Monday, September 8, 2014

Ketiak Hitam?? Jgn bikin malu weh...

Tunggu lrt dok depan2 sekali,
Bukak je pintu nampak ketiak dulu,
erkkk.. tutup idung,
Beralih ke tepi bagi org masuk,
Tunggu tren lain.....

Seriously itu yg saya dan adik saya Kely kena masa naik tren dari Setiawangsa nak ke ofis. Ingat lagi masa saya masih bekerja di UOB Bank. erkkk... Punyala bersesak-sesak dalam tren tetiba ada sorang lelaki macam tu.. Ish laaa... Memang kami terus tak naik. Biar lewat asalkan aku tak muntah di situ. huhu... 

Itu satu hal dengan bau... Bagaimana pula dengan keadaannya... Ish... Agaknya gelap bersepah bukan main.. haha... Ini la ilham nak buat entri kali ni... Jom kita belajar cara jaga ketiak.. Tapi lebih kepada hilangkan kehitaman la ye...

PETUA HILANGKAN KETIAK YG KEHITAMAN

1. LEMON @ LIMAU NIPIS
Tahu tak, Lemon atau limau nipis memang bagus untuk cerahkan kulit dan kurangkan masalah kuman yang menyebabkan masalah bau badan, jeragat dan jerawat, kelemumur dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah ketiak hitam ni, cuma perlu sental dengan kerap... sekali sehari.. 
Caranya: 
  • Sental lemon dua kali sehari sebelum mandi. Tapi jangan sental kuat sangat. Kang pedih pulak kang..
  • Satu lagi cara campurkan lemon, kunyit hidup, madu atau yogurt dan sapukan ke bawah ketiak. Buat macam masker dan biar selama 10 minit. Campuran ni boleh juga kita sapu di muka jadikan masker muka untuk yang kulit berminyak dan bermasalah... Best sgt..

2. KENTANG
Untuk orang yang kulit agak bipis dan sensitif, limau nipis atau lemon mungkin tak sesuai sebab boleh jadi irritation contohnya pedih atau merah. So, elok la guna kentang dan sebaiknya ulang 2 kali sehari..
Caranya:
  • Potong kentang nipis-nipis dan sapukan ke ketiak selamat 5 ke 10 minit
  • Kentang ditumbuk dan perah jusnya. Gunakan cotton ball sapu ke ketiak. Ulang selalu. 

3. TIMUN
Petua ni pun menarik dan bagus juga. Timun juga ada 'lightening properties' seperti lemon, tetapi timun tidak menyebabkan iritasi kepada kulit. Sejuk jugak kan..
Caranya:
  • Timun, limau nipis, kunyit ditumbuk dan terus sapu ke ketiak setiap hari. Limau nipis bleach & cerahkan, timun menyejukkan kulit manakala kunyit mengurangkan kehitaman.
  • Potong nipis nipis dan sapu dengan kerap pada ketiak.. ataupun boleh juga mesin atau tumbuk sahaja...

4. PUCUK JAMBU BATU
Ini petua yang diamalkan oleh family kami dulu-dulu untuk elakkan kehitaman dan menghilangkan bau badan. Sambil tu petua yang sama boleh juga digunakan untuk masalah muka jerawat pasir dan jerawat batu. Jom cuba.
Caranya:
  • Pucuk jambu batu diramas dan digosok terus pada ketiak setiap kali mandi
  • Pucuk jambu 3 helai ditumbuk dan campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Amalkan sebelum tidur setiap hari.
5. GOSOK GUNA BELAKANG TANGAN
Ini pun petua penting jugak. Semasa mandi kita biasa gosok dengan tapak tangan betul tak? Ok jom ubah, seeloknya gunalah belakang tangan.. Bila fikir-fikir memang ada betulnya petua ni. Bila kita guna belakang tangan, kita dapat gosok betul-betul sebab belakang tangan kita kan berlekuk. Sesuailah untuk sental habis-habisan.. huhu... pandai tok nenek kita ye...

6. MINUM ESP SHAKLEE
Ini memang terbaik dari Shaklee untuk baiki masalah kulit. Kelebihan ESP kerana dapat memulihkan semula sel-sel yang rosak disebabkan ia kaya dengan Protein dan Asid Amino. Kulit pun lebih cerah seluruh badan tau.. Patutla orang dulu-dulu asyik pesan minum soya kalau nak putih... Hihi.. Sekarang dah tak payah rendam, mesin, perah, masak... Shake shaja.. Best kan...


Itu 5 petua dan 1 cara moden yang dapat saya kongsikan hasil pembacaan dan juga petua turun temurun. Cuba la uol. Jangan kasik pening orang kat sebelah tau.. huhu.. Yang nak kawin tu jaga-jaga tau.. Kang kantoi. haha...

ok uol.. Jemput contact saya ye jika apa-apa masalah berkaitan kesihatan atau nak cuba produk terbaik ni.. Anytime boleh hubungi saya.
Puan Emy
SID: 964128
017-5510412 
esmn_6280@yahoo.com

Jadi ahli dan berpeluang mendapatkan harga yang lebih jimat serta berbagai imbuhan menarik.. (klik pd gambar)

http://sihatgojes.blogspot.com/p/jom-jadi-ahli.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno