Tuesday, September 30, 2014

Gout dan Rawatannya

Hai uol. Saya pasti anda semua mesti kenal dengan penyakit gout. Pernah tengok kawan sendiri jalan heret kaki menahan kesakitan akibat gout ni.

Tahu tak, gout ialah sejenis arthritis atau radang sendi. Sebenarnya terdapat lebih 100 jenis arthritis dan gout merupakan salah satu daripadanya. Apabila gout menyerang ia mampu menyebabkan kesakitan yang amat, bisa/pedih, kekejangan, kehangatan dan bengkak pada satu-satu sendi kebiasaannya pada ibujari kaki (75% serangan pertama). Kesakitan itu boleh berlaku berulang-ulang sehingga ia dirawat. Dalam jangkamasa panjang, keadaan ini boleh memudaratkan sendi-sendi, tendon-tendon dan tisu-tisu lain.


PUNCA GOUT


Gout berpunca daripada kandungan asid urik yang berlebihan di dalam darah. Biasanya kandungan asid urik tinggi (KAUT) dalam darah tidak semestinya merbahaya tetapi apabila KAUT itu mula membentuk mendapan atau hablur seperti Kristal pada sendi-sendi tertentu. Itulah saat bermulanya episod serangan gout anda.
Asid urik ialah bahan yang terhasil daripada pemecahan purina (protein) yang sharusnya dikeluarkan oleh buah pinggang.


Jadi, penghidap disarankan supaya mengurangkan pengambilan makanan seperti: hati, daging kisar, sardin, siput, organ dalaman seperti hati, jantung, otak, budu/cincalok, ikan mackerel, gravi, roti manis. (mengandungi 1,000 mg. purina bagi setiap 3.5 oz saiz hidangan.)

Tetapi selain daripada itu, sebaiknya elakkan diri daripada memakan makanan seperti daging kambing, biri-biri, ayam, bunga kubis, daging biasa, ketam, itek, udang, tiram atau kerang, ikan salmon, kacang pea, kekacang dan seumpamanya. (mengandungi antara 5 hingga 100 mg purina bagi setiap 3.5 oz. saiz hidangan) 


SIMPTOM PENYAKIT GOUT 
1. Bengkak ibu jari kaki, kemerahan, bias / menyucuk / pedih bermula lazimnya pada waktu malam.
2. Kesakitan juga mungkin juga dirasai pada tapak kaki, tumit dan lutut.
3. Serangan kesakitan hanya tertumpu pada satu-satu sendi pada satu masa.
4. Sakit boleh berterusan beberapa hari atau beberapa minggu sebelum mulai hilang.
5. Sakit menyerang di malam hari atau beberapa jam selepas makan makanan yang kaya dengan purina seperti dinyatakan sebelum ini.


RAWATAN PENYAKIT GOUT
Apa rawatannya? Rawatan gout terbahagi kepada dua:


Rawatan segera untuk menangani kesakitan :  
  • Tinggikan aras sendi yang sakit (contohnya jika ibu jari kaki yang sakit, tinggikan kaki dari aras kepala). Ini menggalakan reversal pengaliran darah supaya darah tidak terkumpul disekitar sendi yang mengalami keradangan justeru tidak menambah kesakitan yang dialami meskipun tidak mengurangkannya dengan signifikan.
  • Meletak pek ais disekitar sendi untuk melegakan bengkak dan rasa panas.Jangan letak ais secara terus kepada kulit atau lebih dari 20minit untuk mengelakkan kerosakan pada kulit.
Selain itu terdapat ubat-ubatan yang perlu diamalkan oleh pesakit seperti non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) : diclofenac indomethacin, naproxen dan Colchicine. Rujuk doctor anda untuk maklumat lanjut.


Rawatan berterusan untuk mengelakkan kesakitan di masa hadapan : 


Pemakanan:
i. Mengurangkan makanan yang kaya dengan purina.
ii. Minum air dengan banyak.
iii. Kurangkan berat badan
Supplemen Larangan Niacin = B3 (menggalakkan penghasilan asid urik)
i. Bcomplex (ada niacin)
ii. Vitalea (ada niacin)
iii. Mealshake (ada niacin)
SUPPLEMEN CADANGAN:
ALFALFA - singkirkan toxin dari dalam dan membantu mengawal keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Mengatasi kesakitan dan bengkak pada sendi.
OMEGAGUARD - membantu mengawal kesakitan dan mengelakkan inflamasi dan radang sendi. Sebagai langkah berjaga-jaga jika kesakitan itu berlaku.
ADVANCED JOINT HEALTH - meningkatkan keselesaan pada sendi, memastikan kesihatan sendi terjaga
PERFORMANCE DRINK - membantu proses perkumuhan dan pembuangan toxin
Nampak tak kelebihan shaklee. Sesuai sangat untuk bantu pulihkan secara lembut dan bukan berasaskan ubatan yang ada side effect. Yang pasti shaklee ni BERKESAN, SELAMAT & HALAL. Tanpa was-was kan lebih baik dari kita cuba ubat-ubat murah, takde kelulusan & ntah status halal atau tak. 
Jika anda nak cuba boleh terus sms emy ke hp ni... bila lagi nak cuba. Dah ramai yang berjaya.
 Jom order sekarang. Boleh terus sms atau email emy. cepat-cepat I reply tau...
  Sambil gunakan, jom join ahli bersama saya. Nk makan sendiri pun boleh, nak berbisnes pun boleh.. Ada kelas coaching dan segala rahsia bisnes kita kongsi bersama!!... Klik pada gambar untuk tau apa keistimewaan dan cara join...

TQ UOL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimony & penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukanlah bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Segala penulisan di sini adalah perkongsian peribadi hasil pembacaan ilmiah dan berbagai rujukan dan kursus yang dihadiri. Dilarang mencetak/ meniru apa2 tulisan jika bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu


© Copyright Reserved to Sihat Dan Gojes l Designed by DayangDeno