Bulat-bulat je.. 

Uol yang area Ipoh jom cuba. Lembut. Memang tak jual di pasar malam tau. Best ni.. Kepok lekor terbaik! Gerenti sedap tanpa susah-susah penat di dapur. Sekali makan pasti nak berkali2.

Tq Cikgu Mimi bagi cuba. Ni yang ada sekarang..

Sate ikan (lokcing) - kelate
Popia inti satar ikan - besut
Popia inti otak2 udang - besut
Keropok lekor - terengganu







Orang Ipoh sape berminat boleh la contact. Area Pasir Puteh, Lahat, Station 18 senang je Cikgu Mimi hantarkan..

Contact my friend: Cikgu Mimi - 019 925 6799


Salam sihat, salam gojes... Makan kepok leko pun wajib gojes tauuu.. 

10 khasiat nangka yang selalu dipinggirkan!

Assalamualaikum...

Sape suka makan nangka angkat tangan??? Mak saya! Saya! Memang sedap kan. Tapi agak berangin jugak ni. Ikut petua orang tua-tua, nak makan nangka, makan la nasi atau benda lain dulu. Lepastu baru makan nangka. InshaAllah angin tu tak kena badan sebab dah ada makanan lain cover siap-siap... Tak tau la ada konsep camtu. Tapi memang menjadi jugak la, At least takde la sakit kaki atau sakit badan lepas makan nangka ni.

Tahu tak nangka atau Jackfruit ni memang banyak khasiatnya. Nangka sangat rendah lemak tepu, kolesterol dan sodium, karbohidrat, vitamin C, kalium, magnesium, dan zat besi..

10 khasiat utama nangka


1. Kaya dengan karbohidrat, fruktosa dan sukrosa. Nangka adalah penggalak tenaga.

2. Mengandungi antioksida tinggi iaitu dari Vitamin C. Ia dapat membantu menyembuhkan luka dan memastikan kesihatan gigi dan gusi. Vitamin C juga penting untuk pertumbuhan dan perbaikan semua tisu tubuh badan. Ia juga memberi kesan yang baik terhadap masalah pernafasan: seperti sesak nafas , asma dan batuk. Di samping itu juga, Vitamin C membantu menguatkan fungsi sistem imun dengan menyokong fungsi sel darah putih.

3. Mengandungi potassium yang membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat dan mengurangkan risiko strok.

4. Kalsium dan Magnesium - melindungi dan menjaga tulang dan gigi yang sihat.

5. Bauh nangka juga bersifat anti-kanser. Fitonutrien dalam nangka membantu menghilangkan radikal bebas iaitu penyebab kanser dari tubuh.

6. Antioksida dalam nangka iaitu vitamin C dan fitonutrien seperti lignan, isoflavon dan saponinsacts dalam nangka bertindak sebagai anti-penuaan dan membantu tubuh untuk melawan terhadap kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

7. Nangka juga membantu menyembuhkan ulser dan gangguan pencernaan. Serat makanan dalam nangka membantu mencegah sembelit dan membantu dalam pergerakan usus kecil.

8. Nangka menjadi sumber zat besi iaitu mineral yang membantu dalam merawat anemia dan memastikan peredaran darah yang betul.

9.Vitamin A dalam nangka membantu mengekalkan mata dan kulit yang sihat.

10. Kuprum dalam nangka memainkan peranan penting dalam metabolisme hormon tiroid terutamanya dalam  proses pengeluaran hormon dan penyerapan. Ia juga membantu dalam merawat stress dan kegelisahan.


Cara makan nangka!


Saya suka sangat masak lemak nangka, simple je.. Celurkan nangka muda sampai betul-betul lembut. Buang air. Masukkan bawang, cilipadi dan ikan bilis yang dah dimesin lumat. Last sekali masukkan santan & garam. Kalau nak bagi wangi masukkan daun kunyit sehelai. Biar mendidih lama. Siap... Ha repesi paling kacang!.. hihi
Jom tengok resepi masak lemak nangka oleh yatiesmemories. Nampak sedap tuu
Dulu saya pernah makan kerepek nangka. Tapi sekarang dah tak jumpa la. Mana nak cari tah.

Makan terus lagiii sedapp.. Nyum nyum. Warna kuning emas dia pun dah menggiurkan. haha.. Rindunye kat nangka sebab dah lama sangat tak makan nangka madu.. 

Anda pulak macam mana? Jom share! 

Sebarang pertanyaan atau nak order barang Shaklee boleh terus hubungi saya..

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Salam sihat, salam gojes!

20 akibat kekurangan magnesium!

Assalamualaikum!

Hari ni saya nak share sikit tentang kesan magnesium. Tahu tak magnesium merupakan salah satu mineral terpenting dalam badan kita selepas air, oksigen dan nutrien asas seperti protein, vitamin c dan sebagainya. Sebenarnya magnesium lebih penting dari kalsium, natrium dan kalium sebabnya ia bertanggungjawab mengawal ketiga-tiga mineral ini. Kalau anda ambik suplemen kalsium tapi tiada magnesium, alangkah ruginya sebab terbuang begitu saja. Ini kerana magnesium yang sebenarnya bertanggungjawab dalam membantu penyerapan kalsium.

Setiap sel juga sangat memerlukan magnesium. Ia penting untuk memastikan kesemua jenis enzim bekerja dan mensintesis protein, karbohidrat, lemak dan pengeluaran tenaga. Kekurangan magnesium akan mempengaruhi semua sistem dalam badan.


Kerap dahaga petanda kurang magnesium!



Masalah ini biasanya tidak dapat didiagnos kerana magnesium tidak hadir dalam ujian darah. Hanya 1% daripada magnesium disimpan di dalam aliran darah. Memang sukar untuk mengetahui jika anda mengalami kekurangan magnesium atau tidak. Tetapi pada permulaannya, kita akan kerap rasa dahaga walaupun banyak minum air. Ini menunjukkan badan tidak menerima nutrien yang cukup daripada makanan. Badan menunjukkan reaksi dahaga sebegitu kerana perlukan penghidratan.


20 Akibat kekurangan Magnesium!


  1. Sembelit teruk
  2. senggugut teruk
  3. sakit ketika membuang air kecil
  4. kesukaran menelan
  5. bengkak seperti ketulan di tekak
  6. fotofobia - pedih mata terkena cahaya tinggi
  7. telinga terlalu sensitif terhadap bunyi
  8. sistem saraf terjejas
  9. diabetes!
  10. insomnia - sukar tidur
  11. selalu rasa risau (anxiety) & panik berlebihan
  12. hiperaktif
  13. agoraphobia - takut kepada tempat baru
  14. PMS - gejala sebelum datang bulan yang teruk
  15. arrhythmia - masalah pernafasan tidak sekata
  16. berdebar-debar
  17. sakit dada (angina pectoris)
  18. kejang otot arteri
  19. tekanan darah tinggi
  20. prolaps (jatuh) pada injap mitral
Illustration of heart showing mitral valve prolapse and regurgitation
Prolaps pada injap mitral
Credit: mayoclinic

Dapatkan Magnesium untuk Diet harian!



Jumlah yang disyorkan magnesium adalah:
300 mg bagi lelaki
280 mg bagi perempuan.
350 mg bagi wanita hamil

Kenapa Ostematrix Shaklee?


Lengkap dengan Magnesium, Kalsium yang tinggi, Vitamin D3, Zinc, Copper, Manganese & Boron yang sangat penting untuk kesihatan tulang dan semua sel dan saraf tubuh badan!



So, anda rasa dah cukup magnesium? Rasa dahaga selalu? Jom ubah.. 
Hubungi saya untuk maklumat tepat dan penghantaran cepat!

♥ Puan Emy Suzanna
♥ sms/whatsApp: 017-5510412
♥ Emel : esmn_6280@yahoo.com
♥ Fb page: Sihat & Gojes
♥ COD: Ipoh dan sekitarnya

Sambil gunakan, jom join ahli bersama saya. Nk makan sendiri pun boleh, nak berbisnes pun boleh.. Ada kelas coaching dan segala rahsia bisnes kita kongsi bersama!!... 

Klik sini untuk join ahli dan jimat lebih 20% dari harga jualan !


Salam sihat, salam gojes!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno